KUMPULAN MIKRAJ : MENCARI SEBUAH JAWAPAN

by - 11.5.19

KUMPULAN MIKRAJ : MENCARI SEBUAH JAWAPAN | Assalamualaikum semua.. Bila masuk bulan ramadan, ini la masanya untuk kita mengumpul pahala yang berlipat kali ganda. Eh, bukan bermakna bulan lain tak payah kumpul pahala pulak tapi bulan ramadan adalah bulan yang mulia jadi sama-sama la kita mengimarahkannya. Jadi sebagai langkah kecil sepanjang bulan puasa ni aku memilih untuk mendengar lagu-lagu yang berunsur ketuhanan sebagai santapan halwa telinga 🎧




Salah satu lagu yang aku dengar adalah dari Kumpulan Mikraj yang bertajuk 'Mencari Sebuah Jawapan'. Jumpa lagu ni masa tengah godek-godek youtube. Ya, maybe ramai yang belum tahu mengenai kemunculan lagu ni sebab ia baru sahaja dimuat naik ke laman youtube pada 29 April 2019 yang lalu oleh syarikat rakaman S.A.Y. Production Entertainment. Sekali dengar macam lagu OST drama pulak. Ha, jom dengar dulu..🎤🎵🎶


LIRIK LAGU : MENCARI SEBUAH JAWAPAN
Kumpulan : Mikraj


Berkali kali aku bermimpi
Sejadah dan juga tasbih
Waktu seakan memberitahu
Kehidupan dunia hanya sementara

Tangan dan kaki seakan terkunci
Untuk melangkah ke rumahmu
Walau suatu ketika dulu
Tiba lima waktu disitulah aku

Siapa tuhanmu siapa pula nabimu
Kalimah ini pasti muncul
Bergetar sekujur tubuh membisu
Persiapkah kamu sebelum datangnya izrail

Apa kiblatmu siapakah imam kamu
Terketar tubuh membeku
Siapa saudaramu sewaktu hidupmu dulu
Mampukah aku jawap pertanyaan


Artis            : Mikraj
Komposer   : Sham Mikraj
Lirik            : Fazz Mikraj
Susunan
Muzik          : Sam Daud
Penerbit       : Sham Mikraj
Publishing   : Emthree Publishing
Syarikat
Rakaman     : S.A.Y. Production Entertainment



SEDIKIT INFO MENGENAI KUMPULAN MIKRAJ


Memandangkan Kumpulan Mikraj ni tak pernah aku dengar so, aku cari la sikit info mengenai kumpulan ni. So, boleh la kongsi dengan korang kan. Untuk pengetahuan, kumpulan Mikraj ni terdiri dari 3 orang dan vokalisnya adalah Mus Genji. Sebenarnya banyak juga dugaan yang diharungi oleh kumpulan Mikraj ni bermula dari pencarian vokalis hinggalah pembikinan lagu single yang berjudul Mencari Sebuah Jawapan ni terhasil. Ya, bukan senang tau nak menghasilkan sesuatu karya tersebut.


Pada asalnya kumpulan ini diilhamkan oleh 2 sahabat pada sekitar tahun 2015 dan memilih konsep berbentuk dakwah melalui muzik. Sejak penubuhan kumpulan ini banyak kali juga mereka menukar nama agar sesuai dengan konsep sehinggalah memilih nama Mikraj yang bermaksud "Sebuah Perjalanan Agung". Dalam masa yang sama mereka juga mencari vokalis yang sesuai untuk membawa lagu-lagu mereka. Hampir 5-6 orang juga mereka ujibakat hinggalah akhirnya mereka berjumpa kembali sahabat lama mereka iaitu Mus Genji. Akhirnya mereka memilih Mus kerana vokal beliau yang sesuai untuk membawa lagu-lagu Mikraj.


Penghasilan lagu Mencari Sebuah Jawapan juga memerlukan beberapa kali perubahan. Menurut penulis lirik lagu ni iaitu Fazz Mikraj, lirik lagu ni telah ditolak sebanyak 3 kali oleh pencipta melodi lagu ini iaitu Sham Mikraj kerana tidak mencapai tahapnya tetapi akhirnya kali ke-4 baru la lirik yang dihasilkan memuaskan hati. Ye la, bila berkaitan dengan lagu-lagu ketuhanan lirik kena betul dan diteliti agar dapat diterima dan dihayati oleh pendengar. Lagipun tujuan Mikraj menghasilkan lagu ini adalah untuk menyampaikan dakwah dan mengajak semua umat islam menuju ke jalan ALLAH dan kembali kepada sang pencipta dalam agama tauhid iaitu ISLAM.


Bila dengar bait-bait lirik dalam lagu ni rasa syahdu pulak, seram pun ada. Tambah-tambah bulan puasa ni. Ye la, aku ni insan biasa yang penuh dengan dosa. Sejauh mana diri kita ni di sisi Alllah s.w.t kan. Mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi dari segala kemungkaran. InshaAllah. So, mana mana korang? ok tak lagu dari Kumpulan Mikraj ni? Ha, jangan lupa klik video youtube tu untuk dengar tau. Alang-alang tu klik la subscribe skali.. hihi.. Thank you so much in advance 😇



You May Also Like

20 ♥ Surat Cinta ♥

  1. this is my first time hearing this. looking forward to their sounds

    ReplyDelete
  2. Okaylah, Kak Bee! Boleh masuk lagu ni dalam playlist Ramadan saya. Hehe. Iyalah, muzik macam ni memang bagus lagi-lagi untuk mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta. Semoga lebih banyak lagi kumpulan macam ni dan banyak juga penghasilan lagu-lagu kerohanian berkualiti!

    ReplyDelete
  3. Music diorang berkonsepkan rock, no wonder lah diorang ambil Mus Genji sebagai vokalis. Agak unik bila nasyid genre rock ni sebab selalu genre balada je. Nice!

    ReplyDelete
  4. nama mus genji tu macam familiar tapi kumpulan ni first time dengar. hehehe lagu2 ketuhanan ni bagus juga sebab ada yang mendapat tempat, goodluck semua!

    ReplyDelete
  5. First time heard about this group. Thanks for sharing. I akan dengar lagu mereka sendiri.

    ReplyDelete
  6. pertama kali dengar lagu ni...oklah not bad kan...sesekali dengar lagu ketuhanan tenang je hati...

    ReplyDelete
  7. Kumpulan baru ye? Macam best je. Lyric lagu pun macam menarik. Harap dia orang maju Jaya Dalam bidang muzik.

    ReplyDelete
  8. nie grp band terbaru ye sebab tak pernah dengar pula dan syarikat rakaman S.A.Y. Production Entertainment nie pun baru ke ? Siapa lagi artis dibawah naungan mereka ye

    ReplyDelete
  9. kumpulan nasyid ke? tak lama tak tengok group nasyid baharu. asyik ada artis solo je. BBL doakan kumpulan ni boleh berjaya setanding kumpulan raihan, inteam & lain-lain. bagus ada anak muda berminat berdakwah melalui nyanyian puji kepada Allah SWT kan

    ReplyDelete
  10. Kalau dengar musik je ingat lagu rock, bila tengok lirik..owhh lagu ketuhanan kisahnya. Not bad jugak lah kan..boleh bagi keinsafan bila dengar lagu gi kerap

    ReplyDelete
  11. Oh ahli kumpulan baru ye. Kumpulan ni nampak lain dari yang lain kan .Nak kata kumpulan nasyid tak macam nasyi . Nak kata band bukan band.. tapi baguslah diorang bawa lagu berunsurkan dakwah. Lagu dorang oun best didengar

    ReplyDelete
  12. Alaaa emi selalu ketinggalan. Emi tak tahu pun kewujudan kumpulan mikraj ni. Rasa ketinggalan sangat ni haaa. Baru first time dgr lagu dia. Not bad

    ReplyDelete
  13. Sedap lagundia. Menyentuh jiwa gittew. Kumpulan baru ehh. Tapi ada potensi untuk
    Pergi lebih jauh lagi

    ReplyDelete
  14. wah muzik rock tapi nasyid..hehe..kumpulan baru erk..tapi nama mus genki macm kenel..hhehee..best lagu diaorang..suka dengar

    ReplyDelete
  15. tak pernah dengar pun kumpulan ni tapi airah baca ramai jugak kenal.kejap lagi nak check lagu-lagu diaorang

    ReplyDelete
  16. wahhh baru pertama kali dengar nama kumpulan nie. suka dengan inovasi baru yang mereka bawakan. semoga kekal lama dalam industri ya dan semoga terus sukses. nak dengar lah nanti lagu tu

    ReplyDelete
  17. hahaha ok i frend jg dgn si mus ni xtau plak die leh nyanyi haa siap ada group WOW!!

    ReplyDelete
  18. Baru pertama kali dgr nama kumpulan ni. Yela, sebab baru lagi kan..
    Dia punya lirik penuh dgn makna juga kan..
    Moga mereka sentiasa menghasilkan lagu lagu yang terbaik.

    ReplyDelete
  19. Tak pernah dengar pasl kumpulan ni tapi bila dikbee share pasal ni sempat la i dengar..insoffff terus

    ReplyDelete
  20. Not bad lagu ni. bila dengar penuh dengan keinsafan. tarik sejadah terus ya

    ReplyDelete