SUASANA MERIAH DI KARNIVAL UPIN & IPIN 2017

SUASANA MERIAH DI KARNIVAL UPIN & IPIN 2017 | Assalamualaikum semua.. Kalau minggu lepas aku telah pergi ke Expo yang berbentuk informasi, minggu ni pulak aku berpeluang pergi ke Karnival yang lebih santai iaitu Karnival Upin & Ipin di MAEPS, Serdang. Sape tak kenal dengan watak animasi 2 orang budak kembar botak ni kan. Rasa bukan sahaja popular kat Malaysia bahkan menjadi idola di Indonesia juga. Iya weii. masa ke Indonesia haritu warga di sana selalu bercerita mengenai watak Upin & Ipin. Hebat kan. Jadi sebagai menghargai peminat, tahun ini sekali lagi pihak Les’ Copaque menganjurkan Karnival Upin Ipin dengan mengambil tagline #upinipinluarbiasa yang berlangsung selama 3 hari iaitu dari 24 Nov hingga 26 Nov 2017.

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Karnival Upin & Ipin 2017 Luar Biasa

Aku memilih pergi pada hari Sabtu (25 Nov 2017) untuk merasai sendiri suasana di Karnival Upin & Ipin ni. Meriah ke tidak ?? Tak sabar wei nak tengok sebab tahun-tahun lepas tak berkesempatan nak pergi. Jadi tahun ni ada peluang, apalagi kena la manfaatkan, walaupun aku bukan la dikategorikan sebagai kanak-kanak.. teruja tetap ada.. haha.. Macam biasa aku pergi dengan Madi, Moka dan Momi hehe. Eh, nama depa ni macam sama plak tapi depa ni bukan kembar tau.. hihi.

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Yeayy.. dah sampai sini

Mulanya kami niat nak naik Uber je sebab terfikir pasal jem la, parking lagi. Tapi bila tengok harga tambang yang terbeliak bijik mata terus kami decide naik kereta je. Alhamdulillah, walaupun ada sikit jem tapi tak mengganggu perjalanan kami. Dah sampai sana kami pilih untuk parking di tempat letak kereta premium sebab dekat dengan lokasi Karnival. Harga untuk Parking Premium ni RM15. Ada lagi satu option parking berharga RM5 tapi jauh dan kena naik Tram. So, pilihan di tangan anda la kan.. hehe

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Mujur ada parking yang dekat dan selesa

Bila sampai kami pun menuju ke Dewan MAEPS. Fuyoooo, panjangnya barisan nak beli tiket. Tak sangka ramai betul peminat Upin & Ipin datang serbu ke sini. Dari segi harga pun berbaloi juga sebab selain dari melihat Upin & Ipin, ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Tapi bagi yang berkemampuan, boleh beli tiket VIP sebab ada keistimewaan kepada mereka yang membeli tiket ni. Tiket terbahagi kepada 2 untuk Karnival Upin & Ipin ni sebab lokasinya ada 2 iaitu di Dewan A dan Dewan C. Apa yang menarik kat kedua-dua hall Karnival Upin & Ipin ni?? jom tengok kat bawah ni.

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
orang ramai beratur nak beli tiket

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
harga tiket masuk


DEWAN C


Memandangkan kami masuk ke Dewan C dulu, kita tengok apa yang ada kat sini dulu la ekk.. Kalau korang betul-betul peminat cerita Upin & Ipin, mesti korang terfikir macam mana cerita ni dibuat kan. Ha, kat Dewan C ni terdapat beberapa seksyen seperti di Les’Copaque di mana kita akan melihat sendiri bagaimana proses produksi animasi ni dibuat. Bukan tu je, anak-anak turut diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman melakonkan watak yang diminati di dalam studio rakaman suara. Time ni la nak tunjuk bakat masing-masing. Mana tau ada potensi menggantikan suara watak asal kan.. eh, caras ke?? tak la, memang pihak Les’Copaque mengadakan ujibakat juga untuk mencari pelapis. Laagipun mereka bakal melebarkan sayap dengan membuka taman tema dan dengarnya hingga ke negara China. Wow, bestnya.... Tahniah Les’Copaque.

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Team Les’Copaque

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Studio rakaman suara

Selain tu, ada sesuatu yang menarik kat dalam Dewan C ni iaitu kita dapat masuk ke beberapa sudut yang ada di dalam cerita Upin Ipin seperti Alam Dino, Magik Pin Pin Pom, Ultraman Ribut, Tadika Mesra dan ada juga pertunjukan wayang kulit. Semua sudut ni direka sama seperti di dalam cerita dan sangat menarik untuk bergambar. Aku pun apa lagi, pose la jugak kat mana yang sempat. Tapi keutamaan diberi pada kanak-kanak la kan.

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Tadika Mesra tempat Upin Ipin belajar
 
Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Cermin ajaib nenek kebayan

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Perigi berpuaka ke ni??

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Ultraman ribut

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Lokasi Alam Dino

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Wayang Kulit Upin Ipin

Paling best, of course la set untuk Rumah Opah kan. Iya, kat dalam ni pun ada rumah opah, sebijik macam kat dalam cerita Upin Ipin. Apa lagi, seronok la budak-budak dapat berkunjung ke rumah Opah. Siap ada yang kejar ayam lgi kat belakang rumah opah.. lucu weii.. Pastu ada jugak sessi soal jawab dengan Kak Ros tapi disebabkan terlalu ramai kerumun, kami tak singgah situ..

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Rumah Opah, sama macam dalam cerita Upin Ipin

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Alahai, dapat bergambar dengan frame gambar je.. hukhuk

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Seronok budak-budak tengok anak ayam


DEWAN A


Dah habis explore di Dewan C, kami beralih ke Dewan A ni pulak. Kat sini ada pertunjukan pentas yang akan menampilkan Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan, Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu, Upin & Ipin The Musical dan lain-lain. Yang menariknya ada juga penampilan istimewa Ultraman Ribut. Wooo.. patut la penonton tak berganjak dari pagi. Tambahan yang bawa anak-anak. Dengar kata sampai ada yang tak nak balik tu.. Hebat betul penangan Kanival Upin Ipin ni.

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Penuh depan pentas dengan peminat Upin Ipin

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Walaupun diserbu peminat, Ipin tetap memberi senyuman.. bagus Ipin.. hehe

Selain tu, dalam Dewan A ni juga ada beberapa sudut untuk anak-anak bermain dan melakukan aktiviti menarik seperti meneroka di Jungle Maze, melipat origami Sang Kancil dan berjumpa penghuni hutan di Jungle Maze di Pulau 'Pada Zaman Dahulu'. Anak-anak juga boleh membuat bot kertas dan berlumba dalam laluan air yang disediakan di Pulau DaDuDiDo dan bagi anak-anak perempuan yang meminati Puteri Limau, mereka berpeluang memakai gaun puteri siap dengan crown lagi. Untung la jadi anak-anak ni kan.. hehe

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Jungle Maze

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Pelbagai aktiviti boleh dibuat oleh anak-anak

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Kaunter Kelab Upin Ipin

Tak lengkap rasanya kalau datang ke Karnival tapi tak ada jualan kan. Dalam dewan A ni ada beberapa booth jualan untuk korang beli dan bawa balik. Paling menarik sudut jualan T-shirt di mana mereka membuat on the spot di situ menggunakan kaedah SilkScreen. Tak salah kan membeli sedikit cenderahati buat anak-anak. Betul tak?? Booth makanan pun ada kat dalam ni. So, kalau anak-anak lapar, boleh beli kat situ.

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Booth jualan

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Booth T-shirt

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Masing-masing membeli buah tangan untuk yang tersayang

Kami stay kat Karnival Upin & Ipin ni sampai lebih kurang pukul 4 gitu. Walaupun hujan, orang masih ramai dan ada yang baru datang. Memang luar biasa kunjungan orang ramai ke Karnival ni.. Meriah bak anggg.. Mungkin disebabkan baru gaji kot.. Takpe la, rezeki anak-anak kan.. hehe. So, next year kalau ada lagi Karnival Upin & Ipin ni, boleh la pergi lagi... kannnn.. adioss..

Suasana Meriah Di Karnival Upin & Ipin 2017
Seronok ke Karnival Upin Ipin, meriah dan banyak aktiviti menarik

Untuk melihat dengan lebih lanjut pasal Karnival Upin & Ipin 2017, boleh rujuk link di bawah :

Facebook : upinipinofficial
Instagram : upinipinofficial



Post a Comment

2 Comments

  1. Wah... Menarik betul ni! Macam2 aktiviti ada. Paling seronok ada rumah Upin Ipin tu... Kita yang dah besar ni pun teruja jadinya! Haha

    ReplyDelete
  2. You might comment on the order system of the blog. You should chat it's splendid. Your blog audit would swell up your visitors. I was very pleased to find this site.I wanted to thank you for this great read!!
    digital marketing

    ReplyDelete