Pelancaran Inovasi Terkini Infinix Mobility Limited Set Siri Hot 10S

7/05/2021

Pelancaran Inovasi Terkini Infinix Mobility Limited Set Siri Hot 10S | Assalamualaikum semua.. Penggemar permainan video dan telefon bimbit memang tak dapat dipisahkan. Malah bagi mereka penting mempunyai telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang tinggi bagi membolehkan mereka bermain dengan lancar. Kalau asyik lag je mau stress weii..


Jadi bagi memenuhi kehendak peminat teknologi, pengemar permainan video, pelajar, dan generasi muda yang akan datang, satu jenama teknologi global iaitu Infinix Mobile dengan bangganya mengumumkan pelancaran inovasi terbaru mereka, siri Hot 10S di Malaysia. Siri Hot 10S ni merupakan telefon pintar permainan video dan hiburan yang pastinya dinanti-nantikan oleh pengguna bagi membolehkan bermain permainan video dengan lancar dan ikuti trend terkini dengan lebih mudah. Bagi spesifikasi pula, Infinix akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang spesifikasi telefon dan ciri-ciri pada hari pelancaran tersebut.


Namun apa yang lebih menarik mengenai model terbaru ni, Infinix telah berkolaborasi dengan permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S. Wah, mesti peminat permainan video terutama MLBB akan teruja kan.


Oh ya, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Infinix kan. Infinix Mobile adalah jenama telefon pintar global yang merancang, mengeluarkan dan memasarkan portfolio peranti mudah alih yang berkembang di seluruh dunia di bawah jenama Infinix yang ditubuhkan pada tahun 2013. Menyasarkan Generasi Z, Infinix memberi tumpuan untuk mengembangkan teknologi canggih yang terkandung dalam peranti mudah alih yang dirancang dengan teliti yang menawarkan gaya, kekuatan dan prestasi yang halus. Peranti Infinix bergaya dan dapat dicapai dengan pengguna akhir di barisan hadapan setiap langkah ke hadapan. Dengan "THE FUTURE IS NOW" sebagai intipati jenamanya, Infinix bertujuan untuk memperkasakan remaja masa kini untuk menonjol dari orang ramai dan menunjukkan kepada dunia siapa mereka & apa yang mereka perjuangkan.

Portofolio produk syarikat dijual di lebih daripada 40 negara di seluruh dunia, meliputi Afrika, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Tenggara, dan Asia Selatan. Dengan berkembang pada tahap fenomenal, Infinix telah berjaya mencapai 160% untuk tempoh selama 2018-2020 dan mempunyai rancangan besar untuk terus membuat peranti tingkat unggulan yang menawarkan reka bentuk menarik dan cadangan nilai yang kuat.


So, nantikan pelancaran Inovasi Terbaru Infinix Mobility Limited Set iaitu siri Hot 10S di Malaysia pada 13 Julai 2021 nanti di platform Shopee dan jangan lupa untuk ‘add to cart’ mulai 7 Julai 2021 tau. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri Hot 10S, boleh layari laman web Infinix Malaysia, laman Facebook, Instagram dan Kedai Rasmi di Shopee.




You Might Also Like

0 Comments

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe