Jungle House Lancar Outlet Ke-9 Dengan Konsep Kafe

Jungle House Lancar Outlet Ke-9 Dengan Konsep Kafe | Assalamualaikum semua... Madu, ada yang manis dan ada yang pahit. Eh, ni bukan cerita madu dalam perkahwinan tu tau. Ni cerita pasal madu dari lebah tu. Ye, sis pun baru tau rupanya memang wujud madu pahit ye. Kalau tak percaya, korang boleh datang ke outlet Jungle House yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar. Bukan setakat madu je, makanan berasaskan madu pun ada dijual di sini.


Dengan tagline “All Things Honey” (Segalanya Mengenai Madu), Jungle House telah melancarkan pembukaan outlet mereka yang ke-9 tetapi outlet kali ni lain kerana berkonsep kafe dan merupakan first honey lifestyle store di Malaysia. Tujuan mereka memperkenalkan kafe sebagai gedung madu adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk menghargai madu dan membudayakan amalan menikmati madu dalam kalangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kesihatan. Yes, madu mempunyai banyak khasiat tau terutama untuk kesihatan.


Sis dah pergi ke outlet mereka sempena KOL Special Event. Memang best tau sebab bukan sahaja dapat beli pelbagai jenis madu malah kafe ini turut menyajikan pelbagai makanan dan minuman berinspirasi madu termasuk Oat Sarapan Madu, Kek Madu Rusia, pelbagai jenis Croffles (gabungan croissant dan wafel), kopi madu, teh dan jus, semuanya digandingkan dengan jenis dan perisa madu yang khusus. Dari segi environment pula memang best lepak kat sini. Dekorasi cantik dan banyak port nak OOTD. Nak lepak sambil minum-minum pun boleh, sangat-sangat selesa dan menenangkan.





Semasa majlis ini berlangsung, pengasas dan pemilik bersama Jungle House, Encik Paul Poh dan Cik Ashley Lam mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan hidangan terbaharu dalam menu, iaitu “Honey-misu” – sejenis manisan yang sihat tetapi tidak kurang lazatnya, selain madu-madu terkenalnya – Royal Black & Royal White dan Signature Honey Variety.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Poh, Jungle House berhasrat untuk membawakan madu mentah asli dari sarang lebah terus ke rumah, dengan kerjasama komuniti orang asli terutamanya dari hutan belantara Indonesia dan juga Thailand dan Malaysia. Jungle House sentiasa berusaha menaik taraf dan menjamin kelestarian industri lebah, melindungi dunia dengan mengajar kaedah penjagaan lebah yang betul untuk menyelamatkan ekosistem dengan melindungi populasi lebah.


Selain dari menikmati pelbagai hidangan enak berasaskan madu, pelanggan juga boleh membeli pelbagai jenis madu di sini. Jungle House mempunyai lebih daripada 10 jenis madu asli, monofloral, mentah, tulen, tanpa sebarang perisa tiruan termasuk Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi), Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle’s Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) & Fruit Boss (nektar bunga durian). Ha, madu yang sis cakap pahit tu yang Royal Black la. Make sure korang try tau..



“Kami menawarkan produk madu biasa dan juga madu hutan liar premium kepekatan tinggi seperti Royal Black dan Royal White yang sangat jarang ditemui dan mengandungi khasiat perubatan tinggi yang memberikan manfaat kesihatan. Sesungguhnya setiap titisan madu amat berharga dan jarang ditemui kerana bekalan rendah daripada hutan liar dan tidak diperolehi dari ladang. Oleh yang demikian, kita perlu memulihara koloni madu supaya ekosistem dan juga perniagaan adalah lestari,”
~ Paul Poh, Ketua Pegawai Eksekutif ~

Encik Paul Poh dan Cik Ashley Lam turut berkongsi pengalaman bagaimana mereka mula tertarik dengan madu sehingga tercetusnya Jungle House. Semuanya bermula dengan pengembaraan menyusuri hutan tebal di Garut di Jawa Barat, Indonesia beberapa tahun lepas telah mencetus minat Paul dan Ashley terhadap madu apabila mereka terserempak dengan sekumpulan pemburu lebah asli yang memberi peluang kepada mereka mencuba madu hutan segar. Madu yang tulen, organik, mentah, tidak tercemar itu mempunyai perisa bunga yang dikunjungi lebah madu untuk nektar dan debunga, dan berbeza daripada madu yang pernah dirasai sebelum ini.


Ketika itu Paul baru berjinak-jinak dengan perniagaan madu, manakala Ashley sudah menceburi perniagaan runcit madu sejak 2007. Pada 2014 beliau menemui Paul yang terlibat dalam bidang kejuruteraan. Maka bermulalah kisah cinta yang bukan sahaja menyaksikan kedua-duanya mengikat tali kasih sayang, tetapi turut melahirkan sebuah perniagaan perkongsian bernama Jungle House pada 2018.


Di majlis tersebut pakar runding diet, Cik Indra Balaratnam berkongsi khasiat dan manfaat madu yang memang terkenal sebagai salah satu makanan unggul yang membantu meningkatkan keimunan badan. “Madu mempunyai pelbagai khasiat, serta kaya dengan mineral dan vitamin, antioksidan dan enzim yang membantu meningkatkan keimunan dan melindungi badan kita. Selain itu, madu mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antimikrob, yang baik untuk badan dan membantu meringankan gejala batuk dan sakit tekak, menjadikannya amat berguna untuk menentang gejala Coivd,” kata Indra.


Indra juga menunjukkan dua resipi, iaitu Salad Ayam Quinoa Dengan Vinaigrette Balsam Royal Black Jungle House dan Oat Semalaman Jungle House. Beliau berkata madu sebagai ramuan yang serba guna boleh diadun ke dalam pelbagai resipi untuk menambah rasa atau digunakan sebagai bahan utama. Madu ialah ramuan sesuai untuk menyerlahkan kreativiti kulinari, cita rasa dan kesihatan,” ujar Indra.


Alang-alang dah share pasal Jungle House ni, sis nak kongsikan sikit testimoni masa sis kena Covid-19 bulan 3 lepas. Setiap hari sis akan bancuh air Honey Lemon + cengkih dan madu yang sis gunakan adalah dari Jungle House. Memang melegakan tekak dan Alhamdulillah sis takde simptom yang teruk pun masa tu. Bukan la sis nak cakap madu Jungle House ni yang menyembuhkan tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu melegakan tekak kerana madu Jungle House ni memang madu asli tanpa sebarang perisa tiruan atau bahan pengawet.




So, kalau orang nak mencari madu asli meh la beli dengan Jungle House dan kalau nak lepak-lepak sila la ajak sis ke Jungle House Bangsar Cafe sebab sis nak repeat makan Croffles dia yang sedap tu. Selain tu kalau korang nak cari hadiah untuk kesayangan, apa kata korang hadiahkan madu sebab Jungle House pun ada jual set hadiah yang dah siap direka dengan box serta turut ada produk penjagaan peribadi seperti sabun madu, pelitup muka dan juga cenderahati lain.


Untuk maklumat lanjut tentang Jungle House atau memesan produk madu di dalam talian, sila layari laman web: www.junglehouse.com.my dan FB & IG : https://www.facebook.com/JungleHouseMY/ & www.instagram.com/junglehousemy/ atau hubungi +6012 203 0317.



Post a Comment

0 Comments