Majlis KUCATÉ Grand Launching Di Magika Hall Quill City Mall Kuala Lumpur

Majlis KUCATÉ Grand Launching Di Magika Hall Quill City Mall Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua... Sebelum ni sis pernah dengar mengenai produk KUCATÉ ni tapi jujur sis cakap sis tak tahu pun siapa pengasas produk ni. Kiranya sis kenal barang dulu dari tuannya la. Rupa-rupanya pengasas produk KUCATÉ ni adalah YBhg. Datin Noor Kartini Noor Mohamed a.k.a Mama kepada artis terkenal Neelofa. Wahhh, memang kagum la dengan keluarga ni. Memang bagus dalam bidang perniagaan.


Sis rasa bertuah sangat bila berpeluang untuk menghadiri Majlis KUCATÉ Grand Launching Di Magika Hall Quill City Mall Kuala Lumpur pada 17 Julai 2022 yang lalu. Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh YBhg. Datin Noor Kartini Noor Mohamed selaku pengasas produk jenama KUCATÉ yang dihadiri seramai 200 orang Busines Partner KUCATÉ dari Malaysia, Singapura & Brunei. Turut hadir memeriahkan majlis adalah ahli keluarga Datin, Puan Noor Nabila, Puan Nur Athisha dan suami, Cik Nur Athirah, rakan strategik KUCATÉ Tuan Rafie Hj Ramli & Puan Felinna Fattah, rakan-rakan bisnes dan tidak dilupakan rakan-rakan media. Memang meriah tau.


Untuk pengetahuan korang, produk KUCATÉ ni berada di pasaran pada bulan November 2021. Kiranya tak sampai setahun pun lagi tapi pencapaian KUCATÉ sepanjang November 2021 hingga Jun 2022 melibatkan jualan sebanyak RM10,597,751.00. Ini bermakna Jumlah produk KUCATÉ yang terjual ialah sebanyak 173,954 unit dan jumlah komisyen dibayar yang telah memberi manfaat kepada Business Partner KUCATÉ adalah sebanyak RM2,587,361.67. Selain itu juga, jumlah Reseller KUCATÉ telah mencecah seramai 57,453 orang setakat ini. Wowwww, hebat kan.


Dalam majlis ni juga turut memberi penghargaan kepada rakan-rakan bisnes yang telah mendapat jualan tertinggi. Antara penghargaan yang diberikan adalah Top Personal Sales, Top Group Sales dan Top Earner. Selain itu ada juga cabutan bertuah tau. Selain dari meraikan rakan-rakan bisnes yang berjaya, majlis yang gemilang ini juga turut menyaksikan sambutan Hari Lahir YBhg. Datin Noor Kartini Noor Mohamed atau Mama. Semoga Mama diberi kesihatan yang baik dan terus maju bersama keluarga KUCATÉ.





Ha, korang tahu tak apa makna KUCATÉ ?? Actually sis pun tertanya-tanya juga. Tapi semasa sessi soal jawab, YBhg. Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkongsi sedikit info mengenai KUCATÉ. Rupanya KUCATÉ adalah sebutan dalam loghat Kelantan iaitu KOO-CHA-TAY yang memberi maksud KACAU TEH. Sejenis teh herba berbentuk kiub yang diperbuat daripada sumber madu dari pelbagai jenis bunga yang tumbuh secara semulajadi. Digabungkan dengan pelbagai pilihan bunga kering untuk memberi kebaikan yang optimum dan menghasilkan pengalaman yang unik dan menarik untuk setiap deria pengguna. Terdapat 4 varian di dalam pasaran iaitu Superwoman (formulasi 7 jenis herba), Stress Free (osmanthus & longan), Happy Tummy (krisantimum & halia) & Beau-Tea (krisantimum & mawar).


Bersempena dengan pelancaran rasmi ini juga, KUCATÉ melancarkan KEMPEN BELI & MENANG yang berlangsung dari 17 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2022. Setiap pembelian pakej TRIO COMBO yang mengandungi Stress Free, Happy Tummy & Beau-Tea bernilai RM197/SGD70/BND70, pembeli berpeluang memenangi hadiah yang menarik antaranya adalah Pakej Umrah untuk 6 pemenang, Wang Tunai berjumlah sehingga RM18,000 dan hamper produk KUCATÉ bernilai lebih RM200. Wa, menariknya hadiah dia. Kena join ni.


Oh ya, kalau ada yang nak menjadi ahli keluarga KUCATÉ dan ingin menjana pendapatan sampingan mahupun secara tetap boleh la join KUCATÉ. Platform ini sentiasa membuka peluang kepada orang awam untuk mula menceburkan diri dalam perniagaan dengan sokongan dan bimbingan secara komprehensif yang akan disediakan oleh pihak KUCATÉ.

Untuk info lanjut boleh rujuk di :



Post a Comment

0 Comments