KOLEKSI JAKEL BARULAH RAYA 2019 DAN JAKELSTORE.MY

KOLEKSI JAKEL BARULAH RAYA 2019 DAN JAKELSTORE.MY | Assalamualaikum semua.. Ni nak tanya, korang dah buat persiapan untuk raya ke? Kalau dah baguih la, senang kalau buat persiapan awal ni. Nanti takdak la kalut kan. Lagipun bila dah masuk bulan puasa ni mana la larat nak menjelajah shopping mall nak cari baju raya. Betul tak? Tapi kan kalau belum ha, apa kata korang shopping di Jakel

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Baru-baru ni aku pi ke Pelancaran Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Dan Pelancaran Jakelstore.my.. Wah, buat pertama kalinya Jakel buka jualan secara online la. Bagus la, ni la yang kita mahukan. Jakel amat memahami kehendak pelanggannya. Ye la, kesian kat pelanggan setia Jakel yang duduk jauh. Takde la diorang ni kena bersusah payah drive jauh-jauh semata-mata nak ke Jakel kan. Lagipun sekarang kan zaman canggih, semuanya di hujung jari je. So, peluang ni la yang perlu diambil bagi membolehkan pelanggan berbelanja tanpa sempadan. Jadi, sama-sama kita nantikan Jakelstore.my [link di bawah] yang akan mula beroperasi pada 10 Mei 2019 nanti. 

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Sebut pasal koleksi raya, memang tak dapat dinafikan Koleksi Baju Raya Jakel 2019 ni memang letops.. Ha, baru la kena dengan tagline "Jakel Barulah Raya" kan. Lagipun kesemua koleksi keluaran Jakel mementingksn elemen-elemen utama dari segi pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaiandan perincian yang kemas dan rapi. So, sape pakai baju raya dari Jakel confirm kelihatan anggun dan kacak, fashionable dan up to date. 

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my


Antara Koleksi Baju Raya 2019 yang ada di Jakel adalah :

Koleksi Baju Melayu


Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz -  Direka khas untuk memberikan kekemasan dan keselesaan kepada si pemakai. Keistimewaan rekaan tahun ini adalah dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta pemilihan warna.

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad - Jakel membuat innovasi terhadap perinciap baju ini dengan meletakkan zip di sisi baju dan dipergelangan tangan. Ini kerana baju melayu Nabil Ahmad adalah berkonsep moden kontemporari dan mempunyai potongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari - Untuk tahun ni koleksi baju melayu Awal Ashaari lebih fokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik. Ha, baru la yakin dan bergaya macam Awal Ashaari.

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my


Koleksi Kurta 


Koleksi Kurta Hairul Azreen -  Bagi artis Hairul Azreen ada kelainan sedikit di mana Jakel memperkenalkan koleksi kurta. Ini kerana kurta mempunyai peminatnya yang tersendiri. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti dan mementingkan keselesaan. Ia dihasilkan menggunakan fabrik cottondan mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ni juga ada poket tau. Paling menarik kurta ni berkonsepkan mesra wuduk di mana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Ada banyak variasi pilihan dari segi design dan warna.

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my


Koleksi Baju Kurung


Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha - Berkonsepkan baju kurung moden, pasti dapat memikat citarasa wanita zaman sekarang. Ye la, wanita zaman sekarang sentiasa inginkan penampilan yang ceria, moden dan mesra Instagram. So, boleh la bergaya untuk #OOTD tahun ni. Jangan risau, koleksi baju kurung ni sesuai untuk peringkat remaja hingga dewasa. Setiap koleksi untuk lebaran kali ni lebih nampak moden dengan pilihan warna yang menarik serta motif corak printed yang terkini.

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my


Koleksi Kanak-Kanak

Koleksi Upin dan Ipin - Koleksi ini masih dikekalkan dan telah diolah kepada rekaan baharu agar bersesuaian dengan masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percums kain sampin dan butang baju melayu.

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Lara Alana dan Yusuf Iskandar - Semua pasti maklum mengenai kedua-dua artis cilik ni yang merupakan anak kepada pasangan artis yang terkenal. Tahun ini Jakel masih meneruskan koleksi mereka untuk memberi pilihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil untuk bergaya sedondon.

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Bila sebut nama-nama artis ni aku berpeluang berjumpa dengan duta Jakel masa majlis pelancaran tempoh hari. Antara yang hadir adalah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Abam, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Lara Alana, Ayda Jebat, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, dan juga Upin dan Ipin.


Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Majlis ramah mesra bersama Duta Jakel ini lebih bererti apabila Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia Sungai Kantan Kajang dan juga orang-orang kelainan upaya (OKU) penglihatan. Sumbangan berupa duit raya telah diberi kepada mereka sebagai satu usaha pihak Jakel untuk membantu mereka yang memerlukan.

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Majlis ini merupakan aktiviti wajib dalam kalender promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Sebelum balik kami sempat menjengah ke sesi lelongan jualan "Happy Hour" untuk koleksi pakaian raya. Haishh, untung la sape yang datang shopping di Jakel time Happy Hour ni. Banyak diskaun diberi dan harga turun kaw kaw tau. Bayangkan baju melayu siap sampin boleh dapat dalam harga RM100+ je (Harga asal RM300+). Murah kan..

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 dan Jakelstore.my

Terlepas peluang nak beli baju murah di Jakel?? Jangan risau, Jakel akan selalu buat jualan Happy Hour ni. Korang kena la follow rapat-rapat media sosial Jakel untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Kempen Jakel Barulah Raya 2019 ni dan jangan lupa juga untuk menjengah ke laman web Jakel nanti ye.. adios

Website : www.jakel.my
Website Jakel Store : www.jakelstore.my




Post a Comment

3 Comments

  1. Tahun ni baju Scha lawa-lawa tapi harga pun uhuk uhukkk...
    Tahun lepas anak beli Ayda Jebat...tapi berbaloi, kain dia sedap pakai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe mahal sikit janji puas hati.. hihi

      Delete