BUFFET RAMADHAN 2016 : FELDA D'SAJI ASMARA PENCHALA

BUFFET RAMADHAN 2016 : FELDA D'SAJI ASMARA PENCHALA | Assalamualaikum semua.. Masuk bulan puasa ni, macam-macam teringin nak makan kan time berbuka. Nafsu makan aku rasa naik berganda-ganda. Tekak pun rasa nak makan yang sedap-sedap aje kan. Sebut pasal makanan sedap, ni aku nak cerita pasal satu tempat ni dekat Kampung Sungai Penchala. Aku dah pi berbuka puasa kat sana dengan geng-geng Projek Travel. Walaupun jauh dari rumah, sanggup aku redah siap sesat barat lagi kaw... Tapi demi kerana nak makan sedap, ku harungi juga. Lagipun tempat ni famous sebab pernah jadi lokasi untk penggambaran Drama Teman Lelaki Upahan.

Buffet Ramadhan 2016 : Felda D'Saji Asmara Penchala
Buffet Ramadhan 2016 Felda D'Saji Asmara Penchala

Ha, tempat yang aku maksudkan ni kat Asmara Penchala la uolsss. Buffet Ramadhan 2016 paling sedap aku pernah makan. Macam mana tak sedap, katering under Felda D'saji kot... Harus la sedap kan... Tahun ni, Pihak Felda D'saji menyediakan lebih 55 hidangan melayu asli dan masakan istimewa Timur Tengah hasil air tangan chef selebriti, Chef Ammar.

Buffet Ramadhan 2016 : Felda D'Saji Asmara Penchala
Signboard Asmara Penchala

Setelah sesat barat selama hampir setengah, akhirnya sampai jugak ke Asmara Penchala. Untuk datang ke sini aku suggest korang guna waze ye. Jangan jadi macam aku ni, kelaut peginya. Sampai-sampai parking penuh dan orang pun dah ramai. Huwaaaa.... pengajaran untuk korang, sila datang awal sket ekk melainkan rumah berdekatan.

Buffet Ramadhan 2016 : Felda D'Saji Asmara Penchala
Pintu Masuk Asmara Penchala

Tapi bila melangkah masuk ke dalam kawasan Asmara Penchala ni, wow.. cantik jugak kawasan dia. Dari luar nampak macam kecik je kawasan dia tapi rupanya kat dalam luas, siap ada kawasan duduk bawah khemah yang cantik dan juga ada tempat duduk dalam bilik air cond. Paling best, kat Asmara Penchala ni ada beberapa Gazebo ala-ala bali disediakan untuk tetamu yang inginkan suasana romantik.. Nasib baik kitorang dapat Gazebo, so boleh la fefeling ala-ala candle light dinner.

Buffet Ramadhan 2016 : Felda D'Saji Asmara Penchala
Gazebo ala bali yang romantik dan cantik

Buffet Ramadhan 2016 : Felda D'Saji Asmara Penchala
Ruang dalam Asmara Penchala
pic kredit : mekonie & duniapatik

Untuk menu tahun ni sempena Buffet Ramadhan 2016, restoran Asmara Penchala menawarkan buffet makanan halal dari Middle Eastern yang di masak oleh chef selebriti Ammar Ali dan masakan Melayu oleh chef Ismail Jaafar. Antara menu makanan yang ada seperti kerabu, sambal udang, ayam goreng berlada, asam pedas, masak lemak daging salai, ikan goreng dan macam-macam lagi. Lauk-lauk kampung macam ni pekena dengan nasi panas-panas ditambah pulak dengan pembuka selera seperti sambal belacan, budu atau cencaluk, perghhhh... mau menambah nasi.

Buffet Ramadhan 2016 : Felda D'Saji Asmara Penchala
Pelbagai menu disediakan di Asmara Penchala
pic kredit : mekonie

Buffet Ramadhan 2016 : Felda D'Saji Asmara Penchala
Pelbagai menu disediakan di Asmara Penchala

Buffet Ramadhan 2016 : Felda D'Saji Asmara Penchala
Kambing golek pun ada

Senarai penuh menu sila rujuk sini > MENU BUFFET RAMADHAN ASMARA PENCHALA <

Alhamdulillah, tercapai jugak hajat nak berbuka kat sini. Sebenarnya dari tahun lepas teringin bila tengok geng Projek Travel pergi berbuka puasa kat sini. Ye la, sape tak teringin berbuka di dalam suasana yang nyaman, tenang dan mendamaikan, ditambah pula dengan hidangan yang enak. Oh ya, jangan risau, kat sini ada disediakan ruang untuk solat. Jadi tak perlu tergesa-gesa untuk pulang solat di rumah. Boleh solat kat sini.
Buffet Ramadhan 2016 : Felda D'Saji Asmara Penchala
Harga buffet ramadhan di Asmara Penchala

Untuk pengetahuan korang, sekarang Asmara Penchala tengah buat promosi buffet ramadan mereka di Groupon tau. So, sila terjah (www.groupon.my) sekarang.

Harga Buffet Ramadhan Felda D'Saji Asmara Penchala 2016

Promosi Berbuka Puasa :
(9 Jun 2016 – 1 Julai 2016)
Buffet untuk 1 orang RM55 berbanding RM69

(9 Jun 2016 – 1 Julai 2016)
Buffet untuk 2 orang RM100 berbanding RM138


Alamat :

FELDA D'SAJI ASMARA PENCHALA
Lot 2933,
Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur‎

Tel:
013 - 641 0969 / 017 - 669 4761 / 03 - 2698 8302 / 013 - 302 1989

Email:
info@asmarapenchala.com

Website:

Facebook:

Instagram :




Post a Comment

2 Comments

  1. Sedapnyaaa. Terliur tengok kambing golek

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka lauk pauk dia... mmg kena dengan selera sy

      Delete