Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

29.10.19

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co | Assalamualaikum semua.. Dah makan tengah hari ke tu?? Kalau belum, ni ha sis nak ajak makan tengah hari dengan sis. Tapi jauh sikit la lokasi dia dari Kuala Lumpur. Dalam sejam perjalanan gitu. Actually takde la jauh sangat. Lagipun apa salahnya kita kongsikan tempat yang di luar kawasan KL ni. Mana la tau korang ada outstation ke atau macam sis ni ramai juga kawan-kawan kat area sana. Boleh la jadi port untuk berjumpa nanti.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

Restoran yang sis maksudkan adalah Brew & Co yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Macam pernah dengar kan Bandar Sri Sendayan ni. Ya, kat sini la terletaknya Masjid Sri Sendayan yang viral tu. Tapi sayang, tak sempat pulak pergi hari tu. Takpe, next time kalau ada lagi ke Negeri Sembilan, InshaAllah akan singgah lagi ke sini.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

Bila melangkah masuk ke dalam restoran, memang rasa tenang je. Restorannya luas dan terasa tenang dengan alunan muzik yang mendamaikan. Apa yang menarik mengenai restoran ini ialah terdapat beberapa ruang makan yang boleh dipilih mengikut keselesaan. Ada konsep meja makan, sofa santai, dan juga ruang dalam bilik yang sesuai jika ingin adakan mesyuarat. So, boleh la ajak bos ke client meeting lunch kat sini kan.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

Kenapa sis asyik sebut pasal lunch je? ha, sebenarnya sis nak kongsikan menu baru untuk lunch di restoran Brew & Co ni. Serius sis cakap menu-menu baru ni menarik dan sedap. Yang seronoknya ada banyak pilihan tak kira sama ada kita nak makanan yang berat mahupun nak makan ringan-ringan je. Ye la, mana tau ada yang diet kan. So, takde la dia tengok je kita makan. Ok, meh tengok menu yang ada di Brew & Co :

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

1) Wild Mushroom Rice Pilaf - Nasi pilaf yang dimasak bersama cendawan liar. Memang sedap sebab sis memang suka cendawan liar ni. Siap ada telur dadar sekali tau. Memang gabungan yang enak dan sedap.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

2) Chicken Rendang with Rice - Tekak melayu?? jangan risau. Kat sini pun ada nasi dengan ayam rendang. So tak perlu nak tunggu raya je nak kena makan rendang. Hari-hari biasa pun boleh di Brew & Co.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

3) Fish and Chips - Kalau tak nak makan nasi, boleh pilih hidangan ringan seperti Fish and Chips. Mereka menggunakan white fish fillet yang rangup dan gebu di dalam. Bukan tu je, fries pun banyak dan sedap bila dicicah dengan garlic sauce. Memang hidangan yang mengenyangkan.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

4) Chicken Rendang Burger with Potato Salad - Ha, yang ni memang rare. Pernah makan burger dengan ayam rendang? Kalau tak pernah, boleh la cuba menu ni. Isi ayam yang disalut dengan kuah rendang dan diapit dengan charcoal bun memang menu yang wajib cuba kalau datang ke sini. Portion dia pun besar. Siap ada potato salad lagi.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

5) Chicken Croissant with Salted Egg With Potato Salad - Peminat telur masin?? ha, ni menu yang korang boleh order. Isi ayam yang disalut dengan telur masin dan disumbat ke dalam croissant dan dihidangkan dengan potato salad. Sedappp..

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

6) Chef Sam's Assam Laksa - Kalau nak pilih makanan yang berkuah boleh la cuba menu assam laksa ni. Ye la musim-musim hujan ni sedap jugak kalau menghirup kuah yang panas kan. Pulak tu assam laksa ni ada isi ikan mackerel yang besar-besar dan banyak. Puas hati tauu..

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

7) Coconut Pandan Waffles with Kaya - Tak kenyang lagi?? Takpe, apa kata order coconut pandan waffles with kaya ni. Menarik kan warna hijau gitu. Tapi jangan risau, rasa dia takde la pelik pun. Sedap lagi ada..

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

8) Red Velvet Chocolate Waffles - Kalau Coconut Pandan Waffles warna hijau, yang red velvet ni warna merah. Walaupun waffles sis rasa macam makan kek red velvet je.. sedap dan gebus tau..

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

9) Mango Mimosas - Air minuman yang ada hirisan mangga di dalamnya.. sedikit masam tetapi menyegarkan.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

10) Peanut Butter Latte - Selalu peanut butter sapu kat roti kan. Ha, yang ni dibuat air pulak. Tak sangka sedap juga rasa dia. Siap ada taburan kacang lagi kat atasnya.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

11) Rose Charcoal Latte - Siapa datang ke Brew & Co wajib order Rose Charcoal Latte ni. Minuman yang unik. Gabungan charcoal dan rose menjadikan rasanya yang unik dan sedap.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

12) Berries Fruit Tea - Campuran pelbagai jenis buah buah berries dan dibancuh dengan mogambo tea. Rasanya sedikit masam-masam manis

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

13) Hawaii Fruit Tea - Campuran pelbagai jenis buah topikal seperti passion fruit, laici, nenas dan kiwi. Gabungan yang pasti memberi rasa yang menyegarkan ketika minum.

Menu Baru Untuk Lunch Di Restoran Brew & Co

Ha, best kan menu-menu kat sini. Gabungan makanan Asia dan juga Western. Bagi sis menu kat sini jarang boleh didapati di restoran-restoran lain. Tak sia-sia datang ke sini dan mencubanya. So, kalau korang ada kelapangan dan ingin mencari lokasi yang sesuai untuk lunch bersama keluarga, kawan-kawan ataupun lunch meeting with client boleh la datang ke Brew & Co. Boleh rujuk info di bawah untuk maklumat lanjut :

Alamat :
Brew & Co
PT 12653,
Jln Pusat Dagangan Sendayan 1,
Bandar Sri Sendayan
Seremban

Waktu (Lunch Menu) :
12pm - 5pm setiap hari

Facebook :

Instagram :

Tel :
012-918 5236



You Might Also Like

19 Comments

  1. Wowwwwwwwww.. semuanya menarik dan nampak sungguh sedap!

    ReplyDelete
  2. wah , saya belum lunch lagi. terus rasa lapar. in shaa Allah kalau ada urusan ke kawasan restoran tersebut boleh lah singgah. nampak makanannnya semua sedap2 belaka. deko di restoran pun cantik! :)

    ReplyDelete
  3. wahh dikbee kemain makan penuh meja ya! sedap2 nampaknya makanan dia... lagi lagi Coconut Pandan Waffles with Kaya tuuuu tertarik nya kitaa! kafe pun nampak sangat instagramable and minimalis. suka lah konsep gini.

    ReplyDelete
  4. The place looks pretty simple but stylish in decor. The food looks tempting too especially the colourful waffles!

    ReplyDelete
  5. Bandar Sendayan dekat jer ngan akak...menarik la restoran ni...tak sangka area sana banyak tempat makan best..sampai hati Dik Bee x ajak akak...hahahaha

    ReplyDelete
  6. FINEEE TAK DATANG SINGGAH RUMAH!!!!

    btw, restoran ni da dpt sijil ‎حَلاَل ke dikbee? aku lalu tengok ‎راماي cainis je

    ReplyDelete
  7. Terliurnya asam laksa itu!! View restoran memang superb!

    ReplyDelete
  8. Tu diaa. Port baru nak jumpa rakan blogger ni. Mek suka konsep cafe sekarang yang cantik untuk photoshoot. Dah jadi macam hobi pulak photoshoot ni. Tu pun kalau dapat port cantik lah.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya cafe ini boleh habis ker makanan banyak tu hehehe semua makanan nampak menyelerakan dan sungguh membuat kita rasa nak datang sana ker mencuba makanan yang ada hurmmm nanti Dikbee belaja kita ok..

    ReplyDelete
  10. ala lovelynya restoran.. suka sgt tema mcm tu, simple dan bersih. Negeri sembilan tak jauh ni, boleh sgt nk pegi nanti.

    ReplyDelete
  11. cantik giler restoran ni. siapa ada seat yang macam ala-ala makan kt restoran korea tu. makanan pun semua nampak sedap. tapi jauh la nak pergi. Iza duduk kuantan.

    ReplyDelete
  12. Wow kat sendayan ada tempat makan sedap ya. Sis last ke Sendayan tak silap masa sekolah tau..haaa bertapa lama tak ke sana, bayangkan dulu mcm mana tempat ni

    ReplyDelete
  13. Gambar makanan semua tu bikin makyong terliurrrrr. Nak nagis rasa sebab jauhnya nak datang sana. Hr tu bercuti pun awalnya plan nak singgah masjid cantik lg viral kat Sendayan tu tapi tak sempat

    ReplyDelete
  14. Menarik food presentation dia. Mcm five star hotel je hehe. Dia ada cawangan dkt kl ke ? Mcm biasa dengar nama restoran ni. Bgs jgk luar dari kl. Lari dari jem kl kejap 😅

    ReplyDelete
  15. semua nampak sedap. dah la hias cantik. saya memang terliur betul kalau tengok portion banyak dan dihias cantik macam tu. jauh plak kalau nak pegi try. hehe

    ReplyDelete
  16. I really appreciate this wonderful post that you have provided for us.Latest Sims 4 Downloads : Showing 9113 items. Customise your view with Compatible mode, Featured uploads, Favourites and more! sims 4 news

    ReplyDelete
  17. Wah semua menu makan sorang ke tu. Banyaknya semua nampak sedap. Lama. Betul tak singgah bandar sri sendayan. Sebelum ni pernah jadi part time krew kat xpark sendayan

    ReplyDelete
  18. Teringinnya nak rasa wild mushroom rice tu. Macam mana la agaknya rasa dia sebab airah memang sejenis suka order nasi goreng cendawan

    ReplyDelete
  19. Sedapnya sis menu2 dia... Yg rice ohilaf dengan wild mushroom tu pun kalau kita pun kita suka.. Sebab kita hantu mushroom

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *