Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand | Assalamualaikum semua.. Ala, rindunya nak travel ke Thailand. Last pergi ke Hatyai, tu pun 2 tahun lepas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang first dulu. Kalau ke Thailand ni bukan apa, seronok JJCM je. sebab makanan kat sana sedap-sedap. Tu sebab banyak restoran di Malaysia turut menghidangkan menu Thailand, termasuk la Marrybrown.

Menu Baru Marrybrown Tom Yam Chicken
Menu Baru Marrybrown Tom Yam Chicken


Ye, siri Jelajah Mengelilingi Dunia bersama Marrybrown kini tiba di Thailand. Kenapa Thailand? Sebab ia merupakan salah satu destinasi yang paling digemari di kalangan rakyat Malaysia berkat budaya yang mengalu-alukan dan hidangan yang menyelerakan. Salah sorangnya sis la tu. hehe. Marrybrown memperkenalkan menu baru yang pedas, masam dan YAM-my iaitu Marrybrown Tom Yam Chicken. Alalala, ni yang buat sis excited nak cuba ni. Marrybrown ni macam paham je kerinduan sis dengan citarasa makanan Thailand. Maklum la, sempadan antarabangsa pun belum buka lagi. Kalau dah buka pun nak ke sana lamberrttt lagi. So, kita ke Marrybrown dulu ahhh..

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand
Sempena Ulang Tahun Marrybrown ke-40

Kalau korang nak tahu, tahun ni adalah tahun ke-40 penubuhan Marrybrown. Jadi sempena ulang tahun yang ke-40 ni Marrybrown selaku rangkaian makanan segera Halal tempatan terbesar akan membawa 'Memang Best fans' ke seluruh dunia dengan memperkenalkan makanan istimewa yang diilhamkan dari negara yang dipilih. Actually awal tahun hari tu dah bermula dengan Korea dan Itali. Ha, korang dah rasa ke aritu? Kalau belum, make sure untuk destinasi kali ni korang tak missed jugak.

"Tidak kira muda atau tua, Thailand adalah syurga bagi rakyat Malaysia untuk menemui masakan lazat dan makanan jalanan, untuk menyelami budaya berwarna-warni dan membeli-belah sepuasnya. Kami berharap dapat mencipta semula perasaan gembira itu apabila kami mengembara ke Thailand pra-pandemi dengan memasukkan rasa Tom Yam ke dalam menu inspirasi Thailand baharu kami,”
~Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown~

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand
Marrybrown Tom Yam


Menu Marrybrown Tom Yam


Tom Yam Chicken
Tom Yam Chicken atau ayam ni disalut dengan gabungan rasa pedas dan masam yang istimewa. Macam mana kita rasa time hirup kuah tom yam, macam tu la nikmat dia. Memang padu la. Yam Yam.. Hidangan ni disediakan secara A la Carte ataupun Combo. Harga adalah seperti berikut :

💛 Tom Yam Chicken
à la carte (5 ketul atau lebih didatangkan dengan bucket)
🍗 Tom Yam Chicken 2-pc – harga bermula dari RM12.70
🍗 Tom Yam Chicken 5-pc – harga bermula dari RM31.50
🍗 Tom Yam Chicken 9-pc - harga bermula dari RM55.80
Combo
🍗 Tom Yam 2-pc Chicken Combo - harga bermula dari RM17.90
🍗 Tom Yam 3-pc Chicken Combo - harga bermula dari RM21.90

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand
Tom Yam Chicken


Tom Yam Chicken Burger
Untuk Tom Yam Burger ni pun sama, patty ayam digabungkan dengan rasa Tom Yam yang enak. Sis suka Tom Yam Burger ni sebab roti dan pattynya lembut dan bagi sis yang ni tak berapa pedas sangat berbanding Tom Yam Ayam. Maybe sebab ada mayonis kot. Hidangan ni disediakan secara single ataupun Combo dengan kentang goreng dan Nestlé Pink Lemonade, yang disediakan secara eksklusif oleh Marrybrown. Harga adalah seperti berikut :

💛 Tom Yam Chicken Burger
🍔 Single - harga bermula dari RM7.90
🍔 Tom Yam Chicken Burger Combo - harga bermula dari RM14.90

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand
Tom Yam Chicken Burger


Tom Yam Porridge
Ha, yang porridge ni memang sis suka bila digabungkan dengan rasa tom yam. Biasa la tekak suka pedas ni memang ngam la dengan rasa pedas dan masam tom yam tu. Dah la bubur Marrybrown ni mewah dengan isinya. fuhh, licin sebekas tu sis sorang je makan. hehe.. Sama juga Tom Yam Porridge ni boleh didapati secara single ataupun Combo. Harga adalah seperti berikut :

💛 Tom Yam Porridge
🍚 Single -Nestlé Pink Lemonade - harga bermula dari RM7.80
🍚 Tom Yam Porridge Combo - harga bermula dari RM16.50

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand
Tom Yam Porridge


Tom Yam Big Box
Confuse nak makan apa? Ha, sis suggest sila la order Tom Yam Big Box. Dalam hidangan Tom Yam Big Box ni ada seketul Tom Yam Ayam, 1 Tom Yam Burger, 6 ketul Tom Yam Chicken Nugget, kentang goreng dan Nestlé Pink Lemonade. Semua ada. Tak payah nak gaduh pilih-pilih dah. Harga adalah seperti berikut :

💛 Tom Yam Big Box - harga bermula dari RM25.80

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand
Tom Yam Big Box

Tom Yam Chicken Nugget
Kalau rasa taknak makan berat sangat, boleh la pilih Tom Yam Chicken Nugget. Yes, dalam nugget ni pun ada rasa tom yam tau. Ha, special kan. tak payah dah nak cicah dengan sos sebab bagi sis rasa dia dah cukup dah. Harga adalah seperti berikut :

💛 Tom Yam Chicken Nuggets
○ 6-pc - harga bermula dari RM9.50
○ 12-pc - harga bermula dari RM17.00

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand
Tom Yam Chicken Nuggets


Tom Yam Fries dan Nestlé Pink Lemonade
Kalau korang tidak cukup rasa pedas dan masam, korang juga boleh memilih untuk menaik taraf kentang goreng asli kepada Tom Yam Fries pada mana-mana kombo dari hanya RM 1.00 atau kalau just nak menikmatinya sendiri harganya adalah RM 5.00 sahaja. Manakala air pula adalah Nestlé Pink Lemonade yang sedap dan menyegarkan tekak kalau kepedasan. hehe

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand
Tom Yam Fries

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand
Nestlé Pink Lemonade


“Perjalanan kami bersama peminat Memang Best telah berjaya tetapi kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan mereka. Hidangan inovatif kami telah menemani peminat kami sepanjang lebih setahun berada di rumah dengan selamat, dan mereka boleh menantikan lebih banyak kejutan apabila kami berlepas ke destinasi seterusnya!"
~Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown~

Marrybrown Tom Yam Gabungan Pedas, Masam Dan YAM-my Selera Dari Thailand

So guys, kalau nak menikmati Marrybrown Tom Yam yang menggabungkan pedas, masam dan YAM-my sila lah ke mana-mana cawangan Marrybrown sekarang. Nak take away atau delivery ke rumah pun boleh. Sis sudah. Korang bila lagi?? Untuk info lanjut sila rujuk :




Post a Comment

4 Comments

  1. Aduimakk sedapnyaa.. terasa-rasa kerangupan ayam itu..

    Psttt, kemain laju oii load blog ko DB, sekali klik, ping terus kuar hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis dah try ke menu ni? Memang sedap tapi pedas sikit la. Klau suka pedas memang ngam. Serius la laju?? baru tukar template ni. tengah duk godek2 lagi. Geram sebab seblm ni problem

      Delete
  2. Alahai... Sedapnya tengok Dik Bee makan. Nanti LeYa pun nak try juga laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh meh ke Marrybrown. Menu ni limited time. Nanti MB akan jelajah negara lain pulak.. hehe

      Delete