Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

22.11.19

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019 | Assalamualaikum semua.. Setiap orang pasti ada ciri-ciri rumah impian kan. Ada yang suka konsep moden, konsep tradisional dan tak kurang juga dengan konsep minimalis dan simple. Macam sis sendiri sukakan konsep minimalis di mana setiap sudut dan ruang tidak terlalu crowded dengan barang. Tapi tu la. Kalau setakat hias sendiri je rumah ni memang beli barang apa yang patut la. Kalau nak yang cantik dan ada bajet better guna khidmat pereka dalaman. Kat Malaysia ni ada ramai yang berbakat dalam industri rekaan dalaman tau.

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Baru-baru ni sis berpeluang untuk menghadiri satu majlis yang mengangkat pereka dalaman untuk merebut Anugerah Emas dan Anugerah Perak sekaligus menyandang gelaran Pereka Dalaman Terbaik sempena Anugerah Pereka IJM Land 2019 (iLDA 2019). Majlis ni diadakan di Galeri Jualan Seremban 2. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk membolehkan pereka dalaman muda mengembangkan wawasan mereka dan mendorong komuniti reka bentuk dalaman untuk mencapai piawaian yang lebih tinggi. Sebagai pendorong kepada kreativiti dan inovasi, iLDA 2019 berfungsi sebagai platform untuk pereka dalaman muda memperlihatkan keupayaan unik mereka dalam menghidupkan ruang serta memberikan pengiktirafan dan pendedahan di kalangan industri perintis.

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Sudah tentu peluang sebegini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh pereka dalaman muda. Berikut adalah info mengenai Anugerah Pereka IJM Land 2019 :

1. Sebanyak 116 penyertaan telah diterima.
2. Pertandingan ini dibuka kepada semua pereka dalaman yang berumur 40 tahun ke bawah yang mempunyai firma reka bentuk dalaman mereka sendiri / bekerja untuk firma reka bentuk dalaman.
3. Setiap penyertaan adalah peserta solo yang mewakili dirinya dalam pertandingan ini.
4. Terdapat hanya 1 pemenang iLDA 2019 yang dipilih oleh panel hakim dan semua keputusan adalah muktamad.
5. Anugerah Pilihan Awam dan Anugerah Pilihan Media akan diberikan kepada pemenang berdasarkan pemilihan umum dan media yang dijalankan sebelum acara ini.

Dari segi pemarkahan pula, ini adalah kriteria yang dinilai oleh juri :

KRITERIA PENILAIAN PERTAMA (HOME BASED)
✔ Pengalaman Projek
✔ Cadangan Konsep Reka Bentuk
✔ Inovasi Reka Bentuk & Konsep

KRITERIA PENILAIAN UNIT (ON-SITE)
✔ Konsep Reka Bentuk 40%
✔ Inovasi Reka Bentuk 30%
✔ Pengurusan Ruang 30%

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Menurut Dato' Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan, Wilayah Tengah IJM Land Berhad, pertandingan sebegini adalah penting bagi pereka dalaman muda berkembang bersama-sama dengan tuntutan industri yang sentiasa berubah dan iLDA 2019 adalah platform untuk para pereka ini berkarya dan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Beliau turut berkongsi kegembiraan untuk iLDA 2019 memandangkan persaingan itu telah menerima penyerahan yang berkualiti tahun ini dan berharap ia akan menyumbang kepada industri reka bentuk dalaman dengan peningkatan penyertaan pada tahun-tahun akan datang.

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Selepas disenarai pendek oleh panel hakim, hanya 2 peserta sahaja yang dipilih untuk ke peringkat akhir. 2 peserta itu adalah Lee Jun Yan dan Boon Zi Yang. Untuk peringkat akhir ini mereka perlu merealisasikan konsep dan idea mereka berlandaskan tema Keluarga Moden & Ruang di Kalista 2 Executive Apartments yang terletak di Seremban 2. Mereka diberi tempoh 6 minggu untuk melaksanakan princian unit apartment yang kosong mengikut konsep dan memastikan ia sempurna untuk semua sudut.

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Sis bersama rakan-rakan media yang lain berasa bertuah kerana kami berpeluang untuk menjadi juri bagi kategori Anugerah Pilihan Media. Kami dibawa ke 2 Apartment yang telah diubahsuai oleh kedua-dua peserta akhir ini dan kami perlu memilih yang mana satu layak menyandang anugerah tersebut. Ternyata ia satu keputusan yang sukar kerana bagi sis kedua-dua pereka dalaman tersebut memberikan hasil rekaan yang hebat. Berikut beberapa gambar yang menunjukkan ruang dalaman hasil rekaan mereka :


Hasil Rekaan Lee Jun Yan

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019


Hasil Rekaan Boon Zi Yang

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Macam mana?? cantik kan. Memang susah nak pilih ni. Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Pemilihan warna, perabot dan setiap perincian sudut memang menjadi idaman sis. Kalau la sis dapat rumah macam ni. Bestnya.. Oh ya, untuk pengetahuan semua sepanjang pertandingan ini, kedua-dua konsep pereka dalaman muda berjaya dilaksanakan dengan periancian dari Kubiq & Signature Kitchen, TA Studio & Da Vinci Malaysia, LM Home, Inovar Malaysia dan Lampu & Hiasan Seng Hup, yang telah menyumbang sepenuhnya kepada penyiapan kedua-dua unit di Kalista 2 Pangsapuri Eksekutif ni.

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Pasti semua berdebar kan menunggu keputusan. Setelah penilaian dibuat, berikut adalah keputusan untuk Anugerah Pereka IJM Land 2019 :

Anugerah Emas
Lee Jun Yan

Anugerah Perak
Boon Zi Yang

Anugerah Pilihan Awam
Lee Jun Yan

Anugerah Pilihan Media
Lee Jun Yan


Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Tahniah diucapkan kepada pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019. Anugerah Emas membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi manakala Anugerah Perak membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi. Tahniah sekali lagi.

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Jika ada yang berminat untuk mencari rumah, Seremban 2 merupakan pembangunan utama IJM Land di Negeri Sembilan yang melibatkan tanah berpegangan bebas seluas lebih 3,800 ekar. Menawarkan pelbagai jenis rumah yang terdiri daripada apartment mampu milik, rumah teres hinggalah rumah berkembar dan banglo. Ekosistem yang serba lengkap itu menawarkan pelbagai kemudahan mesra komuniti. Seremban 2 juga menggalakkan aktiviti kemasyarakatan, termasuklah acara berorientasikan keluarga serta komuniti seperti marathon, program pemulihan dan banyak lagi.

Pemenang Pereka Dalaman Terbaik Di Anugerah Pereka IJM Land 2019

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Pereka Dalaman IJM Land (iLDA), sila layari laman web: www.seremban2.ijmland.com/ILDA2019/.






You Might Also Like

17 Comments

  1. Wahh first time dengar tentang penganugerahan macam ni. Iyalah, kadang2 kita selalu terlepas pandang yang peranan pereka dalaman ni sangat mempengaruhi mood kita kalau di rumah. Hihi. Btw cantiknya design diorang, suka sangat dengan design yang simple but menenangkan. Patutlah diorang menang!

    ReplyDelete
  2. Wah terbaik la IJM Land! Hehe sis pun suka umah modern tp minimalis & simple. Tak terlalu banyak barang

    ReplyDelete
  3. rekaan semuanya cantik.. berbaloi hadiah yang menang..

    ReplyDelete
  4. Sis lebih sukakan rekaan Lee Jun Yan. Actually dua2 pun lawa je. Kalau dpt sis amik sajork.harga mesti bukan kaling2 kann.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this post! And congrats to winners! How I wish I have their sense of decorating & designs hehe :) maybe I can be the next winner~

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada pemenang yang , semoga ia menjadi inpirasi kepada orang lain dan pembakar semangat untuk terus berkarya lagi hehe

    ReplyDelete
  7. Admire sungguhla dengan pereka hiasan dalaman. Sentuhan mereka ni bukan biasa-biasa..nampak simple tapi cantik sangat. Tahniah pada mereka yang berjaya !!

    ReplyDelete
  8. Seronoknya menjadi juri? Tahniah kepada pemenang. Nampak cantik dekorasi, mesti susah kan nak menjuri?

    ReplyDelete
  9. Bestnya kalau dapat design rumah macam ni hehehe kita teringin sangat memang nak juga rumah yang mewah dan selesa. Tapi tu lah kita tak pandai dekorasi dalaman sempurna macam ni huhuhuhu... Tahniah kepada semua pemenang.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada semua pemenang..memnag kreatif ye diaorang.. Cantik sangat dekorasi dalam rumah tu..haishh kalau la dapat mau taknak keluar haish..hehee

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada pemenang. Memang menarik rekaan dia. Suka tengok ID yang cantik cantik tapi marina tak pandai

    ReplyDelete
  12. Baru tahu ada wujud anugerah interior designer. Tapi memang cantik sgt hasil kerja dorang. Klu nur ada kat tempat sis pun susah nak pilih sbb dua2 cantik sgt! Btw tahniah buat pemenang :)

    ReplyDelete
  13. Nampak ketara perbezaan hiasan kedua-duanya. Yang satu (pemenang) lebih kepada neutral and earthy tones manakala yang kedua tu lebih kepada warna sejuk (biru). Alangkah best jika mereka boleh hias rumah Rawlins hehe

    ReplyDelete
  14. Bagusnya inisiatif yg diperkenalkan oleh ijmland. Mengangkat lagi martabat pereka dalaman

    ReplyDelete
  15. Tahniah kepada Lee Jun Yan. Memang cantik hiasan dalaman dia. Tak sangka jadi pilihan orang ramai juga. Tahniah pada IJM land sebab sediakan platform untuk pereka baru dalam industri ni

    ReplyDelete
  16. Ya Allah cantiknya interior design dorang ni. Aumm sangat. Boleh try try buat sendiri kat rumah ni haha jahat pulak copy idea 😂 btw congrats yg dapat award!

    ReplyDelete
  17. tahniah kepada semua pemenang! kreatif la masing2. kalau saya mesti dapat corot sekali. uhu

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *