Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an | Assalamualaikum semua... Firstly nak wish Happy Birthday to me. Ahaksss, ye sis baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 39 baru-baru ni. Maknanya tahun depan sis dah berumur 40 tahun uolss. Huwaaa, macam tak percaya je dah masuk 40-series. Sebenarnya ramai juga kawan-kawan sis yang tak percaya bila dengar umur sis sebab mereka tengok macam orang yang berusia awal 30-an jek. So, meh sis dedahkan apa rahsianya. Baca sampai habis tau..

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an

Bila sebut pasal cantik ni of course la semua wanita idamkan kulit yang halus, gebus serta bebas jerawat dan jeragat. Tapikan dekkk, kalau dah usia cecah 40-an ni memang susah la nak halang especially jeragat. Sis sendiri alami masalah ni. Kulit muka sis jadi kering, kusam dan jeragat mula kelihatan. Macam-macam dah produk sis cuba sehingga akhirnya sis berjumpa dengan Prettian Skincare. Terus sis jatuh cinta pandang pertama. Eh, bukan dengan orang tapi dengan produk ni la. hehe..

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an

Asalnya sis berkenan dengan produk ni sebab sis tengok penyanyi terkenal Nora Ariffin menggunakannya juga. Sape yang tak kenal kan Nora Ariffin ni, seorang penyanyi yang memiliki kulit yang halus dan gebu serta wajah yang tak dimamah usia. Huwaaa, sis pun nak kulit macam dia juga. Tu sebab sis terus dapatkan Prettian produk yang berasal dari Korea ni. Yes, mesti semua dah maklum kan Korea memang memiliki teknologi yang bagus dalam penghasilan produk kecantikan. 


Pengenalan Mengenai Prettian

Prettian bermaksud gabungan 2 perkataan iaitu Pretty + Angel, maka jadi lah Prettian yang juga dikenali sebagai K Beauty di Korea. Kini Prettian sudah berada di Malaysia di bawah syarikat Conquer Tech yang turut menjadi pengedar tunggal Prettian di Indonesia, Singapore, dan Brunei. Prettian dihasilkan oleh mereka yang berpengalaman selama 30 tahun dengan menggunakan bahan asas semulajadi tanpa bahan kimia serta tidak akan memudaratkan kulit. Prettian dikembangkan bersama dengan SKIN MEDS yang mempunyai 17 doktor domestik. Selain itu, pelbagai ujian klinikal juga telah dilakukan seperti ujian kerengsaan kulit, peningkatan sebum, peningkatan pori, peningkatan gloss, peningkatan ketelusan. Ternyata Prettian produk yang bagus dan berkualiti dan mendapat rekomendasi dari pakar kulit tau.

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an


Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Prettian

Nak tahu tak kenapa sis jatuh cinta pandang pertama dengan Prettian? Masa mula-mula sis terima produk Prettian ni bau dia MasyaAllah, wanginyaaaa. Honestly sis cakap ini lah pertama kali sis terima produk yang bau wangi macam ni. Lembut dan menyegarkan baunya. Terus buat sis excited nak guna. Sebagai permulaan ni sis guna 3 produk dari Prettian iaitu Triple Oil Cleanser, Moisturizing Cream dan Silky Brightening Cream. 

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an

Triple Oil Cleanser

Nampak tak 3 lapisan warna dalam Triple Oil Cleanser ni, cantik kan. Kalau korang nak tau Triple Oil Cleanser bertindak sebagai 3 fungsi di dalam satu botol iaitu Deep Cleanser, Makeup Remover dan Toner. Ha, tak payah dah nak membazir duit beli 3 produk yang berlainan, hanya perlu satu botol Triple Oil Cleanser je dah cukup. Paling best kita boleh skip 3 proses menjadi satu. Jimat masa jugak kan. So, untuk orang yang balik lewat, dah ngantuk tu tak yah la susah-susah nak ambik masa yang lama untuk belai wajah. Goncang je Triple Oil Cleanser, sapu kat muka, bilas... siapppp.

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an


Apa yang sis suka mengenai Triple Oil Cleanser ni sebab ia mampu menanggalkan make up walaupun make up yang tebal tau. Tapi make sure goncang dulu sebelum guna tau supaya ketiga-tiga lapisan tu sebati. Tekstur Triple Oil Cleanser ni tidak berbuih sebaliknya ia akan memekat sedikit bila dicampur air menjadikan proses pembersihan wajah lebih sekata. Lepas tu bila dah bilas boleh rasa kulit kita jadi lebih bersih, lembab dan anjal. Best tau...

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an


Kandungan Triple Oil Cleanser :

Lapisan 1 - Natural Oil
Terdiri daripada 5 bahan semulajadi iaitu jojoba seed, argan oil, borago seed, macadamia seed oil, rosa canin fruit oil untuk melembab, menganjal dan membersihkan kotoran.

Lapisan 2 - Ampule
Terdiri daripada bahan semulajadi iaitu daun pudina, Juniperus, lemon balm, witch hazel untuk mengawal pengeluaran minyak yang menjadi penyebab jerawat.

Lapisan 3 - Air
Terdiri dari ekstrak dan nutrisi acai berry, vitamin B5 yang bertindak sebagai ejen anti penuaan, anti pigmentasi, memulihkan kulit rosakdan mengecilkan liang pori.

Kelebihan Prettian Triple Oil Cleanser :
✔️ Pembersih muka yang mempunyai fungsi 3 in 1 - CLEANSER + MAKE UP REMOVER + TONER
✔️ Membersihkan dengan lembut tanpa mengeringkan kulit atau menghilangkan minyak semula jadi
✔️ Membantu melarutkan lebihan minyak, kotoran dan serpihan
✔️ Diuji untuk keselamatan dan kelembutan seimbang pH
✔️ Sesuai untuk masalah kulit seperti jeragat, jerawat/parut jerawat, kulit kusam & kulit sensitif
✔️ Untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
✔️ Sesuai untuk semua peringkat umur (Wanita & Lelaki)

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an


Cara Penggunaan :

1. Goncang botol supaya ketiga-tiga lapisan menjadi sebati
2. Pump kan di tapak tangan dan letak sedikit air.
3. Gosok dan sapukan dengan rata pada wajah
4. Urut sedikit pada wajah supaya dapat menanggalkan kekotoran pada wajah 
5. Bilas dengan air bersih

Moisturizing Cream

Bagi memastikan kulit sentiasa lembab dan nampak glowing harus lah sis guna Prettian Moisturizing Cream. Honestly sis cakap yang Prettian Moisturizing Cream ni best giler sebab kulit sis dah tak kering dan kusam dah. Patut la wanita Korea kulit lawa-lawa. Rupanya ini la rahsia mereka ekk. Hanya perlu tepek sedikit je kat muka dah cukup dah sebab tekstur dia pekat tau. So, boleh la berjimat. 

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an


Apa yang menarik mengenai Prettian Moisturizing Cream ni adalah kandungan bahannya. Ha, percaya tak kalau sis cakap kalau bahan yang digunakan adalah lendir siput babi yang merupakan salah satu dari 12 bahan yang digunakan. Mula-mula sis terkejut juga tapi bila dah baca mengenai khasiatnya terus sis jadi teruja nak cuba. Alaaa, lagipun bukannya ada siput babi pun dalam bekas tu kan. haha

Kebaikan lendir siput babi sangat banyak, antaranya:

✔️ Membantu melindungi kulit dari "kerosakan" akibat pencemaran dan menjadikan kulit "kebal" dari kedutan dan penuaan.
✔️ Memudarkan bahagian kulit yang gelap, mengurangkan masalah pigmentasi & mencerahkan kulit
✔️ Nutrien aktifnya dapat memulihkan kulit, menstabilkan sel untuk penyembuhan luka serta melicinkan parut

Manakala kelebihan Prettian Moisturizing Cream pula adalah :

✔️ Menjadikan kulit lebih lembab
✔️ Mengatasi pigmentasi (jeragat)
✔️ Mengurangkan kedutan dan garis halus di muka
✔️ Memutihkan & mencerahkan kulit
✔️ Mengawal minyak pada muka yg menjadikan punca jerawat

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an


Cara Penggunaan :

1. Calitkan sedikit Prettian Moisturizing Cream ke wajah selepas cuci
2. Sapu dan urut pada wajah supaya sekata

Silky Brightening Cream

Bila dah bersihkan wajah, pakai pelembab untuk elakkan kulit kering tapi bila keluar rumah tak pakai sunscreen pun tak guna wakk. Kulit kita ni kalau terlalu terdedah kepada sinar matahari tanpa perlindungan boleh mengundang kesan buruk kepada kesihatan kulit tau. Tu yang menjadikan kulit jadi kering malah merangsang jeragat dan noda hitam. Jadi penting tau pakai sunscreen ni.

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an


Jadi harus la sis guna Prettian Silky Brightening Cream ni. Sebelum kenakan make up, sis sapu dulu dengan Prettian Silky Brightening Cream ni yang mempunyai natural SPF 25++ serta bahan pelembap ekstra yang dapat melindungi kulit dari kulit kusam dan jeragat. Bukan tu je, penggunaan yang berterusan dapat menjadikan kulit lebih lembut, cerah dan berseri-seri tau.. auchhh, sis suka sis suka...

Kelebihan Prettian Silky Brightening Cream :

✔️ Sebagai sunscreen/sunblock bagi melindungi kulit dari bahaya pancaran UVA/UVB
✔️ Kesan secara “instant” supaya kulit tampak lebih cerah dan glowing serta merta.
✔️ Juga sangat sesuai diaplikasi pada seluruh badan terutama di sekitar kawasan gelap.
✔️ Mengandungi niacinamide yang sangat berkesan untuk mengelakkan serta memudarkan jeragat dan bintik hitam
✔️ Digalakkan untuk diguna selepas penggunaan pelembab (Prettian Brightening Moisturizer)
✔️ Kandungan SPF dijana secara semulajadi melalui bahan “plant-based ingredient” dan “chemical-free”
✔️ Tidak seperti produk lain yang biasanya mengandungi SPF dari bahan-bahan yang sudah di “banned” di kebanyakan negara kerana boleh merosakkan hidupan laut & alam sekitar.

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an


Cara Penggunaan :

1. Calitkan sedikit Prettian Silky Brightening Cream ke wajah sebelum mengenakan make up
2. Sapu pada wajah supaya sekata

Terima Kasih Prettian Skincare

Prettian Skincare Membantu Meremajakan Kembali Kulit Di Awal Usia 40-an


Setelah menggunakan produk Prettian ni ternyata kulit sis lebih cerah, lembut dan yang penting kesan jeragat dah mula pudar tau. Happy nya rasa hati ni, hilang terus rasa gundah nak melangkah ke alam 40-series.. hahahaha. Tu sebab sis rajin nak review pasal produk Prettian ni dengan pembaca blog sis ni. Harap-harap ia dapat membantu bagi sesiapa yang mempunyai masalah kulit dan mencari-cari produk yang sesuai. Tapi ni testimoni sis sendiri tau mengenai Prettian Skincare membantu meremajakan kembali kulit di awal usia 40-an. Lain orang mungkin lain kesannya. Ada yang cepat dan ada juga yang lambat. Tapi tak salah mencuba kan. Semoga korang juga akan mencapai kulit wajah yang diidamkan. yeahhh... adios

Untuk info lanjut boleh rujuk :
https://prettian.my/


Post a Comment

15 Comments

  1. nice posting! btw, singgah blogwalking here

    ReplyDelete
  2. Wahhh ini rupanya rahsia kecantikan awak ya. Menarik Oil Cleanser dia sb 3 in 1. Org mls mcm i mmg sesuai pakai. Usia kita pun dah nk cecah 40 juga. Nak pki jugalah produk Kbeauty ni.

    ReplyDelete
  3. sama umurlah kita, tahun depan dah 40, memang ambil berat soal penjagaan kulit muka ni, sampai dah hafal nak pakai yang mana dulu dan kemudian ;)

    ReplyDelete
  4. Bagus ye produk ni ada buat clinical studies..nak pakai pun jadi confident, kan ☺️

    ReplyDelete
  5. eh dikbee dah nak masuk 40an? wah still nampak muda la.. akak macam minat je tengok triple oil dia tu.. macam best!

    ReplyDelete
  6. wahhh cantiknya cleanser dia ada 3 layer warna! Ingredients dalam oil cleanser tu pun macam best je. Nak try la nanti

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik produk ni. Triple cleansing tu nampak menarik sgt sbb cam i mmg but double cleanse so kalo guna ni cam leh skip step sikit

    ReplyDelete
  8. First time dengar jenama ni. Untuk permulaan, 3 set Prettian iaitu Triple Oil Cleanser, Moisturizing Cream dan Silky Brightening Cream pun dah okay ni. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  9. sedap nama brand ni prettian bunyi macam pretty. baguslah produk ni sebab natural ingredients pastu spf dia untuk uva/uvb..

    ReplyDelete
  10. Dah nak masuk 4 series? Wah memang tak percaya ni. Nanti nak usha jugak la produk Prettian. Cleansing oil 3 dalam 1 tu nampak menarik.

    ReplyDelete
  11. Berkenan betul tengok triple cleanser dia tu laaa... yang biasa je dah bagus, lagikan triple action gini.. kalau Sis pakai, agak-agak jadi muka 30an tak.. taknak laa 40an hahahaha

    ReplyDelete
  12. 3 in 1 duhal the Cleansing Oil tue, so convenient for mereka yang mengenakan makeup kan.. at first ingatkan the bottle yang ada 3 layer color, rupanya the kandungan itself.. :)Serious la sis memang nampak muda remaja..

    ReplyDelete
  13. Ohhhh ini rahsia Dikbee untuk nampak muda dan awet muda selalu hehehehe patut lah berseri-seri kita nak guna juga boleh tak hehehehehe tengok jenama berkualiti dan bagus juga ni....

    ReplyDelete
  14. Alololo comelnya. Akak suka baca dikbee review. Heheeh. Nampak best produk ni. 3 layer cleanser tu cantik betul. Kalau pakai ni, akak tak perlu beli another 2 cleanser. Nanti nak cuba. Tq share!

    ReplyDelete
  15. wahhh baguslah ada produk skincare yang mampu mengekalkan keanjalan kulit supaya tampak muda remaja gitu.mmg makin risau sebab umur semakin meningkat. boleh cuba nanti produk nie

    ReplyDelete