Terima Kasih AFYAA | Hadiah Birthday Paling Bermakna

Terima Kasih AFYAA | Hadiah Birthday Paling Bermakna | Assalamualaikum semua.. Pada tanggal 27 November bertambah 1 tahun lagi usia sis. Bersyukur sangat-sangat masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ni walaupun kita semua masih struggle untuk hidup dalam norma baharu. Agak sedih juga la bila tahun ni tiada sambutan macam sebelum-sebelum ni tapi apa yang membuatkan sis tak sangka adalah sis mendapat hadiah istimewa sempena birthday sis. Hadiah apa tu?? tengok la gambar di bawah.

Terima Kasih AFYAA | Hadiah Birthday Paling Bermakna
Terima Kasih AFYAA | Hadiah Birthday Paling Bermakna

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Sis menang hadiah utama untuk Contest Impian Bercuti Bersama AFYAA Hayyiba. Ya Allah, Rezeki yang tak dijangka. Serius memang sis tak sangka boleh menang. Hadiah utama plak tu. Selama ni kalau join contest jarang la nak lekat. Tapi bak kata orang rezeki tak pernah salah alamat kan. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 26 November 2021, sehari sebelum birthday sis sekali gus ini adalah hadiah birthday sis yang paling bermakna. Terima kasih AFYAA.

Terima Kasih AFYAA | Hadiah Birthday Paling Bermakna
Senarai Pemenang Contest Impian Bercuti Bersama AFYAA Hayyiba

Nak dijadikan cerita, sis adalah pengguna produk AFYAA bermula dengan AFYAA Ryndu. Kemudian apabila pihak AFYAA melancarkan AFYAA Hayibba, sis juga tidak ketinggalan untuk mengamalkannya. Ternyata kedua-dua produk ni serasi dengan sis. Uols boleh juga baca serba sedikit perkongsian sis mengenai produk AFYAA ni di entri sis yang lepas. Boleh klik link di bawah 👇


Memandangkan sis pengguna AFYAA, so bila pihak AFYAA mengadakan Contest Impian Bercuti Bersama AFYAA Hayyiba (#CutiCutiAFYAA), sis pun join la. Lagipun kebetulan sis dah ada gambar bersama produk AFYAA. Masa join tu tak letak harapan yang tinggi pun untuk menang. Tapi tak sangka pula pihak juri terpaut dengan gambar sis yang ala-ala ke pantai tu. Ye, memang destinasi impian sis nak bercuti ke tempat peranginan di tepi pantai tapi tak sangka pihak AFYAA betul-betul merealisasikan impian sis.

Terima Kasih AFYAA | Hadiah Birthday Paling Bermakna
Hadiah Utama

Lebih mengejutkan hadiah yang sis terima bukan kaleng-kaleng ye. Untuk Hadiah Utama sis menerima Pakej Percutian Ke Langkawi Bernilai RM6,000 + Tiket Penerbangan untuk 2 orang. Bukan tu je, paling mengejutkan apabila sis diberitahu bahawa hotel yang bakal sis pergi adalah Four Seasons Resort Langkawi. Wow, hotel 5 bintang tu. Best giler. Tak pernah sis impikan untuk dapat menginap di hotel mewah macam ni. Nak tunggu honeymoon?? Lambertttt lagi. haha.

Sekitar majlis penyampaian hadiah. Sumber Facebook AFYAA

Honestly sis cakap berbaloi sungguh join contest anjuran AFYAA ni. Hadiah semua gempak-gempak. Dengar kata next ada lagi contest. Kalau sis nak join lagi aci tak?? haha, no laa.. kasi peluang untuk uols pulak la kan. So, sila la join ye. Mana tau lepas ni rezeki korang pula dapat hadiah best-best dari AFYAA macam sis dapat. Lastly, sekali lagi terima kasih AFYAA untuk hadiah birthday paling bermakna tahun ni, tak sabar nak pergi. So stay tune, nanti sis kongsikan pengalaman bercuti di Langkawi bersama AFYAA ye.. adios



Post a Comment

1 Comments