Lulus Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu | Bila terbaca je artikel mengenai Google Adsense menyokong bahasa melayu, aku pun gatal nak mencuba. Mana la tau kan kot-kot ada rezeki. Boleh juga jadi tabung simpanan. Tapi masalahnya, blog agak sendu jugak akhir-akhir ni. Boleh ker? takpelah, cuba je la kan. Orang kata tak cuba kita tak tau... hehe

Cubaan Pertama 


Cubaan pertama aku buat pada 3 April 2015. Masa tu tawakal je isi maklumat yang diperlukan dan terus hantar. Harapan tak besar sebab niat hanya nak mencuba. Esoknya pihak Google Adsense dah balas. Uik, cepat jugak tapi dah agak dah. "Unfortunately, after reviewing your application, we're unable to accept you into AdSense at this time"... huhu... Ni alasan yang mereka bagi.


Lulus Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu

Hurm, pelik juga. Kata Google Adsense sokong Bahasa Melayu tapi kenapa bagi alasan Unsupported Language? Bila baca pendapat rakan-rakan lain, mungkin benda ni masih baru, jadi belum stabil lagi. Takpe, tunggu lagi beberapa hari nak cuba lagi..

Cubaan Kedua


Cubaan kedua aku buat permohonan pada 6 April 2015. Sama juga macam cubaan pertama, isi je maklumat yang diminta dan terus hantar. Dalam masa beberapa jam, dah dapat balasan. Hurm, kecewa lagi sebab alasan yang dibagi tetap sama. Masa tu fikir mungkin blog aku ni guna bahasa rojak kot. Tu sebab tak lulus. Takpe, takpe... kalau ada rezeki tak ke mana kan... yang penting sabar...

Cubaan Ketiga


Sebelum cubaan ketiga ni, aku banyak cari info. Ye la, mana tau jumpa tips untuk lulus Google Adsense di Blog Bahasa Melayu kan. Tapi tak jumpa pun. Yang ada hanya untuk bahasa lain. Sambil-sambil cari info, aku edit sikit-sikit blog ni. Akhirnya pada 9/4/2015 aku nekad untuk hantar lagi. Kali ni kalau gagal jugak, mungkin dah takde rezeki kot. Tup tup, dalam masa 2 jam aku dapat email dari Google Adsense suruh Review Contact Details. Aik, dah kenapa suruh, review ni? aku pun klik email tu. Ni rupa email tu.

Lulus Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu

Dah kenapa Google ni pi tukar contact information aku, langsung tak terpikir yang aku dah lulus sebenarnya. Aku pun sign in la sebab nak tengok apa yang Google ni ubah. Rupa-rupanya...tadaaaaa..... Link Dashboard aku rupanya...

Lulus Google Adsense Di Blog Bahasa Melayu

Pandai jugak Google Adsense ni kasi surprise ekk. Apa lagi, rasa nak melompat sampai siling jer... Tengkiu Google Adsense.. hehe... nampaknya lepas ni kena google sokmo la sebab banyak lagi tips nak kena baca ni, especially pantang larang Google Adsense....haishhh... pada yang tengah apply Google Adsense tu, Good Luck ekk. Jangan putus asa tau. Adios....