Buffet Ramadan 2021 : Jom Buka@Nook Di Aloft Kuala Lumpur Sentral

3/24/2021

Buffet Ramadan 2021 : Jom Buka@Nook Di Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum semua.... Kurang sebulan je lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadan kan. Cepat betul masa berlalu kan. Sis pasti ada di antara korang yang dah mula mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluaga  atau rakan-rakan. Ok kat sini sis nak kongsikan satu lokasi yang best dan sangat strategik untuk berbuka puasa iaitu di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral.


Tahun ini buffet ramadan di sini memilih tema 'Jom Buka@Nook' di mana kita dapat menikmati pelbagai hidangan dari Kelantan hingga ke Johor. Menu Warisan Melayu ini disediakan dengan teliti oleh Chef Eksekutif iaitu Chef Arfizan dan Nook's Chef de Cuisine iaitu Chef Rais bersama dengan pasukan mereka yang hebat. Pasti korang nak tau apakah menu-menu yang disediakan di sini. Ok, meh sis kongsikan.


Kalau pergi buffet ramadan, harus la kena ada kambing bakar kan. Hidangan kambing bakar kat sini memang sedap sebab dipanggang bersama pelbagai rempah dan disajikan dengan dengan sambal bumbu buatan sendiri. Kalau tak makan kambing, daging lembu pun ada iaitu Slow Cooked Rendang Brisket. Ni bukan rendang biashe biashe tau sebab ia dimasak dengan sempurna dan lebih enak dimakan bersama mint gravy dan air assam kerisek.. fuhh.. mabelesss..


Untuk hidangan lain pula korang kena cuba menu kegemaran ramai terutama di bulan ramadan ni seperti Sup Periuk, Bubur Lambur, Satay, Rojak, Kerabu Jantung Pisang, Pajeri Nenas Manis, Nasi Briyani Johor, Assam Pedas Ikan Pari, Rendang Ayam Negeri Sembilan, Aneka Jenis Mi dan banyak lagi menu ditawarkan. Kalau yang inginkan kelainan, hidangan antarabangsa juga ada disediakan seperti Wok-fried Kam Heong Crab, Wok Fried Chicken Kung Po, Pan-seared Fish Fillet with Bisque sauce & crispy leek, Pizza, Chicken Cordon Blue with Thyme Jus, Lala Omelette, Hainanese Chicken Rice dan banyak lagi.










Tak lengkap rasanya kalau tak menjamah hidangan pencuci mulut kan. Ada pelbagai manisan kegemaran seperti Kuih Lapis, puding Cendol & Mangga, Claypot Bubur Pulut Hitam, Sago Air Gula, Kolak Ubi, Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Puding Roti Toffee dengan Sos Vanilla, Pai Coklat Karamel Asin, Matcha Religieuse dan banyak lagi. Pilihan air pula ada Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma, Air Jagung, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan Kopi Hang Tuah.









Bagi yang berminat untuk berbuka puasa dengan Sajian Warisan Melayu Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral boleh la buat tempahan sekarang untuk dapatkan harga promosi early bird. Promosi ini hanya sah sehingga 31 Mac 2021.

Harga Early Bird : RM108 nett / person (sehingga 31 Mac 2021)
Harga Biasa : RM148 nett / person

Tarikh Buffet Ramadan : 15 April - 15 Mei 2021
Masa : dari jam 6:30 petang hingga 10:30 malam

Bufet Ramadan, Warisan Melayu @ Nook, berharga RM148 bersih setiap orang dewasa dan akan dihidangkan setiap hari dari 15 April - 15 Mei dari jam 6:30 petang hingga 10:30 malam. Harga burung awal boleh didapati pada harga RM108nett sehingga 31 Mac. 


Bagi yang tak berkesempatan nak datang berbuka puasa di sini, boleh juga memilih untuk 'Take Away'. Terdapat pakej Set Warisan Melayu dengan 10 item untuk bawa pulang yang boleh dimakan untuk 4-5 orang. Ada 3 pilihan hidangan utama iaitu  pakej Daging (Beef Brisket) Masak Rendang, Kambing (Domba) Bakar Bumbu atau Ayam (Ayam) Percik Kelantan. Manakala untuk hidangan yang lain pula adalah Roti Telur Johan, Bubur Lambuk Ayam, Tauhu Bergedil Ayam, Nasi Minyak dan Pandan Sago Gula Melaka. Setiap set datang dengan jus sejuk dan kurma.

Harga Set Warisan Melayu (take away)

 Daging Brisket Masak Rendang - RM228 nett
 Kambing Bakar Bumbu - RM228 nett
Ayam Percik Kelantan - RM188 nett

Tempahan mesti dibuat 48 jam lebih awal dan penghantaran percuma dalam jarak 10km radius dari Aloft Kuala Lumpur Sentral. Untuk tempahan dan mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini, sila hubungi (60) 3 2723 1154 atau e-mel kulal.b&f@marriott.com.



You Might Also Like

2 Comments

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe