Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Tradisi Warisan Keluarga

Hola semua,

Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga | Selalunya asyik cerita pasal berjalan sana berjalan sini je kan tapi kali ni lain sikit. Setelah selesai acara 1Malaysia Grand Prix Sale di Sunway Pyramid, kami meredah kegelapan malam dalam hujan untuk merasai kenikmatan Manjung Yong Tau Foo. Eh... jangan salah sangka, kami bukannya ke Manjung, Perak hokey... Jauh benar tu, hehe.. Sekarang tak perlu susah payah ke Manjung untuk menikmati keenakan yong tau foo resepi warisan keluarga. Hanya perlu ke Sungai Besi sahaja kerana kini cawangan telah dibuka di sana...

Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
Manjung Yong Tau Foo, satu item RM2

Menurut pemilik kedai ini, Manjung Yong Tau Foo mula diusahakan oleh Tuan Hj Rashidi Ismail. Beliau memperolehi resepi membuat Yong Tau Foo dari pakciknya yang pulang dari Hong Kong. Setelah mengubah resepi mengikut selera tempatan, beliau menjadikan perniagaan Yong Tau Foo sebagai bisnes keluarga selepas bersara pada tahun 1986. Tapak perniagaan yang dipilih adalah di Manjung dan dari situlah nama Manjung Yong Tau Foo diperolehi yang kini telah diwarisi ke generasi ketiga.

Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
Resepi Tradisi Warisan Keluarga Sejak Tahun 1986

Keenakan Yong Tau Foo di Manjung Yong Tau Foo terletak pada sup dan sos nya. Bahan yang tau foo yang telah dicelur dan dipotong dihidangkan di dalam sup manakala sos nya diasingkan. Kalau nak tau, sosnya memang meletops, pedas tapi sedap. Jadi pada sesiapa yang tidak makan pedas, hanya perlu letak sedikit sahaja sosnya. Bagi kanak-kanak pula, tidak perlu runsing kerana supnya tiada cili. Jadi hidangan yong tau foo di sini sesuai untuk seisi keluarga.

Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
Bahan-bahan yong tau foo yang telah dipilih
Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
bahan-bahan tabur dalam yong tau foo dan sos nya
Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
tadaaa, ni le rupa manjung yong tau foo dengan sos yang menyengat

Tentu ada diantara kita yang ragu-ragu untuk makan yong tau foo kerana makanan ini berasal dari makanan tradisi kaum cina kan. Jangan risau, bahan-bahan yang digunakan di dalam yong tau foo ini diperolehi dari pembekal melayu dan halal.

Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
pilihan bahan-bahan yong tau foo
Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
ada bebola
Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
ada yang panjang-panjang
Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
ada yang comel-comel

Selain yong tau foo, di sini juga ada dihidangkan menu lain yang juga berasaskan bahan-bahan yong tau foo seperti mee bandung yong tau foo, kuey teow kerang yong tau foo, otak-otak dan makanan goreng yang lain. Minuman di sini juga istimewa, siap ada aiskrim lagi. Pilihan yong tau foo juga mengikut kategori. Ada untuk individu dan ada untuk set keluarga.

Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
mee bandung yong tau foo
Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
kuey teow kerang yong tau foo
Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
otak-otak
Manjung Yong Tau Foo | Keenakan Resepi Warisan Keluarga
D'Bandung Special
Ha, apa lagi... meh la ramai-ramai bawak keluarga datang sini. Kalau nak bungkus pun boleh. Kalau nak order untuk kenduri pun boleh sebab pihak Manjung Yong Tau Foo ada menyediakan khidmat katering. Boleh hubungi : 

Alamat : 
No 10, Jalan Tasik Utama 7,
Medan Niaga Tasik Damai,
Lake Field, Sungai Besi

Phone : 019-3558533 (En Amirul)
Facebook : https://www.facebook.com/manjungyongtaufookl
Instagram : http://instagram.com/http://instagram.com/manjungytf
Hashtag :  #manjungyongtaufoo
Email : manjungytf@yahoo.com











Post a Comment

3 Comments