Tahniah Atas Kerjasama Eksklusif Antara SUKE TV dan iQIYI

Tahniah Atas Kerjasama Eksklusif Antara SUKE TV dan iQIYI | Assalamualaikum semua.. Pernah dengar mengenai SUKE TV?? Rasanya mesti korang dah tau kan. Kalau belum tau, SUKE TV adalah sebuah rangkaian siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh Dato AC Mizal. SUKE TV ni boleh ditonton melalui Siaran Digital myfreeview saluran 116. Walaupun masih baru tapi apa yang menarik mengenai SUKE TV adalah rancangan yang ditayangkan merupakan rancangan yang dekat di hati masyarakat. Sis ada juga tengok beberapa rancangan di SUKE TV. Memang best dan kelakar tau.


Kini sekali lagi SUKE TV mengorak langkah ke tahap lebih tinggi apabila menjalinkan kerjasama dengan iQIYI, sebuah penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif dalam talian, untuk menyiarkan kandungan SUKE TV secara eksklusif di platform iQIYI. Melalui kolaborasi ini, program-program SUKE TV akan disiarkan di platform iQIYI untuk penonton di Malaysia dan Singapura. So nanti kalau korang buka iQIYI akan ada satu tab khusus untuk SUKE TV.


Satu sidang media dan majlis menandatangani perjanjian telah diadakan dan disempurnakan oleh Dato' AC Mizal (Pengerusi SUKE TV), Dinesh Ratnam (Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei), Datin Emylia Rosnaida (Pengarah SUKE TV), selebriti-selebriti tempatan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli media. Wah, tahniah SUKE TV dan iQIYI. Sis pun bertuah juga kerana menjadi salah seorang saksi kepada majlis yang gemilang ni.


Ha, kalau korang nak tau sis pun pengguna iQIYI juga. So, lepas ni boleh la sis tonton rancangan SUKE TV di iQIYI. Almaklum la, sis takde myfreeview. Jangan risau, penstriman ini tersedia secara percuma dan eksklusif untuk pengguna iQIYI ye. Antara kandungan terbitan SUKE TV yang boleh distrim di platform iQIYI termasuk rancangan drama bersiri Polkadot, Berita Latah, Tanya Je, Tomey Tomey, DAC PM YOU, DurianKimchi, Makan Tepi Lori, Pin Pin Sapa Tu?, Listen Up, dan Odah Billionaire.


Oh ya, semestinya ramai nak tahu kan kenapa SUKE TV memilih iQIYI untuk jalinan kerjasama ni. Dato' AC Mizal ada berkongsi mengenai perkara ini. Rupanya iQIYI ialah aplikasi penstriman video #1 paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun 2021 dengan lebih 10 juta muat turun. Ia juga merupakan perkhidmatan penstriman yang paling pesat berkembang di negara ini dengan pertumbuhan asas pengguna sebanyak 15 kali ganda dalam tempoh dua tahun. Platform ini menyediakan pelbagai siri drama premium, filem, rancangan variasi dan anime dengan bahasa tempatan dan juga sari kata kepada penonton merentasi 191 negara. Melalui perjanjian ini juga akan membantu SUKE TV untuk terus mengukuhkan kedudukannya di Singapura, dengan menjangkau capaian penonton yang lebih luas dan ini sekaligus akan memperkembangkan popularitinya merentasi sempadan.

“SUKE TV sangat berbangga dengan perkongsian ini dan juga dengan prospek perkembangan di luar Malaysia melalui perjanjian ini. Kerjasama ini telah terjalin pada masa yang tepat, dengan pertumbuhan perkhidmatan penyiaran selepas pandemik yang menghasilkan kepelbagaian kandungan merentas pelbagai genre. Saya yakin melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menggunakan teknologi dan kepakaran mereka untuk menghasilkan kandungan yang relevan dan lebih menarik untuk penonton. Ini adalah permulaan era baharu untuk SUKE TV, dan kami berharap untuk terus membangun dan mempelbagaikan tawaran kandungan kami dengan iQIYI,” kata Dato' AC Mizal, pengerusi SUKE TV.

“Perkongsian eksklusif dengan SUKE TV ini mengukuhkan lagi matlamat bersama kedua-dua pihak untuk menyediakan kandungan tempatan yang berkualiti tinggi serta mempamerkan hiburan Malaysia terbaik kepada penontonnya. iQIYI sangat teruja untuk bekerjasama dengan SUKE TV, dan kami nantikan kandungan terkini dan menarik yang akan dibawa melalui jalinan ini ke platform iQIYI,” kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei.


Tahniah sis ucapkan kepada SUKE TV dan iQIYI atas jalinan kerjasama kedua-dua pihak. Bukan senang tau nak kolaborasi dengan platform tahap antarabangsa ni. Semoga dengan adanya kolaborasi sebegini, pelbagai rancangan tempatan akan mendapat sambutan penonton antarabangsa. Oh ya, korang dah boleh layari SUKE TV di iQIYI sekarang tau. So, kalau belum install tu boleh download aplikasi iQIYI ye. So, selamat menonton.



Post a Comment

0 Comments