Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California | Assalamualaikum semua.. Memandangkan tak lama lagi kita bakal menyambut hari raya, so sis nak tanya la. Korang dah fikir ke apa nak masak raya nanti?? Ha, mesti ada rendang, lemang dan ketupat kan. Tu menu wajib tu. Tapi tu la, makan tu beringat la sikit ye. Nanti takut terlajak, berat badan pun naik. Lepas tu baru nak menyesal sebab makan banyak sangat.. adesss.. Penat je kita berpuasa di bulan Ramadan. Time tu dah elok dah berat kita turun kan. Tup tup bila mai bulan Syawal, terus mendadak naik berat badan.

Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

Menurut pakar dietationsNurul Aziah Musa, pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan secara mendadak di musim perayaan ini. Ianya juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik untuk jangka masa panjang. Oleh itu, adalah disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan di sepanjang bulan Syawal ini.

Antara garis panduan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :
1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
2. Pilih makanan yang sihat.
3. Pilih makanan yang tinggi serat
4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak
5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi
kandungan garam
7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula

Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

Jadi, pemilihan menu untuk dihidangkan kepada tetamu perlu la diambil perhatian malah kalau boleh hidangkan menu yang sihat serta mempunyai keseimbangan yang baik dan memberi tenaga. Ya, diakui mungkin raya kali ni agak berbeza kerana kita tidak digalakkan ziarah menziarahi tetapi mana la tahu kan kot-kot ada sanak saudara yang tinggal berhampiran nk datang. Jadi tak salah kalau kita bersedia dengan menu yang sihat. Betul tak?

Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

Macam mana nak tau menu tu sihat ke tidak?? Ok, kat sini sis nak bagitau yang pelbagai menu sihat boleh kita sediakan menggunakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti California Raisins untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.

Oh ya, sebut pasal California Raisins ataupun Kismis California, korang ingat tak dengan kismis Ligo yang selalu kita makan masa kecik-kecik dulu? Ha, itu la Kismis California yang merupakan snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikannya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati.

Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

Bukan sekadar makan begitu sahaja malah Kismis California ni juga sedap kalau bahan masakan. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Kismis California adalah sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu, suri rumah dan profesional yang mahukan kaedah cepat dan mudah untuk membuat sendiri juadah makanan. Tak tau nak buat juadah apa? Nah sis kongsikan resepi berasaskan Kismis California Raisins dari Nurul Aziah Musa


Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastad

Bahan-bahan Puding Roti
4 sudu besar Kismis California
2 sudu makan mentega dicairkan
8 keping roti sandwich
500 ml susu segar
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Sos Kastard
Susu segar 400 ml
Air 50 ml
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan tepung kastard

Cara Penyediaan Puding Roti
1) Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
2) Tambah 3 biji telur
4) Masukkan mentega yang dicairkan
5) Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
6) Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
7) Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
8) Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
9) Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
10) Taburkan Kismis California
10) Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius

Cara Penyediaan Sos Kastard
1) Tuangkan susu segar
2) Masukkan air
3) Tambah gula
4) Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
5) Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api

Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat.

Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California


Resipi Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California

Sos Buah Mangga dan Kismis California
3 sudu besar Kismis California
1 biji mangga dipotong kiub
½ biji mangga pureed

Bahan Dadih
2 cawan air
10 g serbuk agar-agar
1 litre susu segar
3 sudu makan gula perang

Cara Penyediaan Dadih
1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
2. Masukkan susu segar dan gula
3. Apabila sudah mendidih tutup api
4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
5. Masukkan ke dalam peti ais

Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
1. Kisar mangga hingga menjadi pureed
2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib

Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.

Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

Ha, ini la antara pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya nanti dengan menggunakan bahan daripada buah-buahan kering seperti Kismis California. Kismis California merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis California tiada gula tambahan dan ianya merupakan antara kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu dan mematuhi standard penghasilan yang tinggi.

Resipi Menu Sihat Di Hari Raya Bersama Kismis California

So, rancang la menu raya nanti ye korang supaya aspek kesihatan juga turut terjaga. Jangan nanti menyesal kemudian hari tau. Ye la, puasa sebulan dah elok dah turun berat, alih-alih dalam masa 3 hari je mau naik berkilo-kilo berat. Tu belum kira kesan jangka panjang. Nauzubillahminzalik, minta dijauhkan dari sebarang penyakit. Pilih la California Raisins sebagai bahan dalam menu sihat untuk hidangan raya nanti. Maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila rujuk

Laman web :

Faceook :


Post a Comment

2 Comments

  1. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    ReplyDelete