RESEPI KENTANG U.S. ROJAK RIANG RIA RAYA

12.5.19

KENTANG U.S. ROJAK RIANG RIA RAYA | Assalamualaikum semua.. Bila sebut kentang mesti ramai yang akan pandang sebelah mata je. Ye la, jarang orang jadikan kentang sebagai bahan utama dalam masakan. Biasanya kentang hanya jadi bahan sampingan sahaja. Jadi, andai kata diberi kentang, menu apa yang best untuk dimasak dan sesuai untuk dihidangkan di hari raya??  Puas juga memikirkan menu apa.. last-last aku pilih untuk masak rajak. Simple dan mudah untuk dibuat.

Resepi Kentang U.S. Rojak Riang Ria Raya

Oh ya, sebelum aku kongsikan resepi rojak ni, aku nak bagitahu yang kentang aku gunakan adalah kentang US. Mungkin bagi sesetengah orang kentang nampak sama je kan tapi sebenarnya tidak ye. Kentang US lebih berkhasiat tau. Ada kajian menyatakan satu biji kentang US bersaiz sederhana (148gram) mempunyai 110 kalori. Selain itu ia tidak berlemak, tiada 'sodium' dan paling penting tiada kolesterol. Dalam Kentang US sebenarnya mengandungi lebih banyak 'potassium' daripada pisang dan juga mengandungi vitamin C

Resepi Kentang U.S. Rojak Riang Ria Raya

Jadi sebenarnya kalau makan kentang hari-hari pun takpe. So, sape yang kata kalau makan kentang ni boleh menggemukkan. Hey salah ye.. Kentang U.S ni sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet kerana ia mampu memberi rasa kenyang lebih baik dari makanan ringan yang lain. Ha, tu sebab dalam resepi rojak aku ni guna kentang U.S. So, aku namakan rojak aku sebagai Kentang U.S. Rojak Riang Ria Raya ✌

Resepi Kentang U.S. Rojak Riang Ria Raya


RESEPI KENTANG U.S. ROJAK RIANG RIA RAYA 


Resepi Kentang U.S. Rojak Riang Ria Raya

Bahan-bahan Rojak:
10 biji ketupat mini
2 ketul kentang (U.S. Potatoes)
1/2 bungkus U.S Waffle Cut Fries
1 batang timun
1 biji buah sengkuang
2 ketul ayam goreng (tak kisah bahagian apa)

Kuah Rojak :
1 cawan kacang tanah (dikisar kasar)
10 tangkai cili kering (dikisar)
2 biji bawang besar (dikisar)
1 biji bawang putih (diketuk)
2 batang serai (dititik)
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam

Cara menyediakan dan memasak:
A) Kuah rojak
1. Goreng sebentar cili kering dan bawang besar kemudian dikisar halus
2. Goreng sebentar kacang tanah kemudian dikisar kasar
3. Tumis bawang putih yang telah diketuk bersama dengan serai
4. Masukkan bahan kisar dan ditumis hingga naik bau
5. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar dan kacau rata
6. Masukkan gula dan garam

B) Bahan rojak
1. Rebus ketupat mini, tos dan potong bila sejuk
2. Bersihkan timun dan sengkuang, cuci dan potong nipis-nipis
3. Untuk kentang (U.S. Potatoes), kupas, bersihkan dan kemudian rebus sekejap.
4. Setelah ditos, gorengkan seketika kentang tersebut untuk lebih empuk dan dipotong dadu
5. Goreng 2 ketul ayam dan dicincang dadu
6. Goreng U.S waffle cut fries

Resepi Kentang U.S. Rojak Riang Ria Raya

Setelah semua bahan rojak telah disediakan, susun di dalam pinggan dan letakkan kuah rojak di bahagian tengah. Gaulkan kuah dan rojak apabila mahu makan. Kelainan pada rojak ini adalah penggunaan kentang dari U.S. Potatoes yang lebih enak, waffle cut fries yang memberi kerangupan pada rojak serta ketupat mini menggantikan kuih cucur. Enak dihidang pada hari raya, mahupun hari biasa. Selamat mencuba 😍

Resepi Kentang U.S. Rojak Riang Ria Raya

Untuk mengetahui info lanjut mengenai Kentang US boleh klik link di bawah :







You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *