RESEPI MUDAH SAMOSA INTI SARDIN DARI SEGI FRESH

RESEPI MUDAH SAMOSA INTI SARDIN DARI SEGI FRESH | Assalamualaikum semua.. Setiap kali masuk bulan puasa memang rumah aku ni gantung kuali. Sebabnya aku ni duduk sebatang kara je, eh maksud aku seorang diri je.. hehe. Takde housemate mahupun roomate. Jadinya rasa macam tak berbaloi plak nak masak berperang bagai kat dapur tapi last-last aku jugak yang makan. So, kebiasaannya memang aku beli je kat Bazar Ramadan.

Resepi Mudah Samosa Inti Sardin Dari Segi Fresh

Tapi untuk bulan puasa tahun ni aku decide untuk berjimat cermat dan masak sendiri je la. Biar menu simple-simple je janji kenyang, cukup. So, balik dari kampung tempohari terus aku singgah Segi Fresh Market untuk beli stok keperluan sepanjang bulan puasa. Kenapa aku pilih Segi Fresh? Kalau korang nak tau barangan yang dijual kat Segi Fresh ni murah. Pilihan pun banyak tau.

Resepi Mudah Samosa Inti Sardin Dari Segi Fresh

So, oleh kerana nak beli stok untuk sebulan terus, aku pilih produk yang kering, dalam tin dan mudah disimpan. Bukan apa, kalau beli barang basah nanti takut tak termasak, busuk pulak. Lagipun peti ais kat rumah aku ni syomel je. Tak muat nak sumbat macam-macam. hikhik. Antara yang aku beli adalah minuman instant, bihun, sardin, jem, sos, susu dan laici. Teringat jugak tisu kat rumah dah habis, alang-alang restock tisu sekali.

Resepi Mudah Samosa Inti Sardin Dari Segi Fresh

Memandangkan awal-awal puasa hari tu aku kat kampung, jadi puasa ke-4 baru aku berpeluang berbuka kat rumah. Penat balik kampung tak hilang lagi jadi aku masak simple je. Nasi putih dan sambal sardin. Kalau korang perasan banyak jugak sardin aku beli kan. Ada Ikan Brand, Crown’s Choice, SEDAAP, dan Trader’s Choice Nak tau sebab apa?? time beli aku konpius nak pilih yang mana, tu yang amik je lain-lain. ahaha..

Resepi Mudah Samosa Inti Sardin Dari Segi Fresh

Tapi kan bila masak sardin ni paham-paham jela. Kena la masak setin. Jadi lebihan sardin tu aku terfikir nak buat Samosa Inti Sardin. Alang-alang stok kentang pun ada lagi so tinggal nak beli kulit popia je la. Eh, nak resepi tak? Alah, kalau korang kata taknak, aku nak share jugak.. ahakksss.. Nah, resepi mudah samosa inti sardin versi homemade guna sardin dari Segi Fresh..

Resepi Mudah Samosa Inti Sardin Dari Segi Fresh

RESEPI MUDAH SAMOSA INTI SARDIN

Bahan-bahan:
- Kulit popia
- 1 biji ubi kentang
- 1 tin sardin (Trader's Choice dari Segi Fresh)
- Sedikit rempah kari ikan
- 2 biji bawang merah dihiris halus
- 2 ulas bawang putih dihiris halus
- Sedikit halia dihiris halus
- Daun kari (tapi masa masak tak buh sebab daun kari habis 😂)
- Garam secukup rasa
- Sedikit tepung gandum + air (sebagai pelekat kulit popia)

Cara Masak :
- Rebus kentang separuh empuk supaya mudah dimasak bersama sardin. Lepas tu potong dadu
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia
- Masukkan daun kari dan tumis hingga naik bau
- Masukkan sedikit serbuk kari dan kacau dengan sedikit air
- Masukkan kentang dan biar kentang empuk
- Masukkan sardin yang telah dihancurkan
- Masukkan garam dan kacau hingga kering
- Ok, siap inti sardin

Cara Lipat Samosa :
- Potong kulit popia kepada dua bahagian (kalau nak comel, potong 3 bahagian pun boleh)
- Sambung kulit popia memanjang dan lekatkan guna tepung gandum + air (sebagai pelekat)
- Letakkan inti sardin ke atas kulit popia di bahagian hujung
- Lipat secara tiga segi hingga hujung kulit popia dan lekatkan guna tepung gandum + air (sebagai pelekat)
- Dah siap goreng dalam minyak panas hingga kekuningan

Resepi Mudah Samosa Inti Sardin Dari Segi Fresh

Taraaa.. akhirnya siap juga samosa inti sardin aku. Mula-mula ingat susah nak buat rupanya senang je. Kalau tau baik buat sendiri. Sebab kalau beli dah berapa dah harga sebijik tu. Kalau buat sendiri ni bukan apa, nak besar ke, nak comel ke, nak inti banyak ke nak inti sikit ke, suka hati.. yang penting puas hati. hehe Nak lagi sedap makan time moreh (lepas solat terawih). Bayangkan hidangan samosa inti sardin panas-panas pastu dihidang pulak dengan secawan Instant Premix Coffee Segi Fresh.. perghhh, padu beb. So, nanti cuba la resepi mudah samosa inti sardin ni ekk. Lepas tu kalau nak beli barangan dapur boleh la beli kat Segi Fresh. Jimat, segar dan berbaloi!





Post a Comment

0 Comments