Debaran 12 Finalis AJL34 : Siapa Bakal Bergelar Juara?

Debaran 12 Finalis AJL34 : Siapa Bakal Bergelar Juara? | Assalamualaikum semua.. Dag Dig Dug, sis bagai dapat rasakan itu la bunyi degupan jantung para finalis sekarang ni. Mana taknya, kalau dihitung tak sampai seminggu sahaja lagi akan berlangsung pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang menyaksikan 12 lagu berentap di pentas yang sama. Pastinya debaran 12 Finalis AJL34 kian memuncak menanti malam bersejarah tersebut yang bakal menobatkan lagu terbaik. Agaknya siapa yang bakal bergelar juara?

Debaran 12 Finalis AJL34 : Siapa Bakal Bergelar Juara?
Debaran 12 Finalis AJL34 : Siapakah Bakal Bergelar Juara?

Salah seorang peserta finalis yang ditemui selepas Showcase AJL34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana baru-baru ini iaitu Aina Abdul turut mengakui berdebar menanti malam pertandingan tersebut. Aina bakal mempertandingkan lagu Sumpah ciptaannya sendiri.

“Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton
cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian. Ini adalah pengalaman
pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL”
~ Aina Abdul ~

Debaran 12 Finalis AJL34 : Siapa Bakal Bergelar Juara?
Aina Abdul

Sementara itu, seorang lagi penyanyi yang juga bakal mempertaruhkan lagu bertajuk Sumpah iaitu Naim Daniel turut meluahkan rasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir. Wah, nampaknya ini pertama kali kita bakal menyaksikan 2 lagu yang mempunyai tajuk yang sama ni. Sis pun berdebar-debar jugak nak tunggu penampilan mereka ni.

“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima
undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar
finalis AJL jadi saya mahu all out. Saya mahu penonton yang datang menyaksikan
persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat
menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,”
~ Naim Daniel ~

Debaran 12 Finalis AJL34 : Siapa Bakal Bergelar Juara?
Naim Daniel

Tak sabar rasanya nak tengok persembahan terbaik semua finalis AJL34 kali ni. Dengan mengetengahkan tema ‘Warna-Warna Suara’ pasti persembahan tahun ini akan memukau para peminat muzik tanahair. Oh ya, bagi yang tidak mengetahui atau nak recap balik senarai penuh 12 Finalis AJL34, nah sis kongsikan dibawah ini :

1. Drama
Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

2. Ku Bersuara
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

3. Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

4. Sumpah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul

5. Lembah Kesepian
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

6. Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel

7. Peneman
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam

8. Dinda
Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah

9. Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA

10. Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: Datuk A. Aida

11. Ragaman
Penyanyi: Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

12. Rampas
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Cantik


Debaran 12 Finalis AJL34 : Siapa Bakal Bergelar Juara?
Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34)

Jadi apa kata sempena AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari 2020 ini jom kita ramai-ramai datang ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9 malam untuk menyaksikan sendiri secara live persembahan 12 Finalis AJL34 kali ini. TV3 dalam kenyataan menyebut, penjualan tiket rancak pada Showcase AJL34 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu. Tapi jangan khuatir, peminat masih berpeluang membeli tiket tempat duduk aras empat berharga RM30. Jangan lepaskan peluang tau sementara tiket masih ada.. adios


Post a Comment

2 Comments