Sepohon by 10 Gram : Tempat Makan Romantik Dan Paling Hijau Di Cyberjaya

Sepohon by 10 Gram : Tempat Makan Romantik Dan Paling Hijau Di Cyberjaya | Assalamualaikum semua.. Kalau tanya nak makan kat mana mesti lambat je nak jawab. Bukan apa, time tu kepala duk ligat pikir kat mana tempat best nak makan. Sis rasa korang pun mesti macam tu jugak kan. Tapi baru-baru ni sis ada pergi ke satu restoran yang menarik di Tamarind Square iaitu Sepohon by 10 Gram.


Baru dibuka pada 5 Jun 2022 lalu, restoran Sepohon menampilkan dekorasi yang cantik dan membuatkan sesiapa sahaja yang memandang mengatakan ‘Wow’ terus terpesona, terutama sekali pada sebelah malam. Bagi sis inilah tempat makan romantik dan paling hijau di Cyberjaya.


Nak tahu tak kenapa sis kata Restoran Sepohon ni paling hijau di Cyberjaya?? Ha, sebab sesiapa yang biasa datang ke Tamarind Square mesti tahu tempat ni penuh dengan pokok-pokok yang menghijau. Namun bila melangkah je ke dalam restoran ni ada banyak pokok-pokok tau. Tapi pelik pula kenapa namanya Sepohon sedangkan ada banyak pokok kot. hehe, itulah tarikan di Sepohon. Pokok-pokok di sini bukan sekadar hiasan tetapi turut dijual ye. Peminat pokok boleh la makan-makan sambil belek-belek pokok, kot-kot ada yang berkenan. Harga pokok yang dijual serendah RM10 sahaja.



Bagi pasangan yang mencari tempat makan romantik, kat sini lah tempat paling sesuai untuk membawa pasangan masing-masing kerana keanggunan restoran Sepohon ini yang melahirkan suasana cukup romantik. Panorama malam dengan berlatar-belakangkan bangunan pencakar langit dan pancaran cahaya lilin di segenap ruang di restoran ini akan membuatkan masa bersama pasangan kekasih untuk menjamu selera menjadi lebih bermakna. Kalau ada peluang, datanglah awal sikit sekitar jam 6 petang. Mata pasti terpesona dengan keindahan matahari terbenam yang boleh di lihat di bahagian atas restoran ini. Serius memang cantik dan romantik tau.


Sepohon yang diinspirasikan daripada kewujudan tumbuhan menghijau yang memenuhi restoran ini adalah cawangan terbaru di bawah lembayung beberapa restoran lain iaitu, 10 Gram, 10 Gram Bakers & Steak dan Kojo. Ramai juga kawan-kawan sis pernah datang dan makan di 10 Gram. So lepas ni Sepohon menjadi satu lagi tarikan kegemaran anak muda masa kini di Tamarind Square.




Dari segi menu pula restoran Sepohon mengetengahkan citarasa daging panggang (grill) dan BBQ. Apa yang menariknya daging stik dibakar perlahan menggunakan kayu pokok rambutan dan manggis selama 12 jam, malahan juga atas permintaan ramai terhadap citarasa barat di sekitar Cyberjaya. Jangan khuatir, semua hidangan di Sepohon di jamin Halal kerana mereka memiliki sijil halal dari JAKIM. Hasil masakan pula daripada chef muda berbakat besar, Aminuddin Bin Izhar, 23 bersama pembantunya di dapur membuatkan sis teringat-ingat keenakan dagingnya yang lembut, juicy dan penuh dengan rasa. Oh ya, menu yang sis dah cuba adalah :

BBQ Fiesta (Wood Fire BBQ Smoker)
BBQ Fiesta (Wood Fire BBQ Smoker)

Triple M&M
Triple M&M

Melon Bun
Melon Bun



Chocolate Popcorn, Golden Summer, Driving Me Nut
Chocolate Popcorn, Golden Summer, Driving Me Nut

Masa ni sis pergi 3 orang jadi portion yang disediakan memang terlebih cukup untuk kami bertiga. Memang puas hati makan dan berbaloi sis drive datang dari Subang ke sini. So, kalau korang teringin nak makan daging lembu atau kambing mahupun ayam dibakar menggunakan kayu api ataupun Stone-grilled boleh la mencuba menu di Sepohon. Ada banyak pilihan menu yang membuatkan korang akan terkesima dengan senarai menu makanan dan minuman yang semestinya memenuhi citarasa masa kini dengan harga bermula RM5. Selain tu ada beraneka pilihan minuman viral dan pencuci mulut unik turut tersedia di sini yang boleh dinikmati sebelum dan selepas hidangan utama disediakan.

Bahagian Roof Top
Bahagian Roof Top


Oh ya, di bahagian atas restoran ni ada juga ruang untuk mengadakan private event dengan keluasan 500 meter persegi, berkonsepkan ruang terbuka dan mampu memuatkan 100 tetamu dalam satu-satu masa. Sepohon juga turut menyediakan pakej ulang tahun kelahiran dan perkahwinan dengan menyediakan dekorasi istimewa seperti hiasan belon, ucapan dan kek idaman hati. So apa tunggu lagi. Meh la bawa keluarga, kawan-kawan mahupun kesayangan hati ke sini. Gerenti puas hati.


Sepohon dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari – 10 malam.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi
010-2135835 (En Edd) atau layari www.10gramgourmet.com



Post a Comment

0 Comments