Jom Makan Marrybrown Fortune Burger Sempena Tahun Baru Cina

24.1.20

Jom Makan Marrybrown Fortune Burger Sempena Tahun Baru Cina | Assalamualaikum semua.. Cuti datang lagi. Ya, kali ni cuti sempena tahun baru cina pula. Walaupun kita ni bukan orang cina tapi sebagai rakyat Malaysia, kita bersama-sama menyambut setiap perayaan dengan mendapat cuti umum. Ha, time ni la nak berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan yang tersayang.

Jom Makan Marrybrown Fortune Burger Sempena Tahun Baru Cina

So, apa plan korang cuti ni?? Kalau tak tau nak ke mana, apa kata korang bawak kesayangan korang datang dan makan di Marrybrown. Nak tau sebab apa?? ha, ni yang sis nak kongsikan. Tahu tak yang kat Marrybrown sekarang ada menu Fortune Burger. Ya, sempena perayaan tahun baru cina ni Marrybrown selaku rantaian makanan segera Halal yang pertama dan terbesar di Malaysia bersemangat untuk 'kongsi' kekayaan bersama pelanggannya dengan memperkenalkan Fortune Burger yang popular dengan keenakaannya.

Jom Makan Marrybrown Fortune Burger Sempena Tahun Baru Cina

Bagi yang belum rasa lagi Marrybrown Fortune Burger ni pasti tertanya-tanya sedap ke burger ni kan. Memandangkan sis dah rasa burger ni boleh la sis describe pasal burger ni. MB Fortune Burger didatangkan dengan kepingan daging peha ayam yang juicy dan dimasak sempurna dengan salutan yang rangup menjadikan satu kepuasan pada setiap gigitan. Tak cukup dengan tu, MB Fortune Burger ini ada 2 variasi pilihan fillingnya iaitu sama ada Cheese ataupun Black Pepper.

Marrybrown Fortune Burger - Cheese
Mula-mula buka Fortune Burger Cheese ni tengok macam sikit je lelehan cheese dia. Tapi bila gigit je habis meleleh cheese keluar. Rupanya cheese dia duk di tengah-tengah. Pergh, memang sedap la combination daging ayam dan juga limpahan cheese tu. Tambah pula ayam tu dia guna bahagian peha, lagi la sis suka. favourite tu.

Jom Makan Marrybrown Fortune Burger Sempena Tahun Baru Cina

Marrybrown Fortune Burger - Black Pepper
Bagi yang suka pedas, sis sarankan korang cuba Fortune Burger Black Pepper ni. Memang pedas weiii.. Limpahan sos black pepper dia memang memberi rasa yang hangat dan bagai meletus-letus kat dalam mulut. Sape yang tak tahan pedas tu better korang pilih yang cheese. tapi kalau nak cuba juga, sila stanby air ekk..

Jom Makan Marrybrown Fortune Burger Sempena Tahun Baru Cina

Untuk setiap hidangan Fortune Burger ni kalau yang order set akan dapat sekali dengan Jus Minute Maid Fresh Orange serta Golden Fortune Fries. Harga pula takde la mahal sangat, kira berbaloi la sebab kita dapat menikmat burger yang enak kan.

Harga MB Fortune Burger bermula dari RM14.60

Jom Makan Marrybrown Fortune Burger Sempena Tahun Baru Cina

Ha, amacam?? Terliur tak tengok Marrybrown Fortune Burger ni?? Masa mula-mula nampak iklan tu sis macam tak teruja sangat tapi bila tengok ramai kawan-kawan kongsikan di media sosial dan mengatakan MB Fortune Burger ni sedap, terus sis pergi ke Marrybrown. Mana boleh tahan kan. Lagipun dengar kata menu ni dijual dalam tempoh terhad sempena musim perayaan sahaja. Karang kalau tak sempat makan takut kempunan pulak kan.. hehe



Hehe, ni sis kongsikan juga aksi 3 sahabat yang order Fortune Burger dengan cara rap dalam pelbagai bahasa. Ini bermakna walau kita berlainan bangsa tapi kita tetap bersatu dan boleh duduk makan semeja dan menikmati MB Fortune Burger bersama-sama. Menarik kan.. Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown dan promosinya, sila lawati:

Facebook : MarrybrownMalaysia
Instagram : Marrybrownmy
Youtube : MarrybrownTV





You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *