Hola semua,
Mesti ramai yang perasan kan
blog ni dah lama tak berseri
yang ada hanyalah habuk2 dan jugak sawang
ok la, meh sini nak cerita mana aku pergi selama ni..

1. Peringkat Akhir Projek
Kalau korang nak tau, aku ada buat projek under DBKL. So, bulan 3 adalah peringkat akhir projek tersebut sebelum dilancarkan pada 5 April 2013. Banyak benda nak kena setel, tu yang sibuk selalu..


2. Aktiviti Dengan Geng Mentabah

Sejak berkecimpung dalam aktiviti blogger bersama dengan Geng Mentabah, hidup aku dah tak sunyi. hampir setiap minggu kami jumpa dan berkumpul. Ada je aktiviti yang kami buat. Kalau tak pun, just dok lepak2 santai...apa2 pun korang memang happening.... sayang korang, rindu korang...muah muah

(Link ke blog Pari Pari Putih... Jom Terjah)


3. Projek Import Anak Orang
Ha, yang ni projek paling besar aku... bukan senang ni nak buat, kena rancang ngan teliti. Bayangkan, aku kena berpura2 menghilangkan diri selama 2 minggu dari alam maya semata-mata utk menjayakan projek ni.. Projek apa??? Membawa seorang sahabat dari Sabah ke Semenanjung sebagai surprise kepada ahli Geng Mentabah... Beliau adalah adik angkat aku iaitu Cik Apple Merah (ada sesiapa yang kenal dia??)



Sebenarnya, tujuan Cik Apple Merah ke sini adalah utk menjoinkan diri dalam gathering Geng Menabah ke Genting Highlands... memang seronok sebab akhirnya hasrat dia tercapai jugak... kan cik apple kan kan





Ni la serba sedikit sebab kenapa aku dah jarang hapdate blog...
kadang2 tu takde masa, kadang2 tu masa ada tapi idea takde
mmmm.... harap lepas ni blog ni tak bersawang lagi..huhu