Fuh! Mala-Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

Fuh! Mala-Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown | Assalamualaikum semua.. Haruedang.. Hareudang.. Haruedang.. Panas Panas Panas... Cewahh, ternyanyi plak. Eh, ni bukan sebab cuaca panas tau tapi sebab teruja bila makan menu terbaru dari Marrybrown. Ye, untuk pengetahuan korang Marrybrown mengeluarkan menu Ayam Goreng Mala yang memikat citarasa dan memberi kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas.

Fuh! Mala-Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

Eh, macam mana sis tahu?? Harus la sebab sis memang penggemar Marrybrown yang merupakan restoran perkhidmatan pantas halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia. Setiap kali ada menu baru mesti sis akan cuba dan yes, sis dah makan dah Ayam Goreng Mala ni. hehe. Mesti korang nak tau macam mana rasa dia kan. Ok, sebelum sis cerita apa yang sis rasa, meh sis nak bagitau pasal Ayam Goreng Mala ni.

Fuh! Mala-Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

Seperti yang kita tahu Marrybrown berpegang pada motto “something different” kan. So untuk hidangan terbaharu Marrybrown kali ini merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas buat pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau!

Fuh! Mala-Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

Bagus la Marrybrown ni. Sentiasa memahami tekak rakyat Malaysia yang memang gemarkan makanan pedas. Perkara ini sendiri diakui oleh Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, dimana inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala. Ha, ni kata-kata dari Dato’ Joshua Liew :

"Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua."

“Ketika mencipta menu ini, kami di Marrybrown berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat.”


Fuh! Mala-Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

Fuhh, betul la kata-kata Dato' Joshua tu. Memang diakui yang sis pun ada perasaan cinta-benci terhadap rempah ratus terutama cili. So bila makan Ayam Goreng Mala Marrybrown ni pun macam tu juga. Bila gigit je, fuhhhh berdesing pedas. Tapi kan bila dah makan terasa semakin pedas, semakin benci tapi tetap nak lagi. Ha, acaner tu??? haha... So, kalau korang pun sejenis yang macam sis ni ataupun memang penggemar makanan pedas boleh la cuba menu baru Ayam Goreng Mala Marrybrown ni. Ada 4 pilihan hidangan yang boleh dipilih tau iaitu :

Ayam Goreng Mala 2 pcs (Combo) - dihidangkan bersama mashed potato dan vegetable salad

Ayam Goreng Mala 3 pcs (Combo) - dihidangkan bersama mashed potato dan vegetable salad

Bubur Ayam Mala (Combo) - dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam Goreng Mala – walaupun begitu, kelazatan Mala tetap dapat dirasakan! 

Mala Box Meal - gabungan ayam goreng mala, chicken burger, vegetable salad, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. dihidangkan bersama  kentang goreng  Mala yang unik.

Fuh! Mala-Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

Fuh! Mala-Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

Fuh! Mala-Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

Harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan kombo disajikan bersama Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan!

Fuh! Mala-Tup Dengan Ayam Goreng Mala Marrybrown

So guys, jom la reramai kita serbu Marrybrown. Eh, lupa pula PKPB tapi jangan khuatir boleh je order secara online kan. Ha, macam sis ni order online juga. Bolehlah makan santai-santai bersama keluarga. Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 



Post a Comment

0 Comments