Sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama AmLife

3/14/2020

Sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama AmLife | Assalamualaikum semua.. Ha, jangan tak tahu ye ada juga sambutan untuk tidur ni. Bukan apa, dengan adanya sambutan begini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya untuk mengetahui cara tidur yang betul. Bukan main belasah je tidur. Bahaya tau. Tu yang kadang-kadang bila bangun rasa sakit kepala la, ataupun ada juga yang dah tidur lama pun masih terasa lesu dan lemau je.

Sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama AmLife

Jadi atas kesedaran betapa penting kesihatan tidur ni, AmLife International Sdn Bhd turut sama meraikan Hari Tidur Sedunia 2020. Tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut dah AmLife menyambut Hari Tidur Sedunia ni dan sis pula ini kali kedua hadir ke majlis ni. Tahun lepas pun sis datang tau. Ye la, sis kan sejenis yang kuat tidur so seharusnya la sis menyambut Hari Tidur Sedunia kannn.

Sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama AmLife

Sambutan bersama AmLife kali ini diadakan diadakan di Palace of the Golden Horses dengan bertemakan “Menambah Baik Tidur, Kehidupan, Planet”(“Better Sleep, Better Life, Better Planet”) untuk menggalakkan kehidupan yang sihat & berkualiti menerusi tidur yang lebih lena. Kalau korang nak tahu, AmLife ni ditubuhkan pada tahun 2014 dan komited untuk mengalakkan aktiviti kesihatan tidur sejak beberapa tahun yang lepas, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan.

Pendidikan mengenai tidur bukan sahaja sentiasa di hati kami dan menjadi falsafah perniagaan kami, tetapi juga semakin penting memandangkan masalah gangguan tidur semakin meningkat di rantau ini. Bersama Persatuan Tidur Sedunia, AmLife menganjurkan pameran tidur yang meliputi bengkel dan sesi demo di 3 negara utama – iaitu Malaysia, Indonesia dan Taiwan pada tahun ini,”
~ Encik Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife ~

Sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama AmLife

Semasa menghadiri majlis ni, banyak input yang dapat sis ketahui terutama mengenai permasalahan tidur. Ha, siap dengan fakta lagi tau seperti :

Teliti fakta penting berikut!
● Menurut hasil tinjau selidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 27% penduduk di 14 negara
dirundung masalah tidur.
● Menurut Persatuan Tidur Sedunia, trend gangguan tidur semakin meningkat, dengan semakin
ramai penduduk berdepan dengan masalah ini.
● 35% rakyat Malaysia mengalami sesuatu bentuk gangguan tidur.
● Lebih 53 peratus tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum 7 jam tidur dalam
tempoh 24 jam, dengan sekurang-kurangnya 51 peratus mengalami tekanan berkaitan kerja.
● 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak insomnia dan satu atau beberapa
jenis masalah tidur.

Sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama AmLife

Ha, nampak tak betapa ramainya orang yang mengalami masalah tidur di dunia ni. Macam sis pulak memang ada masalah tidur tapi bukan tak cukup tidur malah terlebih tidur cuma tetap rasa tak puas. ahakkk, acanor tu?? Ok, sekarang kita tengok pula apa kesan masalah tidur ni terhadap kesihatan badan :

Ancaman Maut Disebabkan Kurang Tidur

STROK (ANGIN AHMAR) - 4 KALI LEBIH TINGGI
Menurut USA Today, mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari berdepan dengan risiko
diserang strok 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidur lebih lama.

OBESITI (KEGEMUKAN) - 73% LEBIH TINGGI
Satu kajian yang dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang menjadi gemuk
adalah 73% lebih tinggi di kalangan orang yang kurang tidur.

KANSER - 47% LEBIH TINGGI
Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kemungkinan mereka
yang tidur kurang daripada 7 jam sehari mendapat kanser adalah 47% lebih tinggi.

JANTUNG - 1.45 LEBIH TINGGI
Kurang tidur boleh membawa kepada infarksi miokardium. Hasil kajian mendapati bahawa orang
yang tidur kurang daripada 5 jam sehari berdepan dengan risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap
penyakit jantung arteri koronari.

Aduh, patut la macam-macam jenis penyakit melanda sekarang kan. Rupanya ada yang berpunca dari tidur. Ingatkan dari faktor pemakanan je. Nampaknya kena balancekan la juga antara makan dan tidur ni sebab Encik Kerwin Chen, Pakar Pemakanan / Penyelidik Makanan juga turut berkongsi pengetahuannya tentang cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi diet yang sewajarnya dan makanan yang dimasak di rumah.

Sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama AmLife

Selain dari tu, AmLife selaku pengeluar peralatan kesihatan untuk tidur turut memperkenalkan produk terbarunya. kalau pada tahun lepas AmLife memperkenalkan tilam terapi haba keupayaan elektrik Amlife. Tahun ni pula AmLife memperkenalkan 3 produk baru iaitu :

Ampower Platinum Heat Sleep Mask (Topeng Tidur)
AmPower Platinum Beautifly Pillow (Bantal)
AmPower Platinum Blanket (Selimut).


Sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama AmLife


Sambutan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama AmLife

Sis dah cuba ketiga-tiga produk ni. Memang best sebab ia merupakan produk yang dapat membantu masalah tidur dan juga rangkaian teknik anti-penuaan Platinum dari Jepun ini membantu melengahkan penuaan sel & menjadikan kulit awet muda, serta membantu pengguna mengekalkan keremajaan & kesihatan badan menerusi kebaikan tidur. Ha, kalau korang nak tau kelebihan produk ni secara detail boleh layari di www.amlife.com.my... adios




You Might Also Like

14 Comments

  1. Pertama nak cakap, kita baru tau ada hari tidur sedunia tau heheheh..
    Antara 3 produk tu kalau di beri pilihan, Sis pilih selimutnya, mesti bestkan pakai selimutnya..tengok DB pakai sambil barimg tu nampak selesa sangat...kalau harga mampu milik, memang dah beli gak ni...

    ReplyDelete
  2. ada masalah bangun pagi mesti sakit tengkuk. nak kena survey ni AmPower Platinum Beautifly Pillow (Bantal)

    ReplyDelete
  3. Bagus nyer nampak bantal nie. Thank you for sharing your review on this product.

    ReplyDelete
  4. pentingkan untuk mempunyai tidur yg cukup..bukan sahaja bagus untuk emosi bahkan boleh elak daripada jatuh sakit, plg worst penyakit merbahaya

    ReplyDelete
  5. Baru tahu ada hari tido sedunia..makna semua org kena tido ke cam mana..:D :D.
    Kalau sis disuruh tido masa event tu..sure lena tido tak bangun2...hahaha

    ReplyDelete
  6. Aiyo takotnya..sebab sis jenis kurang tido dan susah tido. Dah 6 tahun keje malam so memang susah tido awal. Patotlah sis asik sakit2 je. Baru tau ada hari tido sedunia.

    ReplyDelete
  7. Tak sangka, ade juga sambutan untuk hari tidur sedunia..tidur yg ckup nie pnting tau sbb nk pastikan yg badan kita nie betul2 dapat rehat yg secukupnya..

    ReplyDelete
  8. Tak sangka orang sambut hari tidur kan. Sis memang kuat tidur juga, kalau dapat tilam best cam tu lagi seronok lah nak tido .since ada anak 4 dah ni tido memang tak lena je..haha

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Tidur. Tidur memang amat penting. Hehehe. Masa bujang dulu tidur entah kemana. Sekarang dah ada anak sekolah alhamdulillah lepas isyak terus tido.

    ReplyDelete
  10. I need more deep sleep lah, hopefully the pillow can help.

    ReplyDelete
  11. Penting untuk pastikan badan kita punya tidur yang mencukupi setiap hari.. Rupanya bermacam penyakit boleh datang hanya disebabkan kurang tidur

    ReplyDelete
  12. Wahhh baguslah Amlife keluarkan produk tidur seperti untuk kita dapatkan tidur yg lebih nyenyak dan kualiti. Bolehlah beli utk bilik baru nanti

    ReplyDelete
  13. tdur yang berkualiti memang penting. baguslah ada awareness macam ni

    ReplyDelete
  14. Setuju sangatttttt... tidur yang berkualiti memang sangat penting... macam-macam penyakit boleh hinggap kat kita kalau kita tak jaga... thus, jomlah kita sama-sama pastikan yang kita mendapat tidur yang secukupnya agar kita dapat terus aktif mengharungi kehidupan mendatang...

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe