Filem Pendek KITA Sempena Merdeka Dirakam Sepenuhnya Dengan VIVO X50 Pro

Filem Pendek KITA Sempena Merdeka Dirakam Sepenuhnya Dengan VIVO X50 Pro | Assalamualaikum semua.. fuhh, dah lama rasanya sis tak masuk ke pawagam. Sejak dunia dilanda pendemik Covid-19 ni memang sis tak menonton wayang. Bukan apa, risau juga kan bila kita duduk dalam ruang yang tertutup ni tapi mujur pihak pawagam menyediakan SOP yang ketat dan semua pengunjung perlu mematuhinya bagi mengekang penularan wabak tersebut. Jadi kepada semua, tak perlu risau untuk ke pawagam ye. Sis pun dah menjejakkan kaki ke pawagam pada 27 Ogos lalu demi untuk menonton tayangan premiere Filem Pendek bertajuk KITA. 

Filem Pendek KITA Sempena Merdeka Dirakam Sepenuhnya Dengan VIVO X50 Pro

Filem pendek KITA ini dihasilkan oleh Vivo Malaysia sempena Hari Kemerdekaan dan diarahkan oleh Pengarah Netflix Malaysia yang terkenal iaitu Mr Ho Yuhang. Bila sesebuah filem dihasilkan sempena hari Merdeka sudah tentu la jalan ceritanya juga akan menonjolkan semangat perpaduan kan. Begitu juga dengan filem pendek KITA ni dimana ia menceritakan mengenai bagaimana persahabatan rakan sekolah yang berbilang bangsa dan pelbagai insiden yang menjadikan mereka rapat dan saling membantu antara satu sama lain.

Filem Pendek KITA Sempena Merdeka Dirakam Sepenuhnya Dengan VIVO X50 Pro

Apa yang menariknya mengenai filem pendek yang berdurasi 9 minit ni adalah KITA merupakan filem pertama yang dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar Vivo X50 pro tau. Fuhh... memang superb la. Kalau korang nak tau, Vivo X50 Pro ni dapat memberi kualiti yang luar biasa dengan fungsi yang canggih seperti Extreme Night Vision (Super Night Mode), 60 kali Hyper Zoom, Professional Portrait, Super Wide Angle, Super Macro Functions dan lain-lain.

Filem Pendek KITA Sempena Merdeka Dirakam Sepenuhnya Dengan VIVO X50 Pro

Setelah menonton filem pendek KITA ni, apa yang sis boleh katakan memang sis kagum sangat dengan hasilnya. Macam tak percaya je semua scene dirakam menggunakan telefon pintar. Semasa tayangan juga ada ditunjukkan klip video di sebalik tabir. Dapat la sis tengok bagaimana team production menggunakan sepenuhnya fungsi telefon Vivo X50 Pro ni terutamanya penggunaan gimbal untuk dapatkan pergerakan yang lebh smooth serta penggunaan fungsi Super Night Mode yang sangat membantu untuk scene waktu malam. Ni yang buat sis rasa nak beli juga telefon pintar Vivo X50 Pro ni. Boleh la sis upgrade skill photography dengan Videography sis.. hehe

Filem Pendek KITA Sempena Merdeka Dirakam Sepenuhnya Dengan VIVO X50 Pro

Oh ya, ada lagi satu yang best mengenai filem pendek KITA ni dimana lagu tema untuk filem ini dinyanyikan oleh penyanyi terkenal tanahair Shila Amzah. Sebagaimana yang kita maklum, Shila Amzah ni kan panadai menyanyi dalam bahasa mandarin jadi sesuai sangat la dengan lagu tema filem ni yang direkod dalam bahasa Melayu dan Mandarin. Korang kena dengar tau lagu ni sebab memang best dan rasa berkobar-kobar semangat patriotik bila mendengarnya. 

Filem Pendek KITA Sempena Merdeka Dirakam Sepenuhnya Dengan VIVO X50 Pro

So bagi sesiapa yang nak menonton filem pendek KITA ni boleh la menontonnya di platform sosial media seperti Facebook, Youtube dan Iflix bermula 27 Ogos 2020. Pasti korang rasa tak percaya semuanya dirakam menggunakan telefon sahaja sebab kualiti filem pendek KITA ni setanding dengan filem-filem lain yang menggunakan peralatan yang lebih canggih. So, lepas ni kalau nak cari telefon baru, pilih la Vivo X50 Pro ye.. hehe adiosss


Post a Comment

1 Comments

  1. Nak tengok juga hasilnya sebab ena pun kagum video dihasilkan menggunakan telefon pintar jeee....

    ReplyDelete