BISKUT PINPIN : 6 PERISA YANG SEDAP DAN MENARIK | Assalamualaikum semua.. Sebut je Upin Ipin aku pasti semua kenal dengan animasi yang menampilkan pasangan kembar yang botak dan comel ni. Bukan sahaja popular di Malaysia malah kini Upin Ipin dah popular kat luar negara tau. Jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun sentiasa terhibur dengan keletah mereka yang sentiasa mencuit hati. Ramai peminat depa ni. Mana taknya, ada je benda yang mereka explore dalam setiap episod.

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Biskut PinPin

Terbaru pasangan kembar Upin Ipin ni bukan sahaja muncul di kaca televisyen tapi kini wajah mereka juga terpampang di kotak. Kotak apa?? Jawapannya adalah Biskut PinPin. Ha, comel kannn.. Aku pasti ramai yang akan teruja dengan biskut PinPin ni terutama peminat cilik Upin Ipin. Nak tau kenapa?? Ye, ada sesuatu yang menarik mengenai biskut PinPin ni. Nak tau? baca kat bawah ni.

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik


1. 6 Perisa yang sedap

Kalau tengok pada kotak ni ada 6 warna yang berbeza kan. Iya, setiap warna mewakili perisa dan bentuk yang berlainan. Walaupun berbeza tapi semuanya sedap. Aku pasti kanak-kanak mesti suka punya. So, kalau nak beli aku sarankan beli je semua perisa.. haha.. puas hati.

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Jenis Snek Jagung

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Jenis Wafer

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Jenis Biskut

6 perisa biskut PinPin ni adalah :

😍 Biskut berperisa mentega
😍 Biskut coklat
😍 Wafer dengan isian vanila
😍 Wafer dengan isian coklat
😍 Snek jagung dengan isian strawberi
😍 Snek Jagung dengn isian coklat

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Biskut berperisa mentega

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Biskut coklat

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Wafer dengan isian vanila

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Wafer dengan isian coklat

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Snek jagung dengan isian strawberi

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Snek Jagung dengn isian coklat


2. Uji Minda

Kalau beli biskut PinPin, kotaknya jangan dibuang tau. Kat bahagian belakang tu ada pelbagai permainan uji minda seperti cari perkataan tersembunyi, cari perbezaan antara 2 gambar, teka nama watak rakan-rakan Upin Ipin, soalan matematik dan macam-macam lagi. Ha, sambil-sambil makan tu boleh la uji minda dan cuba selesaikan.

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Sambil makan boleh uji minda


3. Permainan Percuma

Percaya tak kalau aku katakan Biskut Upin Ipin ni penuh dengan kejutan? Yesss.. sebab dalam kotak biskut ni ada permainan percuma tau. Permainan berupa set blokyang penuh warna warni dan comel. Kertas panduan juga akan diberi untuk memudahkan kanak-kanak mencantum kepingan blok tersebut. Jangan lupa untuk kumpulkan semua koleksi permainan ni sebab setiap kotak akan dapat set yang berlainan. Ha, tu sebab aku sarankan kalau beli biar 6 perisa terus.. hehe

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Best nya dapat permainan percuma


4. Mudah didapati

Ok, mesti ramai yang nak tau kat mana nak beli Biskut PinPin ni. Jangan risau, biskut ni mudah didapati sebab ada dijual di pasaraya seperti Mydin, KK Mart, 7 Eleven, BHP petrol, 24Express Penang, Eco Shop, Happy Mart.

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Senang la nak beli Biskut PinPin ni

Amacam, menarik kan Biskut PinPin ni. Dah la sedap, halal pulak tu. So, tak perlu risau. Aku pun dah ada gak, ni semua nak bawak balik kampung cuti nanti. Nak bagi kat anak-anak buah. Mesti depa semua teruja.. Haaa.. tunggu apa lagi. Jangan lupa dapatkan keenam-enam perisa Biskut PinPin ni di pasaran, best tau. Kalau korang nak tau info lanjut pasal biskut PinPin ni boleh rujuk link di bawah :

Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik
Yeayyy.. boleh bawa balik kampung nanti

Facebook :

Instagram :