JIMAT WANG, MASA DAN TENAGA DENGAN YFS CONCEPT STORE

JIMAT WANG, MASA DAN TENAGA DENGAN YFS CONCEPT STORE | Assalamualaikum semua.. Sebut je pasal shopping aku pasti semua orang akan teruja. Kalau tak teruja tu tak tau la hormon apa yang ada dalam diri dia. Cuma yang membezakan hanyalah cara seseorang tu berbelanja. Ada yang memang tak berkira, asal suka je terus beli. Tapi ada juga yang berkira, cari yang murah dan kalau ada sale lagi la suka. Tu bukan kedekut ye tapi namanya berjimat.. hehe..

Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store

Kalau korang tanya aku la kan. Aku lebih prefer shopping tempat yang selesa, tak perlu bazir masa dan tenaga dan yang paling penting jimat wang. Mesti korang terfikir, ada ke tempat macam ni?? Ya, jawapannya ada iaitu di YFS Concept Store. Nak tau kenapa aku suggest tempat ni?? Ha, meh aku kongsikan dengan korang.

Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store


1) Jimat Masa



Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store

Ya, zaman sekarang ni semua benda nak kena cepat ye sebab 'Masa Itu Emas'. Sama jugak macam shopping. Bagi aku membazir masa je duk pusing satu Kuala Lumpur ni semata-mata nak cari baju. Tambah pulak time-time raya ni. Nak cari baju suami la, isteri la, anak la. Ha, kalau pergi ke YFS Concept Store kan senang. Masuk satu kedai, satu keluarga boleh beli baju sebab YFS Concept Store ni boleh dikatakan One Stop Centre untuk gedung pakaian sekeluarga. Ada pilihan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Ha, kan jimat masa.



2) Jimat Tenaga



Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store

Memandangkan sekarang bulan puasa, memang agak penat kalau nak keluar shopping kan. Tapi hairan la kenapa masih ada yang sanggup membazirkan tenaga drive jauh-jauh semata-mata nak pergi shopping raya. Bayangkan ada yang datang dari Perak, Melaka, Pahang datang ke Kuala Lumpur semata-mata sebab nak kejar Sale Sempena Raya. La, tak payah susah-susah bazir tenaga, YFS Concept Store ada 32 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. So, tak perlu bersesak-sesak di Kuala Lumpur ye. Hanya perlu ke cawangan yang berhampiran kerana tawaran harga sempena raya sama sahaja di semua outlet.


3) Jimat Wang



Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store

Ha, part ni aku pasti ramai yang suka tambah-tambah orang perempuan (ooppss.. ). Kalau nampak je perkataan SALE, masing-masing juling biji mata. hehe.. Ya, kenapa kita perlu berbelanja lebih sedangkan kita boleh dapat sesuatu yang lebih murah dengan kualiti yang bagus. Contohnya baju-baju yang dijual di YFS Concept Store ni. Rata-rata harga yang dijual sangat murah. Nak lagi jimat wang, beli secara bundle sebab kat sini ada promosi harga untuk pembelian secara banyak. Contohnya macam koleksi AD jeans ni. Beli 2 pasang, boleh dapat harga RM20 untuk jeans yang ke-3. Ada juga 3 helai T-shirt hanya berharga RM50 sahaja. Jimat kan.

Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store

Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store

Ok la, aku dah cerita panjang lebar ni mesti korang tertanya-tanya sama ada aku dah pergi ke kat YFS Concept Store ni. Jawapan aku ada YA. Aku sendiri dah pergi ke YFS Concept Store cawangan Seri Kembangan dan memilih beberapa helai baju. Rupanya design baju-baju yang dijual di YFS Concept Store ni ada yang mesra muslimah ye. Maksud mesra muslimah ni adalah sesuai untuk orang yang bertudung macam aku ni. Pelbagai pilihan blouse yang labuh menutup paras pinggul dan juga lengan panjang ada dijual kat sini. Yang penting, tepuk dada tanya hati nak pilih yang mana berkenan. Harga pun tak mahal. Contohnya blouse labuh warna coklat muda ni hanya RM29 sahaja tau... murah kan.

Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store
  
Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store

Ternyata aku sangat berpuashati dengan pilihan baju yang ditawarkan di sini tetapi dengan harga yang menjimatkan. Tambahan pula sekarang ada promosi sempena hari raya bermula 11 May 2019 hingga 4 June 2019 dimana setiap pembelian melebihi RM200 dalam 1 resit akan mendapat cash voucher sebanyak RM50. Ha, kan dah kata jimat wang, masa dan tenaga dengan YFS Concept Store. So, jangan lupa grab promosi ni tau...


Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store

Jimat Wang, Masa Dan Tenaga Dengan YFS Concept Store

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.yfscorp.com




Post a Comment

19 Comments

  1. Tengok gak hari tu,murahnya lahai..tunggu lah nak terjah sekali lagi

    ReplyDelete
  2. wow !! bestnya !! kebetulan saya pun belum beli baju raya ni.. hee~

    ReplyDelete
  3. dikbee jaaat shopping x hajak!! dh la harga best omg i sukeee!! murahhh!!

    ReplyDelete
  4. Cantiknya paperbag dia.
    Memang menarik ye harga pakaian kat YFS.
    Macam nak menyinggah gak la, mana tau dapat satu set pakaian raya kan.

    ReplyDelete
  5. woww murah2 betul yea harga pakaian kat sana! tgk colour dan design pon not bad jugaklaa, pilihan pon mcm bnyk betul tu kan. yg bagusnya sbb complete ada untuk pakaian wanita, then lelaki & kanak2 jugak mmg mudah nk bershopping mcm tu kan hehe.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya saya pun selalu juga singgah YFS ni sebab memang perasan harga dia murah dan kualiti serta design dia boleh tahan menarik juga - itu yang penting kan. Haha. Nanti balik Melaka pun rasa nak jalan2 sini lagilah untuk tambah sikit baju raya. Hehe.

    ReplyDelete
  7. First time tahu store YFS ni. Lebih kurang macam Brand Outlets lah harga dia. Baju cantik dan harga mampu milik. Boleh masuk kalau terjumpa nanti

    ReplyDelete
  8. kita memang suka shoping baju2 kat sini...harga dia mampu milik sangat..lagipun baju dia cantik2..tempatnya pun selesa dan luas

    ReplyDelete
  9. best jugak YFS, bole jimat banyak nie..harga pun murah.

    ReplyDelete
  10. memang jimat belanja dan tenaga datang berbalnja di sini. sebab murah dan paling penting banyak koleksi menarik yang cantik. memangg berbaloi. ingat sebelum raya nak datang shopping kat sini la hehehe

    ReplyDelete
  11. Uittt murah murah sungguh baju2 kat sini ekk. Bolehlah gi berbelanja baju anak, tengok cantik-cantik jugak dan banyak pilihan

    ReplyDelete
  12. Alamakk.. Cantiknya design baju n harga pun mampu milik nie. Leh la beli dlm 3 pasang utk baju pegi opis nnti.. Hehehe..

    ReplyDelete
  13. Harga baju yang amat berpatutan. Kat seri kembangan ni, nnt mouse mommy nak singgah jugak.

    ReplyDelete
  14. Ala bestnya bila dah kurus macam patung berhijab tu. Suka fesyen camtu. Nanti nak pi YFS tengok saiz pakaian mereka. baju kasual belum beli lagi. Nampak menarik je. Hehehe

    ReplyDelete
  15. betul ! sangat jimat. masa sy datang ke store dorang minggu lepas, banyak betul promosi sedang berlangsung dan saya rasa tak sabar nak shopping walaupun masa tu raya lama lagi. okay now dh boleh start shopping sini

    ReplyDelete
  16. Nampak menarik collection kat sini. Harga pun murah. I shall go shopping here too.

    ReplyDelete
  17. Bestnya dapat shopping pakaian kat sini. Silap2 habis kena borong nanti

    ReplyDelete
  18. Very informative post ! There is a lot of information here that can help any business get started with a successful social networking campaign !
    machine learning course malaysia

    ReplyDelete