BUFFET RAMADHAN 2016 : BANGI GOLF RESORT RESTAURANT

BUFFET RAMADHAN 2016 : BANGI GOLF RESORT RESTAURANT | Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun lalu, buffet ramadhan di Bangi Golf Resort (BGR) memang ditunggu-tunggu. Nak tau kenapa? ha, sebab kat sini sangat meriah dan havoc. Dah la makanan banyak, kawasan pun luas. Jadi mudah la nak bawak kaum kerabat mai berbuka puasa kat sini. Lagipun lokasi BGR ni pun tak jauh dari Kuala Lumpur, lebih kurang 30 minit sampai la.. itu kalau tak campur jem la ekk.. hehe

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Buffet Ramadhan 2016 Bangi Golf Resort Restaurant

Tahun ni, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) masih lagi mengekalkan kualiti makanan dengan menawarkan pelbagai jenis menu yang sedap dan lazat. Terdapat lebih kurang 200 jenis makanan akan disediakan yang terdiri dari menu popular masakan melayu, western dan oriental cuisine. Jangan risau, semua makanan yang disediakan di sini adalah Halal kerana restoran ini telah mendapat Sijil Halal dari JAKIM sejak dari tahun 2009. So, jangan ragu-ragu dan was-was ye..

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Buffet ramadhan di restoran Bangi Golf Resort

Untuk Main Course iaitu masakan Melayu dan Oriental, beberapa menu yang bertemakan Selera Pantai Timur (makanan Kelantan) telah dipilih sebagai tarikan utama tahun ini. Paling special korang kena rasa Nasi Kerabu BGR yang dihidangkan dengan ulam, ikan masin, keropok ikan dan sambalnya. Nasi kerabu kat sini dimasak dengan menggunakan kelopak bunga telang untuk menghasilkan warna biru kat nasi. Kaedah ini adalah kaedah tradisional yang biasa digunakan untuk menghasilkan nasi kerabu di Kelantan. Mereka tidak menggunakan pewarna ye. Selain tu, ada juga dihidangkan kat sini beberapa lagi menu makanan melayu seperti Rendang Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang. Untuk menu Oriental pulak ada Butter Prawn, Black Pepper Beef, dan Fish Fillet with Lemongrass Sauce.

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Nasi Kerabu

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Rendang Daging Taik Minyak

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Lemang

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Pulut kuning

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Siput sedut masak lemak

Ha, kalau datang restoran Bangi Golf Resort ni, korang kena rasa satu menu special kat bahagian Western iaitu Cream of Smoked Chicken and Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Fuhh.. berbelit lidah nak sebut. Sebenarnya ia adalah telur separuh masak dengan sos cendawan tapi aku tak tau la apa bahan yang dia letak jadi sedap. Suka sangat rasa dia. Biasa satu tak cukup, mesti ambik dua.. hehe. Selain tu, kat bahagian Western ni juga, ada Beef or Chicken Lasagna dan hidangan klasik BGR iaitu Spaghetti Carbonara.

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

Di bahagian Live Stations pulak, of course la ada Kambing Bakar (Roast Lamb with Special Black Pepper Sauce) dan Sup Kambing Mamak (Indian Style Mutton Stew). Menu wajib setiap tahun ni.. Selain tu ada juga satay ayam dan satay daging bersama kuah kacang yang dibuat sendiri, dan juga kuey teow dan mee goreng mamak yang digoreng secara live dan boleh makan panas-panas.

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Kambing bakar

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Sup Kambing Mamak

Untuk desserts, buffet ramadan kat BGR restaurant ni memang terkenal dengan kepelbagaian hidangan pencuci mulut. Ada bermacam jenis kuih muih tradisional, puding, agar-agar, dan juga bermacam jenis kek seperti Italian Tiramisu, Assorted Cheese Cake, Red Valvet, brownies, young coconut jelly, creme caramel dan mix berry panna cotta. Tapi yang paling best korang kena try Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce. Bayangkan Churros yang garing dan rangup dicicah coklat. hhhmmm... so yummy... pastu korang kena try Gelato melayu sebab dibubuh cendol. Sedap weii..

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Pelbagai jenis desserts

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Pelbagai jenis desserts

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Gelato dengan cendol

Tahun lepas sambutan amat menggalakkan dan memang ramai orang datang berbuka puasa kat restoran Bangi Golf Resort sebab makanan dia sedap-sedap belaka. Aku sendiri pergi tahun lepas sampai kat kawasan luar dewan pun diorang buka meja untuk menampung bilangan pengunjung yang ramai. Tapi jangan risau, kat luar tu pun selesa jugak. Siap ada pentas kecil untuk menghiburkan tetamu kat luar tu. Lagipun dekat sikit dengan tempat ambik makanan. Untuk parking pulak jangan risau, kat sini ada kawasan parking yang luas dan boleh memuatkan lebih kurang 800 kereta dalam satu masa. Luas kan. Surau pun ada untuk kemudahan muslimin dan muslimah menunaikan solat maghrib. Jadi kalau ada sesiapa nak berbuka puasa di restoran Bangi Golf Resort ni kena la cepat-cepat booking ye. Rujuk harga dan lokasi kat bawah ni :

Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant 2016

Berbuka Puasa :
RM58 nett dewasa
RM29 nett kanak-kanak

Masa :
6.30 pm hingga 9.30 pm setiap hari

Buffet Ramadhan 2016 : Bangi Golf Resort Restaurant
Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant 2016

Alamat :

BANGI GOLF RESORT
No 1 Persiaran Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Tel:
+603 89253728 / 603 8210 2288

Email:
pr@bgrrest.com

Website:
www.bgrrest.com

Facebook:

Instagram :



Post a Comment

1 Comments

  1. Rendang daging and local delights dia memang nampak sedap! Ahhhhhhh noooooooo!

    ReplyDelete