Pelbagai Juadah Enak Menggunakan Kentang A.S Sempena World Nutrition Day

Pelbagai Juadah Enak Menggunakan Kentang A.S Sempena World Nutrition Day | Assalamualaikum semua.. Ha, tahu tak korang bahawa tanggal 28hb Mei merupakan World Nutrition Day (Hari Pemakanan Sedunia) So, sempena sambutan ini, Potatoes USA telah mengadakan satu sambutan bagi meraikan World Nutrition Day bersama dengan 20 orang rakan-rakan blogger sis dengan menyediakan pelbagai sajian yang lazat dan menyelerakan menggunakan kentang A.S. sebagai ramuan utama di TCH Foodworks Culinary Workspace, di Petaling Jaya, baru-baru ini.


Seperti mana yang kita tahu kentang A.S ni memang berkhasiat dan sangat bagus untuk pemakanan kita. Rasanya sesiapa yang selalu baca blog sis pasti tahu yang sis selalu kongsikan mengenai khasiat kentang A.S ni. Sejak dah tau mengena kelebihan kentang A.S ni memang sis akan pastikan stok kentang A.S sentiasa ada di rumah. Bukan kentang segar je tau, kentang sejuk beku pun sis guna yang diperbuat dari kentang A.S. Senang nak guna bila nak masak, tak kisah la apa-apa hidangan pun. Memang lebih sedap malah kentang A.S kaya dengan nutrien dan mengandungi lebih banyak tenaga berbanding mana-mana sayur-sayuran popular lain.



Sharing Session Oleh Pakar Diet Mengenai Kentang A.S


Semasa event, Ms. Indra Balaratnam seorang pakar runding diet yang tak asing lagi turut berkongsikan mengenai khasiat kentang A.S. Menurut beliau sebiji kentang A.S saiz sederhana menyediakan kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam, dan tidak mengandungi kolesterol, garam mahupun lemak. Kentang A.S merupakan sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien, menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga.


Sebiji kentang A.S. sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak, dan protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot. Di samping itu, Kentang A.S. kaya dengan Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting menyokong sistem imun badan.

Seorang lagi pakar diet sukan iaitu Cik Tania Lee turut berkongsi petua tentang manfaat Kentang A.S. bagi mereka yang menjalani kehidupan aktif dan cergas. “Kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan menyokong prestasi sukan. Karbohidrat ialah pembekal tenaga penting bagi otot semasa bersenam dan juga proses pemulihan selepas sesi bersenam, justeru membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum.


“Kentang mengandungi 3 gram protein setiap hidangan yang merupakan sumber khasiat bagi tumbesaran dan juga komponen penting bagi perkembangan otot, ligamen, dan sendi. Kalium ialah mineral yang merupakan elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik. Sebiji Kentang A.S membekalkan15% daripada keperluan kalium harian anda, dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang saiz sederhana,” jelas Tania.


Cooking Demo By Pakar Diet Indra Balaratnam

Selepas sessi sharing, kami semua rasa bertuah kerana pakar diet Indra Balaratnam turut sudi berkongsikan 2 resipi istimewa menggunakan kentang A.S iaitu Mufin Kentang Russet A.S., Kroket Feta & Parsli Kentang A.S., Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S. dan Kentang A.S. Bakar ala TexMex. Indra menerangkan bahawa sajian-sajian ini mudah disediakan dan popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kelazatan rasa yang menambat selera dan sememangnya sesuai untuk disajikan dalam majlis keluarga dan juga sebagai sajian segera.

Mufin Kentang Russet A.S

Kentang A.S. Bakar ala TexMex

Kroket Feta & Parsli Kentang A.S

Kerabu Epal Hijau Kentang Russet A.S

Untuk pembaca sis, nah sis kongsikan salah satu resipi tersebut iaitu :

U.S. RUSSET POTATO MUFFINS
Description of the recipe: Vegetarian, Gluten-free
Recipe by: Indra Balaratnam, Consultant Dietitian
Prep Time: 20 minutes
Cook Time: 30 minutes
Ready Time: 50 minutes
Potato Type: US Russet
Serves: Makes 12 muffins
Prep Method: Boiling, Baking
Course: Snack, Appetizer

Ingredients
3 medium-sized US Russet Potatoes – skinned, boiled and mashed
1 egg – lightly beaten
½ cup very finely grated carrot
1/4 cup finely chopped spring onion
½ teaspoon garlic powder
½ cup (50 grams) shredded cheddar cheese
Salt & crushed black pepper to taste

Preparation
Preheat the oven to 180ºC. Very lightly brush the non-stick muffin pans with some olive oil
Cut the peeled US Russet potato into small cubes and boil in water for a few minutes till they are tender when pierced with a fork. Drain the potatoes and mash it up
Add in the beaten egg, finely grated carrot, spring onion, garlic powder and cheddar cheese. Mix well and season it with salt and black pepper to taste
Bake the muffins for 30 minutes until golden brown and crisp around the edges.
Remove the pan from the oven and allow to cool for 10 minutes before gently taking it out of the muffin pan.

Notes
These muffins can be kept in the freezer. To reheat, just put them into the microwave for 40 seconds.

Nutrition
Nutrition Information (per muffin):
Calories: 69
Protein: 3g
Fat: 2g (26% fat from total calories)
Carbohydrates: 10g
Fiber: 1g
Sodium: 55mg



Pertandingan Memasak Kentang A.S

Dah selesai sesi cooking demo maka tiba lah masanya untuk kami pula menunjukkan skill memasak masing-masing. Ya, kami seramai 20 orang blogger akan bertarung dalam pertandingan memasak kentang A.S. Untuk pertandingan kali satu team terdiri dari 2 orang blogger. Ini bermakna ada 10 team semuanya dan semestinya ada 10 hidangan enak akan dipertaruhkan menggunakan kentang A.S. Team sis adalah No 5 dan partner sis pula blogger Bella Jamal.


Berikut senarai 10 team bersama dengan menu masing-masing :

1. Racheal + KitKat Nel = Gut-Friendly Miso U.S. Potato Salad
2. Miera Nadhirah + Faiz Rahim = Loaded Mashed US Potato
3. Rane + jessie = Local meet Western - Kerabu US Potato
4. Ivy + Charmaine = US Potatoes Golden Ball
5. Dikbee + Bella = U.S. Potatoes Prosperity Wrap
6. Kelly + Wilson = U.S. Potatoes Satay
7. Wuikathy + Christy = U.S. Potato Poke Bowl
8. Min + Reef = Rendang Hijau US Potato
9. Sally + Amir = U.S Stuffed Baked Potatoes
10. MoKA + Mawardi = Potato Waffle with Potato Smoothie


Masa yang diberi adalah 45 minit, apa lagi masing-masing pun bersilat la dengan pelbagai gaya dan ragam untuk menyiapkan hidangan masing-masing. Tak kurang juga dengan team sis dan Bella. Walaupun resipi yang kami pilih agak simple tapi penyediaan agak renyah sebab semua bahan perlu dipotong dadu. Nasib baik skill Bella memotong laju. chopp chopp chopp siappp.. lepas tu tinggal nak tumis je. Siappp...


Lepas dah hantar hidangan kami untuk penjurian, sempat lagi sis jeling-jeling menu team yang lain. Wah, meriah ye menu-menu mereka. Siap ada yang hias dengan pelbagai cara untuk menarik perhatian juri. Serius sis kagum dengan usaha dan kreativiti mereka. Kriteria pemarkahan terdiri dari :

1. Overall Taste and flavour
2. Nutrition balance ( eg the nutricious components uses in your dish , how u make it heathily eg fried, baked or steam etc )
3. Presentation
4. Creativity


Setelah dinilai, pemenang bagi pertandingan memasak Kentang A.S anjuran Potatoes USA sempena World Nutrition Day adalah :

Juara : MoKA + Mawardi = Potato Waffle with Potato Smoothie
Naib Juara : Kelly + Wilson = U.S. Potatoes Satay
Tempat ke-3 : Wuikathy + Christy = U.S. Potato Poke Bowl


Tahniah buat semua pemenang. Yes, mereka memang deserve untuk menang. Walaupun sis tak menang tapi sis tetap enjoy dan yang penting sis dah tahu bahawa kentang A.S boleh disediakan dalam pelbagai jenis hidangan yang sedap dan berkhasiat.


Ha, apa kata korang pun share la juga hidangan favorite korang menggunakan kentang dan apa kata korang cuba gunakan kentang A.S. Mesti korang akan suka dan jatuh cinta dengan kentang A.S ni. Tak percaya?? cuba laa.. adioss





Post a Comment

0 Comments