PIT FEST 2015 | Putrajaya Islamic Tour Festival

PIT FEST 2015 | Putrajaya Islamic Tour Festival | Menurut Pusat Pelancongan Islam, Malaysia atau ITC, pelancongan Islam semakin berkembang pesat kini di serata dunia. Ia mewakili pasaran khusus terbesar yang belum diterokai dalam pelancongan global khususnya bagi pelancong islam. Terdahulu, pelancongan islam hanya meliputi perjalanan seperti Umrah dan Haji. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ni istilah ini telah diperluaskan kepada golongan Muslim yang melancong untuk perniagaan dan juga percutian.


PIT FEST 2015 | Putrajaya Islamic Tour Festival
sumber gambar : myputrajayanews


"Menyedari perkembangan ini dalam dunia pelancongan Islam, ia telah menimbulkan minat bagi PICC untuk sama-sama memenuhi keperluan segmen pasaran ini dengan memperkenalkan Putrajaya Islamic Tour Festival 2015 di PICC," kata Dato' Badlishah Hj Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd ditemui baru-baru ini.


Putrajaya Islamic Tour Festival 2015 atau Pit Fest 2015 akan diadakan dari 28 hingga 30 Ogos 2015 di PICC. Ia akan menjadi satu-satunya acara yang memfokus pada pelancongan islam di Malaysia di mana lebih 200 gerai jualan yang melibatkan agensi pelancongan dan badan-badan yang berkait rapat dengan industri pelancongan akan turut terlibat sepanjang tiga hari tersebut.


Acara yang julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk menjadi platform buat agensi pelancongan tempatan untuk memperkenalkan produk pelancongan Islam di Malaysia terutamanya dan antarabangsa secara amnya. ini juga termasuklah pakej-pakej umrah dan haji yang ditawarkan oleh agensi tempatan.


Selain itu, PIT Fest 2015 juga turut menyajikan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tempoh acara ini. Di antaranya ialah seminar oleh para penceramah undangan antarabangsa, Mufti Ismail Menk dan Bilal Philips dan konsert amal "Road to Mecca" yang bakal menampilkan artis-artis tempatan dan antarabangsa. Penglibatan dari "The Daily Reminder" juga bakal mencuri tumpuan acara. 


Acara PIT Fest 2015 ini disokong oleh Perbadanan Putrajaya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dan Koperasi Al-Hajj.


PICC juga mengalu-alukan penyertaan, penaja dan organisasi yang berminat untuk turut serta dalam acara yang julung kali diadakan ini. Anda boleh hubungi En Shuharezuan Ramli (Pengurus Acara) di talian 03-88876070 atau email kepada mgr.event@picc.com.my. Manakala untuk maklumat korporat boleh hubungi Cik Kumari Nahu di 03-88876000 atau email kepada kumari.nahu@picc.com.my.


Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk di :


website : www.picc.com.my 
Twitter / Instagram : @piccmalaysia

Jadi jom kita beramai-ramai memeriahkan program PIT FEST 2015



                              

Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamulaikum Sahabat Usahawan ...Salam Ramadhan Buat Semua ..

    Peluang Buat Semua usahawan Muslim secara bebas di PICC, Putrajaya selama 3 hari dari 28hb -30hb august 2015

    Produk terbuka.. apa jua produk penguna

    **** Makanan
    **** Pakaian
    **** Berbagai Aksesori
    **** Kenderaan
    **** Hartanah
    **** Perlancongan
    **** Perkhidmatan
    **** Pendidikan

    Utk Pendaftaran sila berhubung dengan
    Pn. Hajah Sakdiar
    (0102835582) Penolong Pengarah Program
    Tn. Mohd Rasyiq Bin Mohd Zainal
    (0108031204) Pegawai Pemasaran

    ReplyDelete