Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail | Assalamualaikum semua.. Time bulan puasa ni mula la tekak buat hal. Nak makan tu la, nak makan ni la. Nak masak, tak berbaloi sebab duduk bujang je. Nak beli, kadang tak kena dengan selera. Tambah pulak kalau menu-menu kampung macam gulai ke masak lemak ke. Ada yang cair la, tawar la. Aish, potong selera.

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Ha, kalau dah ada tempat yang menawarkan pelbagai menu yang sedap dan memang kena dengan tekak, why not kan. Kali ni sis nak kongsikan restoran yang memang terkenal dengan lauk-pauk tradisi melayu yang pasti menambat selera. Lokasi yang sis maksudkan adalah di Restoran Rebung Chef Ismail yang terletak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Untuk pengetahuan korang, Restoran Rebung merupakan perniagaa bersama di antara Selebriti Chef Malaysia iaitu Chef Haji Ismail Ahmad dan Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri. Restoran ni memang terkenal bukan di KL sahaja tau malah kawan-kawan sis dari negeri lain pun mengakui keenakan resepi masakan yang diilhamkan sendiri oleh Chef Ismail.

Pada tahun 2022 ni, tema Buffet Ramadan di Restoran Rebung adalah Selera Warisan Bonda by Chef Ismail di mana ada lebih dari 100 hidangan warisan yang hampir ditelan zaman disediakan untuk para pelanggan. Restoran Rebung amat menitikberatkan rasa dan keaslian di dalam setiap hidangan mereka. Serius bila makan tu teringat-ingat masakan mak di kampung.

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Antara keistimewaan menu pada tahun ini, Restoran Rebung menyajikan pelbagai sajian sentuhan Pantai Timur. Wahh, memang sis suka menu-menu dari sana walaupun sis bukan orang sana. Nak pergi lamberttt lagi so boleh la makan di Restoran Rebung ni. Antara hidangannya seperti Nasi Kerabu Kelantan, Laksam, Ayam Percik, Ikan Percik serta kuih muih yang berasal dari Pantai Timur seperti Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabai, Kuih Belebat Ubi dan sebagainya.

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Bagi regular customer restoran ni mesti dah tau apa signature dish kat Restoran Rebung ni kan. Jangan risau, menu wajib seperti Masak Lemak Rebung dan Perut, Daging Salai Masak Lemak, Asam Pedas Tetel, Gulai Tempoyak Ikan Patin dan banyak lagi. Fuhhh.. semua fav sis ni. Sis dah rasa lauk pauk ni memang kena dengan selera sis. Kuah pekat dan cukup rasa. Memang ngam la. Banyak kali juga sis ulang alik ambil makanan.

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Kat bahagian luar restoran juga ada beberapa deretan 'Action Stall' yang kelihatan seperti bazar ramadan. Gerai-gerai ni akan menyediakan makanan secara live supaya kita dapat menikmati hidangan yang panas dan enak. Antaranya ada murtabak, roti jala, onde-onde, ikan bakar, dan macam-macam lagi.

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Bila makanan dah sedap, mesti la kita nak makan dengan selesa kan. Ruang dalam Restoran Rebung ni memang menarik dengan hiasan dalaman dan luaran yang berkonsepkan dekorasi Khazanah Melayu Asli. Pelanggan juga turut dihiburkaan dengan persembahan Ghazal yang dipersembahkan khas oleh kumpulan Orkes Melayu Rojer untuk santapan halwa telinga.

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Bila tengok menu-menu yang sedap ni terliur dibuatnya. Tapi sis tau pasti ada yang tak dapat datang dan berbuka puasa kat sini kan. Mungkin faktor kerja atau tak ada geng nak pergi. Takpe, boleh je nak take away. Restoran Rebung menyediakan perkhidmatan 'PICK & PAY' di mana pelanggan boleh datang membuat pesanan, bayar dan bawa pulang untuk menikmatinya di rumah. Perkhidmatan 'PICK & PAY' ni bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Selain menjamu selera, kalau nak beli beberapa produk ekslusif dari Restoran Rebung Chef Ismail pun boleh juga. Di sini, terdapat beberapa produk keluaran Restoran Rebung sendiri seperti, Acar Buah resepi asli daripada Chef Ismail yang berharga RM20.00 sahaja untuk sebotol yang mengandungi berat bersih sebanyak 350gram. Selain itu, Restoran Rebung juga menjual dan menerima tempahan untuk beberapa produk Hari Raya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Ni sis kongsikan produk dan harganya jika ada yang ingin membuat tempahan produk Hari Raya dan tempahan ini perlulah beserta deposit terlebih dahulu sebanyak 50% :

JENIS PRODUK RAYA HARGA RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL

🍳 Rendang Daging 500g (Frozen) - RM40.00
🍳 Rendang Ayam 500g (Frozen) - RM40.00
🍳 Kuah Kacang 1KG (Frozen) - RM38.00
🍳 Sambal Daging 500g (Frozen) - RM35.00
🍳 Serunding Kelapa 1KG - RM38.00
🍳 Sambal Ikan Bilis 500g - RM30.00
🍳 Dodol 500g - RM28.00
🍳 Wajik 500g - RM28.00
🍳 Nasi Impit (Bantal) - RM10.00
🍳 Sate Ayam Set (Mentah) - RM1.50/PCS
🍳 Lemang - RM20.00
🍳 Ketupat Palas - RM1.50/PCS
🍳 Acar Buah 350g - RM20.00
🍳 Biskut Raya Premium Restoran Rebung (AlmondSuji,Cornflakes) - 3 Bekas Hanya RM100

Tarikh Tempahan Bermula sekarang sehingga 29 April 2022
Tarikh Mengambil Tempahan Siap: 30 April 2022-1 Mei 2022
(*Tempahan perlu diambil sendiri tempahan yang sudah siap di premis Restoran Rebung Chef lsmail yang bertempat di 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani
Perdana, 50480 Kuala Lumpur)
Untuk Membuat Tempahan 03-2276 3535/2525 (Telefon), 011-2790 6993 (WhatsapP)

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail


TARAWIH RAMADHAN ALMUBARAK

Dalam bulan Ramadhan, umat Islam seluruh dunia akan menunaikan solat tarawih dan menghidupkan rumah-rumah Allah dalam usaha mendapatkan gandaan pahala yang diberikan kepada mereka yang beriman. Tidak terkecuali juga di Restoran Rebung, di situ ada menyediakan surau untuk memudahkan pelanggan menunaikan solat tarawih. Solat tarawih ini juga akan diimamkan oleh seorang pekerja Restoran Rebung sendiri di surau lelaki pada setiap malam di sepanjang bulan Ramadhan ini.


RAMADHAN NORMA BAHARU

Walaupun telah diumumkan wabak covid-19 sebagai kategori Endemik tetapi sis faham mesti ramai yang masih tak yakin untuk dine-in. Di Restoran Rebung Chef Ismail tetap mematuhi SOP dengan menyediakan sarung tangan jenis pakai buang untuk mengambil makanan. Ini merupakan langkah berjaga-jaga untuk keselamatan kita semua di sepanjang masa. Selain itu, pemakaian mask muka tetap diwajibkan dan pelanggan perlu mengimbas aplikasi MySejahtera seperti biasa sebelum memasuki premis. Ini merupakan peraturan yang masih kekal seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail


SPECIAL MENU OF THE DAY

Ni antara promosi istimewa yang dibawakan oleh Restoran Rebung dimana sajian "SPECIAL MENU OF THE DAY" disediakan kepada semua pelanggan pada setiap hari khamis dan jumaat. Berbeza dari hari-hari lain, pelanggan akan menikmati menu istimewa ini pada hari pilihan setiap khamis dan jumaat sahaja. Menu hidangan istimewa ini akan diumumkan di Laman Facebook Rasmi Restoran Rebung Chef Ismail pada setiap malam sebelum hari tersebut.


SAMBUTAN HARI RAYA DI REBUNG

Hari raya merupakan hari kemenangan buat seluruh umat islam yang berjaya menjalani ibadah puasa dengan menahan lapar dan dahaga. Warga rebung juga akan bereuti selama seminggu untuk pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing. Setelah seminggu berhari raya, tiba masanya kita akan menyambung berhari raya di Restoran Rebung. Apabila Restoran Rebung mula beroperasi kembali, kebiasaannya Restoran Rebung akan menerima banyak tempahan untuk Majlis Hari Raya dan Majlis Rumah Terbuka. Restoran Rebung juga ada menyediakan perkhidmatan katering sekiranya pelanggan ingin mengadakan Rumah Terbuka di halaman rumah sendiri. Di musim perayaan, Restoran Rebung akan menyediakan beberapa hidangan berupa juadah hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang, Wajik, Lontong, aneka kuih raya dan sebagainya.


TEMPAHAN

Bermula hari ini, Restoran Rebung telah membuka tempahan berbuka puasa untuk Pakej Buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail, Buffet Ramadhan ini akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadhan, bermula dari 3 April 2022 sehingga 1 Mei 2022 bersamaan 1 Ramadhan 1443 Hijrah sehingga 29 Ramadhan 1443 Hijrah.

Buffet Ramadan 2022 : Selera Warisan Bonda Di Restoran Rebung Chef Ismail

Oh ya sangat digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke Restoran Rebung. Selain Pakej Buffet Ramadhan, Restoran Rebung juga menyediakan pelbagai tempahan untuk kepelbagaian Majlis keramaian lain seperti, Majlis Pertunangan, Majlis Perkahwinan, Majlis Perpisahan, Majlis Hari Jadi dan sebagainya. Berikut merupakan sedikit maklumat sekiranya Tuan/Puan ingin membuat tempahan untuk sebarang Majlis di Restoran Rebung. Jika untuk khidmat Katering. Tuan/Puan boleh menghubungi salah seorang wakil kami di nombor yang tertera seperti di bawah :

Alamat Restoran Rebung Chef Ismail :
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana,
50480 Alamat Kuala Lumpur

Nombor Telefon Restoran : +603-2276 3535/+603-2276 2525
Khidmat Katering : Muhd Hafis (+017-778 7895) / Nurul Jannah Jaapar (+6011-33201245)
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com



Post a Comment

0 Comments