Hola semua,


Anugerah Juara Lagu ke 27 telahpun melabuhkan tirainya
Masing-masing telah pun mempamerkan kreativiti dan 
bakat masing2 untuk membawakan lagu

Berikut adalah pendapat peribadi sy mengenai setiap persembahan
Sila jangan sentap yek..

1) Hafiz & Adira, Ombak Rindu - kurang chemistry, maybe sebab diorg ada kisah silam. So, lagu tu tak berapa nak menyengat masa persembahan

2) Shila Amzah, Patah Seribu - Persembahan Shila best tapi intro terlalu panjang

3) Amy & Hazama, Simetri - Lagu kedengaran agak serabut & persembahan terlalu ramai org. Siap ada aksi pergaduhan sampai ada yang jatuh

4) Azlan & The Typewriter, Idola - Vokal Azlan yang mantap memang x dapt dinafikan

5) Stacy, Pelangi Senja - Wah, backdrop persembahan menarik dengan konsep jeti tepi laut tapi vokal Stacy malam ni agak tergelincir sket...

6) Bedroom Sanctuary, Lagu - Persembahan yang simple, lagu pun sweet jer. Gimik comel, freeze & mulut ternganga..hihi

7) Amir Jahari, Tanpamu - Persembahan yang ceria & happening. Ramai pemuzik jemputan

8) Black& RJ, Teman Pengganti - Mood bertukar sedih dengan alunan merdu suara  Black. Rapper pengganti pun boleh tahan...mmg best la

9) Aizat, Terukir Di Bintang - Walaupun hanya penyanyi gantian tapi Aizat tetap memberikan persembahan yang mantap berkonsepkan ala2 Itali..mmg old skool...

10) Hafiz, Ku Akui - Sekali lagi Hafiz mempersembahkan lagu solonya.. vokal macam biasa la, mantap.

11) Mojo, Andai Ku Bercinta Lagi - Actually, lagu ni best, vokal pun ok cuma ada something yang tak kena dengan penyanyi nya Aweera. Mungkin kerana dia kerap berjalan & membelakangkan penonton yg membuatkan sy rasa tak selesa..

12) Jimmy Palikat & One Nation Emcee, Anak Kampung - Satu-satunya persembahan Pop Etnik yang meriah dengan kebudayaan Sarawak Sabah .

Berikut adalah keputusan bagi 
Anugerah Juara Lagu ke 27

Persembahan Terbaik --> Black & RJ - Teman Pengganti
Vokal Terbaik --> Hafiz - Ku Akui
Tempat Ketiga --> Hafiz - Ku Akui
Tempat Kedua --> Azlan & The Typewriter - Idola


Juara Anugerah Juara Lagu ke 27 --> Yuna/Aizat - Terukir Di Bintang



P/s : Sy target Black & RJ, Teman Pengganti tapi Aizat, Terukir Di Bintang yang menang.. korang plak mcm mane?