WHEELY FILEM ANIMASI MALAYSIA TERBITAN KARTUN STUDIOS

WHEELY FILEM ANIMASI MALAYSIA TERBITAN KARTUN STUDIOS | Assalamualaikum semua.. Pernah terfikir tak filem animasi tempatan ditayangkan di luar negara?? Kalau dulu mungkin tak tercapai dek akal tapi sekarang perkara sebegini bukan lagi sesuatu yang mustahil. Bangga?? Harusss laaa...  Tak sangka negara kita pun mampu menghasilkan filem animasi yang berkualiti dan setaraf dengan filem animasi antarabangsa. Filem animasi yang aku maksudkan adalah Wheely yang bakal ditayangkan di pawagam pada 16 Ogos 2018. Selain tu, filem ni juga telah berjaya mendapat pra-jualan ke lebih 100 buah negara. Wow, hebat kan.

Wheely Filem Animasi Malaysia Terbitan Kartun Studios
Jom tonton filem animasi Wheely


Info Menarik Mengenai Filem Animasi Wheely


😍 Sebuah filem animasi aksi dan komedi
😍 Filem kedua terbitan Kartun Studios selepas Ribbit (jenama dibawah KRU International)
😍 Pembikinan filem Wheely mengambil masa 4 tahun
😍 Berjaya mendapat pra-jualan lebih 100 buah negara
😍 Antara negara yang mengedarkan filem Wheely seperti Amerika Syarikat, China, Jerman, United Kingdom, Korea Selatan, Rusia.
😍 8 orang alumni dari KRU Academy turut terlibat dalam penerbitan filem ini.


Sinopsis Filem Animasi Wheely


Wheely Filem Animasi Malaysia Terbitan Kartun Studios
Sinopsis Wheely

Filem animasi Wheely mengisahkan mengenai sebuah teksi yang mempunyai minat untuk berlumba dan menyimpan hasrat untuk menjadi raja jalanan di Kota Gasket. Semasa bertugas, Wheely telah terserempak dengan bintang terkenal iaitu Bella Di Monetti yang cantik dan baik hati walaupun datang dari golongan atasan. Ini membuatkan Wheely jatuh hati pada Bella Di Monetti.

Satu hari Bella Di Monetti telah diculik oleh satu sindiket jenayah penyeludupan kereta mewah yang diketuai oleh Kaiser sebuah traler gergasi. Wheely cuba untuk menyelamatkan buah hatinya dengan dibantu oleh sahabat baik beliau iaitu Putt Putt sebuah scooter yang comel dan lucu. Dapatkah Wheely menyelamatkan Bella Di Monetti?? Ha, saksikan nanti di pawagam.


Review Filem Animasi Wheely


Wheely Filem Animasi Malaysia Terbitan Kartun Studios
Comel tak Wheely ??

Pertama sekali aku rasa bertuah sangat kerana menjadi antara orang yang pertama dapat tengok filem animasi hasil tangan anak tempatan kita ni. Bayangkan hampir majoriti kerja-kerja tebitan Wheely dijalankan di Ipoh, Perak tetapi hasilnya dapat ditayangkan di 100 buah negara seperti Brazil, Poland, Slovakia, Equador dan Iceland. Kualiti Wheely ni memang superb dan setanding dengan filem animasi antarabangsa. Tahniah team Wheely.. Uols make us proud tau.

Dari segi jalan cerita mungkin ada yang kata Wheely ni tiru cerita Cars tapi takkan la pihak KRU sesenang tu nak tiru kan. Isu melibatkan copyright ni jangan dibuat main, silap-silap boleh disaman. Ya, mungkin kedua-dua filem ni kelihatan sama sebab mengisahkan mengenai kereta tetapi jalan cerita dia lain tau. So, korang kena tengok sendiri filem Wheely ni di pawagam.

Dari segi penggunaan suara latar, gandingan pelakon Zizan Razak (sebagai Wheely) dan Johan (sebagai Putt Putt) memang tak dapat disangkal lagi keserasian mereka. Kelakar habiss.. Ada je dialog-dialog dan punchline yang lucu membuatkan penonton tak bosan. Untuk watak Bella Di Monetti pula menggunakan suara Lisa Surihani

Secara keseluruhannya cerita Wheely ni best ke tak?? Of course la best weiii. Aku bagi 4/5 bintang. Berbaloi tau kalau nak pi tengok kat pawagam especially time cuti sekolah yang akan datang ni. Ha, boleh bawak anak-anak pergi menonton. Mesti mereka akan terhibur menonton filem ni terutama dengan aksi Wheely dan Putt Putt yang comel tu. Untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai filem Wheely boleh rujuk di bawah :

Facebook :

Instagram :

Website :




Post a Comment

4 Comments

  1. Oh! hari ini ditayangkan
    Wow! tumpang bangga, tahniah team Wheely.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. hari ni ditayangkan. Boleh bawak anak2 tgk nenti ;)

      Delete
  2. Makin lama makin bagus industri animasi kat Malaysia ni kan! Memang bangga betul! Tapi rasanya subjek kartun kereta ni mengingatkan saya pada filem The Car. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkejut juga tgk hasil wheely ni. standard macam kartun antarabangsa. Kagum dengan hasil karya anak tempatan ni

      Delete