Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

1/07/2021 Dikbee 1 Comments

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum semua... Memandangkan sekarang ni cuaca asyik mendung dan hujan, mula la tekak ni rasa nak makan something yang panas je kan. Nak pulak kalau dapat hirup sup panas-panas. Fuhh, bestnya. So bila dapat tahu yang Aloft Kuala Lumpur Sentral ada menawarkan hidangan panas iaitu Private Hot Pot, terus sis ajak kawan-kawan pergi cuba. 

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Oh ya, hidangan ni dipanggil Private Hot Pot kerana kami disajikan makanan di dalam ruang makan peribadi iaitu di dalam hall yang kecil. Jadi memang selesa sangat la sis dan kawan-kawan nak berhuha sambil tunjuk bakat untuk memasak. Ye, hidangan Hot Pot ni kita akan masak sendiri. Senang cerita macam Steamboat tu la. 

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Terdapat 3 set menu yang telah dicipta sendiri oleh Chef Emmanuel Chang yang merupakan chef terkemuka di sini. Setiap set menu ni akan didatangkan dengan bahan-bahan yang premium dan segar seperti Japanese scallops, Australian Wagyu beef brisket and shabu-shabu, Australian Angus shabu-shabu, Sabahan lobsters, tiger prawns, Marble Goby, giant Sui Kow, sliced lamb, Norwegian salmon, clam sapak, an assortment of homemade fish balls, pastes dan banyak lagi. Ha, tengok list sahaja pun dah menggiurkan bukan..

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Setiap set dilengkapi dengan dua pilihan sup asas, dan sejumlah besar daging premium, makanan laut dan sayur-sayuran. Memang terbaik la pilihan bahan-bahan yang diberi. Untuk sup asas, Chef Emmanuel telah menyediakan 5 jenis kuah sup yang boleh dipilih iaitu kuah Aloft’s signature Sarawak Laksa, kuah Assam Pedas, Kuah healthy Tomato, kuah Tom Yum, dan kuah Chinese cabbage with Winter Melon. Sis cuba yang Chinese cabbage dengan winter melon tu sebab nanti bila dah masukkan bahan-bahan rasanya akan jadi sedap, dan berkhasiat. 

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Kalau rasa-rasa tak pedas, jangan risau sebab beberapa jenis sos dan cili ada disediakan untuk menambah rasa pedas. Al maklum la, tekak melayu kan. Tak pedas tak sah.. hehe. Serius sis cakap memang puas hati sangat makan hidangan Hot Pot ni. Tapi kalau rasa-rasa tak cukup bahan yang disediakan dalam set menu, boleh je nak order secara  à la carte. Tapi harga akan dikenakan ikut menu yang ditambah la. 

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Choppp.. kalau dah habis makan tak lengkap rasanya bila tak pekena pencuci mulut kan. Boleh la pilih Homemade dessert iaitu Chilled Oolong Tea with Aloe Vera, Chilled Longan with Sea Coconut and Gingko, ataupun Fruit Platter. Semua ni boleh dipesan secara  à la carte juga. 

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Dah cerita panjang-panjang ni mesti korang nak tahu harga kan. Macam sis cakap kat atas, Private Hot Pot ni ada 3 set menu iaitu :

“Happy Hot Pot” dari RM55 seorang
 “Hearty Hot Pot” dari RM70 seorang
 “Heavenly Hot Pot” dari RM80 seorang

Setiap set ni adalah untuk 4 orang termasuk dengan air teh Cina. Jika ada tambahan makanan akan dikenakan dengan bayaran tambahan bagi setiap orang.

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Pastinya ramai yang masih risau kan untuk keluar dari rumah dan makan di hotel. Jangan risau, Aloft Kuala Lumpur Sentral sentiasa memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggannya. Hotel ini amat komited untuk memberikan ruang yang santai dan pengalaman makan yang lancar. Semua ruang makan peribadi di sini adalah mesra norma baru, mengikuti langkah berjaga-jaga sesuai dengan dan mematuhi SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Private Hot Pot : Hidangan Panas di Aloft Kuala Lumpur Sentral

Aloft "Hot in the Pot" mula dilancarkan pada hari Khamis 07 Januari, dan akan tersedia dari Khamis - Sabtu untuk makan tengah hari dari 12:00-15:00 dan makan malam dari 18:00-21:00. Memandangkan tempat duduk adalah terhad, tempahan mesti dibuat 48 jam lebih awal untuk menjamin ketersediaan dan kesegaran barang. Semua tempahan mesti dibuat untuk minimum 4 orang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai menu a la carte atau membuat tempahan boleh hubungi hotel di + (60) 3 2723 1154 atau e-mel kulal.b&f@marriott.com.



1 comment: