JATUH CINTA DENGAN TUDUNG DAN SHAWL BIDADARI HOUSE | Assalamualaikum semua.. Tak lama lagi dah nak raya kan. Oppss, belum puasa lagi dah cerita pasal raya. haha.. Tapi kan dah jadi kebiasaan bagi aku untuk cari baju raya sebelum bulan puasa. Bukan apa, nanti kalau cari time bulan puasa letih la. Tak sanggup nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Memandangkan baju raya dah ada, now time to shopping tudung pula. Tahun ni aku memilih tudung dan shawl dari Bidadari House

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Yayy, tudung dan shawl yang aku tunggu-tunggu dah sampai. Senang tau nak beli sebab boleh beli secara online. Pastu penghantaran pun cepat. Bila sampai terus aku unboxing. Alahai cantiknya tudung dan shawl dari Bidadari House ni. Lebih gembira rasa hati apabila memegang ketiga-tiga tudung ni kerana kualiti kainnya yang memang manjadi idaman setiap wanita. Mana taknya, tekstur kainnya lembut dan sejuk je bila dipakai. Tambah-tambah sekarang ni musim panas. Memang kena pilih material yang sesuai tau. Baru la selesa nak pakai.

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Ok, mesti korang nak tau kan macam mana rupa tudung dari Bidadari House ni. Aku pilih 2 helai tudung 4 segi dari koleksi Bawal Cotton Turki 50 dan AKEL Plain 50 serta 1 shawl dari koleksi Ayla Shawl Premium. Ketiga-tiga tudung ni aku pilih sebab nak matchingkan dengan baju raya nanti. 


Ayla Shawl Premium

Material : Turkish Satin
Saiz : 175cm x 200cm
Code Color : S7
Color : Milano Red

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Ha, sape yang kenal aku mesti tau warna kegemaran aku adalah merah. Jadi untuk Shawl dari Bidadari House ni aku pilih warna Milano Red. Ayla Shawl Premium ni merupakan shawl pertama keluaran Bidadari House. Ada 10 pilihan warna yang boleh korang pilih. Semuanya cantik-cantik belaka. Material yang digunakan untuk Ayla Shawl Premium ni adalah Turkish Satin. Walaupun tekstur kainnya agak licin tapi ia mudah dibentuk dan yang penting kainnya lembut dan mudah dibentuk. Tak kisah la nak lilit kot mana pun tetap helok dan terletak tau. Saiznya pun memadai untuk menutup bahagian dada.

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House


AKEL Plain 50

Material : Turkish Chiffon (100% polyester)
Saiz : Bidang 50 (120cm x 120cm)
Code Color : 81 
Color : Dark Lava

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Sekali tengok warna AKEL Plain 50 Code color 81 ni macam merah hati, tapi bila ditenung macam purple kundang pulak. Kalau dari jauh plak nampak macam warna coklat. Haish, rabun warna ke aku ni?? Haha, sebenarnya ni adalah warna Dark Lava. Ni la kelebihan bila pilih warna gelap macam ni, tak kisah dengan baju warna apa pun boleh matching. Nampaknya berbaloi jugak pilih warna ni walaupun hakikatnya AKEL Plain 50 ni ada 32 pilihan warna. Dari segi material ia menggunakan Turkish Chiffon yang memang lembut dan sejuk. Tekstur kainnya seolah-olah ada petak-petak halus menjadikan ia selesa dipakai. Ni kalau pakai untuk aktiviti outdoor sesuai ni.

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House


Bawal Cotton Turki 50

Material : Cotton Turki
Saiz : Bidang 50 (120cm x 120cm)
Code Color : 04 
Color : Storm

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Seriusly aku suka dengan warna Bawal Cotton Turki 50 yang aku pilih ni. Kalau ikut code warna adalah 04 Storm tapi kalau ikut mata kita warna hijau la. Sebenarnya ada 32 pilihan warna tapi disebabkan rambang mata, aku pilih warna hijau (storm) ni untuk matchingkan dengan baju raya hari ketiga nanti. Dari segi material memang tak asing lagi kan. Rasanya semua orang tau keselesaan tudung bawal cotton ni. Tapi yang menjadikan bawal cotton turki Bidadari House ni dengan tudung bawal yang lain adalah kelembutan kainnya. Korang kena pegang sendiri baru tau. 

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House


REVIEW MENGENAI BIDADARI HOUSE


Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan ketiga-tiga tudung dari Bidadari House ni. Dah la pilihan warna semuanya cantik-cantik belaka. Materialnya pun lembut, selesa dan berkualiti. Mak aku yang tukang jahit pun puji kelembutan kainnya. Haa.. nampak tak betapa berkualitinya tudung Bidadari House ni. Lagi satu mak aku puji jahitan tudung ni. Kemas katanya. Ni andai kata pakai tudung terbalik pun orang tak perasan sebab jahitan dia luar dan dalam sama cantik.

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Biasa kalau bab tudung ni, salah satu faktor yang orang perempuan akan suka bila senang digosok dan mudah dibentuk. Tambahan pulak untuk orang yang pakai cermin mata macam aku ni. Boleh jadi stress weii kalau tudung tak behave. Tapi mujur la tudung Bidadari House ni mudah digosok dan dibentuk. So, takde la stress kalau nak pakai, nak-nak time nak pi kerja kan. Tu yang buat aku lebih jatuh cinta dengan tudung Bidadari House ni.


Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Ha, takkan aku nak jatuh cinta sensorang je kan. So, apa kata korang pun sama pakat duk beli tudung Bidadari House ni. Nanti boleh la kita sama-sama melaram masa hari raya nanti. Jangan risau, harga sangat la berpatutan. Nah aku belanja korang kod promosi sebagai tanda aku sayang korang. Jangan kata kakak tak payung ye :

Jatuh Cinta Dengan Tudung Dan Shawl Bidadari House

Nikmati diskaun 10% (tidak termasuk postage)
PROMO CODE : bidadari-dikb10
Promosi dari 1st April hingga 30th April 2019


Untuk info lanjut dan harga boleh rujuk :
emel: sales@bidadarihouse.com

#BidadariHouse #AYLAShawlPremium #AKELPlain
#BawalCottonTurki #BHctss