Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL

20.1.20

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL | Assalamualaikum semua.. Dah tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk masyarakat cina menyambut Tahun Baru. Dah jadi kebiasaan bagi masyarakat cina untuk sama-sama berkumpul dan menikmati hidangan makan besar bersama-sama keluarga tercinta. Tak ketinggalan juga ada kebanyakan syarikat yang turut sama mengambil peluang ini untuk turut sama meraikan ketibaan tahun baru cina ni dengan mengadakan jamuan makan bersama-sama rakan sekerja.

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL

Tahun ini salah satu lokasi yang sis nak cadangkan buat mereka yang mencari lokasi untuk makan besar adalah di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Bagi sis lokasinya sangat strategik dan mudah untuk diakses menggunakan kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam. Di sini ada 2 restoran yang boleh dipilih untuk menjadi lokasi untuk makan besar iaitu di Celestial Court dan juga di Essence. Di sini bukan sahaja menyediakan makanan yang enak malah turut menyediakan hidangan istimewa iaitu Yee Sang.


Unity Lou Sang, Sheraton Imperial KL Signature Yee Sang


Sudah menjadi tradisi apabila menjelang sambutan Tahun Baru Cina pasti kaum keluarga ataupun rakan-rakan akan berkumpul mengelilingi meja dan melambung bersama-sama sejenis makanan yang dipanggil yee sang menggunakan chopstick sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL

Di Celestial Court turut menyediakan menu yee sang istimewa yang diberi nama Unity Lou Sang, sebagai simbolik kepada nasib yang baik, kemakmuran, kesihatan dan membawa tuah di dalam setiap perkara. Basically kandungan yee sang di sini lebih kurang sama cuma yang special adalah bahan utamanya yang terdiri dari 4 variasi iaitu :

 Abalone Sliced with Fresh Scallop Yee Sang (Standard RM188 nett / Large RM376 nett)
 Crispy Soft-Shell Crab Yee Sang (Standard RM108 nett / Large RM216 nett)
 Norwegian Salmon Yee Sang (Standard RM108 nett / Large RM216 nett)
 Jelly Fish Yee Sang (Standard RM88 nett / Large RM176 nett)

Note : Unity Lou Sang ni juga available untuk take-away ye. 

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL


Celestial Court (Award-Winning Chinese Restaurant)


Sempena tahun baru cina kali ini, apa kata kita merasai keenakan hidangan yang disediakan di sebuah restoran yang memenangi award iaitu di Celestial Court, Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Pastinya hidangan yang disediakan memenuhi citarasa dengan menggabungkan masakan cina secara tradisional dan juga moden.

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL

Bermula dari 13 January 2020 hingga 8 February 2020, Celestial Court menawarkan 3 jenis Auspicious Chinese New Year Reunion 9-Course Set Menu dengan harga yang bermula dari :

Chinese New Year Wealth Set at RM1688.00 nett per table
 Chinese New Year Prosperity Set at RM1988.00 nett per table
 Chinese New Year Happiness Set at RM2388.00 nett per table

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL

Untuk pengetahuan semua, hidangan Auspicious Chinese New Year Reunion 9-Course Set Menu ni boleh dipilih untuk makan tengah hari ataupun makan malam. Jadi pada mana-mana pihak yang tak sempat nak datang time lunch tu, boleh la arrange untuk dinner ye. Lebih santai sedikit kan. Nak lagi best, boleh arrange pada 31 Januari 2020 kerana pada hari tersebut ada persembahan lion dance

Berikut antara menu istimewa yang ada dalam Auspicious Chinese New Year Reunion 9-Course Set Menu :

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL
Crispy Roasted Garlic Corn Fed Chicken, Sichuan Spiced Mushroom Sauce 

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL
Stewed Dried Oyster With Sea Cucumber and Black Moss 

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL
Wok-fried Prawns with Angled Luffa Gourd, Shimeji Mushrooms and Cashew Nuts

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL
Steamed Sea Grouper with Enoki Mushrooms and Minced Chili in Superior Soy Sau


Essence (All-Day Dining Restaurant)


Sementara tu, bagi yang inginkan hidangan istimewa dan mewah sempena Tahun Baru Cina ni, boleh la datang ke restoran Essence dan menikmati Reunion Seafood and Grill Dinner Buffet. Ha, kalau hidangan buffet ni pastinya puas hati kan. Tambah pula menu yang dihidangkan menyelerakan. Memang laju la menambah. Antara menu yang ada seperti :

 Fortune Yee Sang Buffet
 Steamed Dumpling "Jiao Zhi" with Chicken and Chives
 Braised Broccoli with Sea Moss
 Steamed Fried Rice in Lotus Leaves
 Chinese New Year Dumpling Dessert Soup
 Pelbagai jeni CNY Cookies
 King Crab Leg
 Sakoshi Fresh Oyster 
 Slipper Lobster
 Tomahawk Steak Carvings

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL

Promosi Reunion Seafood and Grill Dinner Buffet boleh didapati pada 24 Januari hingga 27 Januari 2020 dengan harga RM199 nett per person.


Lunch And High Tea Buffet


Andai kata kalau tak berkesempatan untuk berkumpul makan besar, jangan la bersedih. Apa kata ajak kesayangan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan menikmati Chinese New Year Inspired Buffet Lunch and High Tea. Ia bermula dari 24 Januari hingga 8 February 2020 (setiap hari kecuali Ahad). Antara special menu yang ada untuk buffet ini adalah Fortune Yee Sang, Chinese New Year Cake "Nian Gao" dan juga pelbagai jenis Chinese New Year cookies serta banyak lgi menu yang menyelerakan.

 Chinese New Year Inspired High Tea Buffet - Harga RM98 nett per person
 Chinese New Year Inspired Lunch  Buffet - Harga RM128 nett per person

Nikmati Auspicious Reunion Sempena Tahun Baru Cina Di Sheraton Imperial KL


Exclusive Promotions and Discounts 


Ni sis dah share semua menu-menu ni mesti ada yang tanya, "Takde diskaun ke sis?". Jawapannya harus la ada tauuu.. Ok, ni adalah senarai untuk diskaun ye :

 Pemilik kad Maybank, HSBC atau CIMB boleh menikmati diskaun sebanyak 20% (tidak sah bersama dengan promosi yang lain).

 Ahli Club Marriott boleh menikmati 30% diskaun (tidak sah bersama dengan promosi yang lain).

 Ahli Marriott Bonvoy boleh menikmati special discount based on membership tier
🔘 Platinum or Titanium - 20% off
🔘 Gold - 15% off
🔘 Silver -10% off
     (tidak sah bersama dengan promosi yang lain)

Untuk tempahan sila hubungi +603 27179977 atau email dining.specialist@sheraton.com.

Maklumat lanjut sila rujuk www.sheratonimperialkualalumpur.com dan juga media sosial @sheratonimperialkl




You Might Also Like

11 Comments

  1. Wahh sedapnyaa tgk semua pilihan mknn yg ada kat sana tuu, mostly mmg fav jugak tuu hehe.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedap semuanya menu ni dik bee oiii! Kak min dah la memang sejenis suka masakan cina ni jadi bila baca artikel ni dan tengok lak gambar aduhai terliur lak rasa

    ReplyDelete
  3. sedapnya dikbee makan kat hotel sheraton KL ni. dah lama BBL tak datang makan sini. ni sementara ada promosi boleh la repeat datang sini, semua nampak sedap-sedap

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik dan sedap makanan kat sini..klu dapat makan besar mmg terbaik

    ReplyDelete
  5. Cantik dining hall dia. Makanan pun semua nampak sedap.

    ReplyDelete
  6. Mana-mana menu untuk perayaan tahun baru cina mesti sama je kan, tak kisah laa hotel besar atau resort...sebab menu-menu tu semua ada maknanya tersendiri hehehehe...
    Harini pagi Sis ada last untuk review CNY hehehe..last kopek katanya..

    ReplyDelete
  7. Kakau ada event company boleh buat di sini kan. Makanan pun nampak menarik dan sedap.

    ReplyDelete
  8. sedap2 nampaknya. saya suka juga chinese cuisine terutama sayur2 dia masak dengan cara yang segar

    ReplyDelete
  9. Wow sedapnya menu CNY di Sheraton. Saya selalu makan di Essence tp hari2 biasa, sedapnya CNY menu, xpernah rasa!

    ReplyDelete
  10. Woww menariknya yee sang dia. Bagusnya ada buat pakej macam ni

    ReplyDelete
  11. Hotel mewah ini memang sesuai untuk majlis makan besar sempena Raya Cina ni... menunya pun nampak menarik.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *