Sambutan Ulang Tahun Pertama Pembukaan Meat Cartel TTDI

Sambutan Ulang Tahun Pertama Pembukaan Meat Cartel TTDI | Assalamualaikum semua.. Sis selalu nampak orang share pasal restoran Meat Cartel ni dan memang teringin nak pergi. Akhirnya impian sis tercapai bila mendapat jemputan untuk Majlis Ulang Tahun Pertama Pembukaan outlet mereka di TTDI. So apa tunggu lagi, terus la sis onzz. Nak juga rasa keenakan hidangan isitmewa mereka yang famous tu.


Sebelum tu sis nak kongsikan serba sedikit mengenai Meat Cartel. Untuk pengetahuan korang restoran Meat Cartel di bawah pengurusan Meat Cartel Holding Sdn Bhd telah berada dalam industri Food & Beverage sejak tahun 2017. Dulu Meat Cartel BBQ hanya bermula dengan perniagaan dari rumah sahaja dengan matlamat untuk memperkenalkan Authentic Texas style smoked barbeque kepada masyarakat di Malaysia.


Ha korang tahu tak untuk hasilkan Authentic Texas style smoked barbeque perlu menggunakan kaedah bakar secara perlahan menggunakan kayu.. Lepas tu potongan bahagian daging utama pula adalah daging lembu, rusuk pendek daging lembu dan bahagian bahu kambing. Potongan daging ini diasap pada suhu rendah dalam tempoh lama, biasanya sekitar 12 hingga 14 jam. Kaedah ini menghasilkan daging yang lembut dan berperisa serta di bahagian luar keliling daging kelihatan kemerahan. Dia punya rasa jangan cerita la.. memang sedap tau.


Setakat ini Meat Cartel Holding telah mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia iaitu di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh, Putrajaya dan tidak lama lagi di Utara & Timur Wilayah. Untuk majlis hari ini adalah untuk meraikan hari ulang tahun pertama pembukaan outlet di TTDI. Terima kasih kepada Encik Rozhan Bin Rahmat yang sudi menjemput sis bersama kawan-kawan blogger.. Actually outlet TTDI ni dibuka pada November 2020. Uish, time PKP tu. Time ni kebanyakan perniagaan struggle nak hidup tapi salute pada En Rozhan kerana berjaya membuka outlet Meat Cartel TTDI. Beliau menyahut cabaran dan bergabung dengan Meat Cartel.


Sebenarnya En Rozhan bukan la dari bidang F&B. Beliau sebelum ni berkecimpung dalam industri automotif tetapi kini terlibat dalam pelbagai jenis usaha niaga keusahawanan. Tapi disebabkan beliau seorang penggemar makanan dan berminat untuk menceburi bidang F&B maka beliau nekad untuk membuka Meat Cartel. Walaupun proses menghasilkan daging ni sangat panjang dan memerlukan kesabaran tetapi beliau tak kisah. Yang penting minat dan beliau ingin memperkenalkan style masakan daging Meat Cartel kepada rakyat Malaysia.



Dari segi menu, Meat Cartel outlet telah memperkenalkan promosi makan tengah hari yang menakjubkan setiap hari. Terdapat pilihan antara pasta, wraps dan salad. Terdapat juga pilihan hidangan untuk anak-anak yang pasti memikat selera. Yes, Meat Cartel memang selesa kalau nak bawa keluarga dan kawan-kawan datang makan di sini. Kalau nak celebrate apa-apa pun best sebab di sini juga ada menyediakan ruang untuk acara seperti perjumpaan keluarga, sambutan korporat, parti dan apa-apa lagi.


Dari segi lokasi pun sangat strategik dan mudah untuk dicari. Korang just perlu waze je "Meat Cartel TTDI Taman Tun" mesti akan jumpa. So warga sekitar Bandar Utama Damansara, Damansara Utama, Mutiara Damansara dan juga Petaling Jaya boleh la datang ke Meat Cartel TTDI dan merasai keenakan daging Authentic Texas style smoked barbeque. Kalau nak delivery pun boleh melalui meatcartelbbq.com/delivery-and-reservations. Untuk info lanjut boleh rujuk : https://meatcartelbbq.com

Alamat:
No.127, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Sekali lagi sis nak wish "Happy First Anniversary Meat Cartel TTDI"

Post a Comment

0 Comments