Hola semua,

Mentang-mentang la cuti, asyik hapdet pasal makanan je kan
Ate, nak buat camner, nama pun cuti, dok kat umah je kan.

Hari ni, aku nak share satu jenis lauk  iaitu
Hampapai

Korang tau tak apa itu hampapai???
Hampapai ialah sejenis lauk orang Banjar yang dibuat dari kulit cempedak dan dijerukkan
daripada kulit tu dibuang, baik kita makan kan...
 

Cara-cara nak jerukkan kulit cempedak (hampapai)

  • Kupas kulit cempedak dan bersihkan
  • potong kulit cempedak kepada saiz yang lebih kecil
  • masukkan dalam balang seperti dibawah
  • taburkan garam dan masukkan air
  • tutup bekas rapat2 dan biarkan selama 2-3hari

Hampapai yang telah dijerukkan
Hampapai yang telah dijerukkan

Cara-cara nak masak hampapai

  • ambil beberapa keping hampapai yang dah dijerukkan
  • perahkan airnya dah basuh sedikit untuk kurangkan rasa masin
  • potong hampapai dalam bentuk dadu bersama cili dan bawang *tak bubuh pun tak pe
  • goreng dalam minyak yang panas
  • bila dah garing dan kekuningan, boleh la diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas

Hampapai digoreng
Hampapai digoreng

hampapai
Hampapai yang telah siap digoreng tapi yang ni takde cili dan bawang


Selamat mencuba


p/s : lupa nak inform yang cempedak ni angin. so, sape2 yang ada angin tak digalakkan makan