Buffet Ramadan 2022 : Riang Ria Ramadan di The Venue Shah Alam

Buffet Ramadan 2022 : Riang Ria Ramadan di The Venue Shah Alam | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, setelah 2 tahun berdepan dengan pandemik, akhirnya kita akan beralih ke Fasa Endemik. Kebetulan pula dah masuk bulan Ramadan. Walaupun masih perlu ikut SOP tapi syukur Alhamdulillah kita dah boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Dah boleh berterawikh, pergi bazar ramadan dan juga dine-in buffet ramadan.

Buffet Ramadan 2022 : Riang Ria Ramadan di The Venue Shah Alam

Sebut pasal buffet ramadan, bagi menyambut kegembiraan di bulan ramadan ni pasti ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan. Maklum la, dah 2 tahun kita berbuka puasa di rumah je. Tentu rindu nak merasai keenakan menu dan juadah di buffet ramadan kan. Ehemm, dah decide ke lokasi iftar tahun ni? Kalau belum, meh sis kongsikan satu lagi lokasi untuk korang iaitu di The Venue Shah Alam. Tema buffet ramadan di The Venue tahun ni pula kena sangat dengan kegembiraan yang dirasai seluruh rakyat Malaysia iaitu Riang Ria Ramadan.

Buffet Ramadan 2022 : Riang Ria Ramadan di The Venue Shah Alam

Sis pasti ramai yang nak tahu apa hidangan istimewa yang disediakan di The Venue kan. Antara hidangan yang pasti memikat selera adalah seperti Nasi Arab Ayam Mandy, Kambing Golek, Aneka Mee Kak Mas, Shell Out Seafood, Apam Balik Abang Zam, Pencuci Mulut & Buah-buahan, Aneka Jeruk-Jeruk, Aneka Keropok, Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal. Ni baru sedikit je ye yang sis sebutkan. Terdapat menu lain yang disediakan dan menu-menu ini akan berubah-berubah setiap minggu. Jadi pelanggan yang datang akan dapat merasakan masakan yang berbeza-beza setiap kali hadir ke The Venue.

Sambil-sambil makan juga kita akan dihiburkan dengan kehadiran Abg Dee. Aha, siapa yang tak kenal kan dengan keletah Abg Dee yang lucu. Ingat lagi lakonan beliau dalam sitkom Jangan Ketawa tapi sis gerenti korang mesti ketawa punya la. Selain tu The Venue juga membawa Live Band OJKustik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet Ramadhan berlangsung.

Buffet Ramadan 2022 : Riang Ria Ramadan di The Venue Shah Alam

Dari segi ruang jangan risau ye. Tahun ini The Venue menyediakan ruang yang lebih luas dan selesa. Siap ada ruang untuk pelanggan korporat kami yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Jadi lebih privacy dan selesa tanpa mengganggu pelanggan yang lain. Pakej ini bermula daripada RM98/orang (Min. 150 orang).

Oh ya, The Venue juga akan membuat program infaq kepada rumah rumah kebajikan di sekitar Shah Alam. Pelanggan boleh menginfaqkan anak-anak ini untuk menjamu selera di Buffet Ramadhan The Venue. Selain itu, mereka juga akan mengumpul dana untuk barang barang keperluan anak-anak pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jadi, pelanggan boleh menderma serendah RM60/orang untuk majlis berbuka puasa, dan RM 50/orang untuk barang-barang keperluan Hari Raya.

Bagi orang-orang Shah Alam pasti dah tahun yang The Venue ni adalah Event Space yang agak terkenal di Shah Alam. Jadi memang dah biasa dah buat majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Mana la tau lepas raya nanti ada yang nak buat majlis kahwin kan. Boleh la usha-usha The Venue ni.

Sis pun usha jugak, ni info yang sis dapat. Pakej Perkahwinan yang ditawarkan di The Venue adalah hanya serendah RM12,999 untuk 200 orang dan RM27,999 orang untuk 1000 orang. Pakej lain-lain serendah RM63/orang (Min 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tuning, nikah, seminar dan sebagainya. Kesemua dewan mereka dilengkapi dengan PA system In-House. Bersempena dengan Ulangtahun Ke-7 juga The Venue Shah Alam menawarkan promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang. Untuk tempahan 2022 dan 2023 juga sudah dibuka.

Eh, dah cerita bab kahwin pula. Ok berbalik kepada buffet ramadan, berikut promosi harga untuk Riang Ria Ramadan di The Venue Shah Alam :
Harga Normal
RM 88/orang (Dewasa)
RM 49/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)
RM800/meja (Group 10 orang dewasa)
PERCUMA untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun

Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird)
RM 66/orang (Dewasa)
RM 46/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun
RM 600/meja (Grup 10 orang dewasa)
Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2021 sahaja.

Pelanggan yang berkunjung ke Buffet Ramadhan The Venue juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware. Wow, bestnya. So apa lagi. Meh la booking lekaih. karang melepas...

Lokasi Buffet Ramadan :
The Venue Shah Alam
Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam

Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh hubungi :
018 – 205 1492 (Faridah)
019 – 8585 825 (Lisz)
014 – 250 8160 (Bard)
013 – 247 3767 (Safwan)

Post a Comment

0 Comments