NSK Grocer Dibuka Di Quill City Mall Kuala Lumpur

NSK Grocer Dibuka Di Quill City Mall Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Setiap hujung minggu dah jadi rutin biasa untuk sis pergi shopping barang keperluan dapur. Biasanya sis akan ke pasaraya berhampiran rumah je. Tapi pada hari Sabtu lalu sis berkesempatan untuk ke Majlis Pembukaan NSK Grocer di Quill City Mall Kuala Lumpur. Seawal 8 pagi sis dah terpacak di sana untuk sama-sama memeriahkan majlis dan alang-alang tu of couse la shopping barang dapur sekali kan.


NSK Grocer merupakan gedung runcit yang berkonsepkan moden dan terbesar di Kuala Lumpur. Ruang dalamnya berkeluasan 85,000 kaki persegi yang merangkumi bahagian makanan, barangan kering, barangan basah dan juga ada bahagian borong. Setiap ruang memang luas dan selesa tau. Apa yang menariknya NSK Grocer menawarkan pelbagai produk tempatan dan import yang premium serta berkualiti di bawah satu bumbung tetapi dijual pada harga mampu milik.


Pemilihan lokasi pula bagi sis memang bertepatan di mana Quill City Mall merupakan salah satu pusat membeli-belah yang terkemuka di Kuala Lumpur. Nak datang ke sini pun senang je sama ada menaiki kenderaan sendiri ataupun boleh juga menaiki monorel dan turun di stesen Medan Tuanku.


Pada hari Grand Opening NSK Grocer, ramai pelanggan telah hadir untuk merebut peluang mendapat Free RM100 Cash Voucher untuk 100 pelanggan terawal, Free Mandarin Lokam untuk 1000 pelanggan terawal dan juga pelbagai promosi istimewa seperti Harga Gempak selama 1 Jam dimana barangan terpilih dijual dengan harga RM1 sahaja. Antaranya Milo 200g, Maggi Kari (5*), Sos Cili Ayamas, Santan Kara dan macam-macam lagi. Test Kit Antigen Saliva dan KN95 pun dijual RM1 tau. Perghh, untung giler siapa yang datang masa pembukaan tu.





Menurut Mr Justin Liew selaku Naib Presiden Kanan Quill City Mall Retails Sdn Bhd bahawa memiliki NSK Grocer pertama di Quill Mall bukan sahaja satu kejayaan untuk pusat beli-belah itu tetapi juga usaha strategik yang dibentuk untuk memenuhi permintaan pelanggan masa kini.

"Kami berbesar hati untuk memiliki NSK Grocer pertama sebagai sebahagian daripada keluarga Quill City Mall dan kami berbesar hati untuk membawakan pengalaman membeli-belah yang tersendiri dan menyeronokkan kepada pembeli moden masa kini. Sebagai salah satu pusat membeli-belah terkemuka di Pusat Bandar KL, kami sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang menarik dan selesa untuk pembeli kami di mana mereka dapat menjalankan keperluan harian mereka di satu tempat - menjadikannya destinasi membeli-belah yang ideal untuk semua. Kami yakin bahawa NSK Grocer mempunyai potensi dan kredibiliti yang kukuh untuk memenuhi keperluan orang ramai di Kuala Lumpur dan di seluruh Lembah Klang"
~ Mr Justin Liew, Senior Vice President of Quill Retail Malls Sdn Bhd ~

Manakala Pengarah NSK Grocer iaitu Loh Teck Wah pula menyatakan bahawa Quill City Mall adalah lokasi yang ideal untuk membuka cawangan baharunya yang pertama kerana lokasinya sangat strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan kehadiran pelanggan di pusat membeli-belah setiap hari terutamanya pekerja pejabat, warga muda mudi dan kolej pelajar di kawasan sekitar. So, lepas ni kalau warga kota nak shopping barang keperluan boleh la datang ke NSK Grocer. Lepas kerja pun boleh singgah kan.

"NSK Grocer ditetapkan untuk pasaran besar-besaran yang menikmati produk premium berkualiti pada harga yang sangat berpatutan. Konsep inovatif terkini ini memenuhi keperluan setiap gaya hidup dan kami percaya pembukaan NSK Grocer di Quill City Mall KL akan membawakan suasana membeli-belah yang santai pengalaman serta impak positif kepada orang ramai terutamanya bagi mereka yang menetap atau bekerja di pusat bandar yang sentiasa dalam perjalanan dan memerlukan segera ke kedai runcit untuk keperluan harian mereka"

"NSK Grocer berbangga kerana sentiasa menawarkan produk berkualiti pada harga yang kompetitif. Mempunyai bahagian hasil segar yang terbesar, NSK Grocer membolehkan pembeli mempunyai pelbagai pilihan segar dan kos efektif untuk dipilih bagi mana-mana individu. Kami komited untuk sentiasa menyediakan hasil segar dengan bekerjasama rapat dengan semua pembekal utama kami - memastikan hanya yang terbaik untuk pelanggan kami"
~ Mr Loh Teck Wah, Executive Director of NSK Grocer (KL) Sdn Bhd ~


Jujur sis cakap pengalaman membeli-belah barang keperluan dapur di NSK Grocer ni berbeza dari tempat yang lain. Suasana di dalam ruang antara rak sangat selesa dan luas. Kiranya mudah la nak tolak troli. Barangan pun disusun dengan teratur dan pembahagian kategori barangan juga dilabel dengan jelas. Untuk para peniaga juga mudah nak membeli stok keperluan meniaga kerana ada bahagian khas untuk barangan borong.



Bahagian yang paling sis suka adalah di bahagian barang basah seperti Vegetable, Seafood, Meat dan Fruit. Teruja betul tengok semuanya segar dan berkualiti. Ikan dan seafood pun ada banyak pilihan termasuk yang premium seperti lobster. Yang masih hidup pun ada dijual tau. Buah dan sayur pula ada macam-macam jenis. Pilih je mana satu nak beli. Ada juga yang sudah siap dibungkus. Senang la nak beli sebab dah tak payah nak timbang. 









Oh ya, di NSK Grocer ni ada satu bahagian Plant & Greenery tau. Ada pelbagai jenis pokok-pokok hiasan ada dijual di sini. Pokok cactus pun ada tau. Tak lama lagi masyarakat cina nak menyambut Tahun Baru Cina kan. Boleh la beli pokok hiasan kat sini.




Bab harga pula jangan cerita la, memang berpatutan tau. Ada beberapa barangan yang lebih murah dari tempat lain tau. Terkejut juga sis tengok. So, bagi yang tak berkesempatan nak datang, jangan risau. Masih ada promosi istimewa sehingga 16 Januari 2022 dan jangan lupa untuk Sign Up sebagai member N-Card untuk dapat harga istimewa ahli. Pendaftaran Percuma je, siap dapat Cash Voucher RM10 lagi. Apalagi, harus la sis pun daftar kan. 


Ha, uols bila lagi. Meh datang shopping lekaih di NSK Grocer Quill City Mall Kuala Lumpur. Gerenti berbaloi-baloi...

Lokasi NSK Grocer :
LG-19-21,
Lower Ground,
Quill City Mall KL

Waktu Operasi :
9.00 am hingga 11.00 pm




Post a Comment

2 Comments

  1. suka datang NSK ni sebab barangnya murah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk info. Baru tahu quill city dah ada NSK.

    ReplyDelete