Buat Self-Test Guna Kit Ujian Kendiri Covid-19 Sebelum Balik Kampung

Buat Self-Test Guna Kit Ujian Kendiri Covid-19 Sebelum Balik Kampung | Assalamualaikum semua.. Balik kampung... oooo... Balik Kampung... Riangnya rasa hati sebab dapat balik kampung setelah hampir 7 bulan tak dapat balik kerana Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sebelum puasa tempoh hari. Ini bermakna 2 kali raya sis tak jumpa mak. Rindunya weiiii.. Mujur la boleh buat video call. dapat la bertanya khabar dan menatap wajah insan kesayangan.

Buat Self-Test Guna Kit Ujian Kendiri Covid-19 Sebelum Balik Kampung

Tapi sebelum balik, of course la sis tak lupa untuk tunaikan tanggungjawab buat test di rumah menggunakan kit Ujian Kendiri Covid-19. Risau ooo nak balik kalau tak buat test. Takut karang ada peneman pulak ikut. Dah la nak jumpa mak, tak mau la menyesal di kemudian hari kan. Jadi sis pun beli kit Ujian Kendiri Covid -19 ni kat farmasi. Sis beli 2 kotak, satu untuk guna sebelum balik ni dan 1 lagi nak guna masa kat kampung nanti.

ProDetect Covid-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)
ProDetect Covid-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)

Actually ada 2 pilihan untuk self-test ni sama ada Saliva Home Test Kit atau Nasal Home Test Kit. Sis pilih kaedah Saliva atau air liur sebab tak berani nak jolok lubang hidung sendiri.. ahakk. Jenama kit Ujian Kendiri Covid-19 yang sis beli adalah ProDetect Covid-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva). Harga dalam RM15 ke RM16, lupa dah. Tapi baru-baru ni kerajaan umumkan Kit ujian kendiri Covid-19 ni boleh didapati pada harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu.

panduan cara menggunakan kit ujian kendiri Covid-19
Panduan cara menggunakan kit ujian kendiri Covid-19

Korang pernah buat test sendiri tak? Kalau tak pernah, jangan risau. Di belakang kotak ada kaedah dan panduan cara menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 ni. Bagi sis panduan ni sangat mudah untuk difahami. Tapi 30 minit sebelum memulakan ujian, kita perlu bilas mulut dengan air, jangan makan atau minum dan jangan merokok. Sis buat masa tu pukul 7.30 pagi, so gosok gigi pun tak. Risau tak tepat pula hasil ujian.

Keputusan hasil ujian kendiri Covid-19

Keputusan hasil ujian kendiri Covid-19
2 line merah di C dan T = Positif
1 line merah di C = Negatif
1 line merah di T = Invalid

Bila dah siap ambil sampel air liur dan buat ujian mengikut panduan, terus rasa berdebar-debar time tunggu garisan merah tu muncul. Fuhhh, dah macam tunggu result mengandung (eh, macam la pernah mengandung.. kikiki). Tapi bila satu je garisan merah yang muncul terus rasa happy. Yayy, maknanya result sis negatif. Ya, untuk hasil ujian kendiri Covid-19 ni terbalik dengan ujian mengandung tu. Lega giler weiii... Apalagi, terus packing baju dan dalam pukul 12.30 tengah hari Alhamdulillah sis selamat sampai ke kampung. hahahah.. laju kan.

Sila la buat self-test sebelum ke mana-mana destinasi
Sila la buat self-test sebelum ke mana-mana destinasi

So, korang-korang kalau nak balik kampung ke atau nak pergi bercuti, pastikan perkara utama yang perlu beri perhatian ialah melakukan prosedur operasi standard (SOP) kendiri. Sila la buat test dahulu menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 ni. Tak susah pun. Yang penting keselamatan dan kesihatan diri serta orang tersayang terjamin. Ingat, jaga diri patuhi SOP.

Untuk info, boleh baca juga artikel sis mengenai barangan yang perlu disediakan bila nak pergi bercuti mahupun pulang ke kampung -> 5 Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel Dalam Norma Baharu




Post a Comment

3 Comments

  1. Bagusla harga macam ni. Xdela beban utk org yg kurang mmpu

    ReplyDelete
  2. Betul, senang test time bangun pagi aje kan DB.. Sis simpan stok semua, kalau balik dari outstation ikut Suami mesti test.

    ReplyDelete
  3. sekarang macam-macam cara untuk test kondisi kesihatan...

    semoga semuanya baik-baik sahaja

    ReplyDelete