Rancangan Realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 Mulai 8 Julai 2022

Rancangan Realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 Mulai 8 Julai 2022 | Assalamualaikum semua.. Ingat lagi tak rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® musim pertama dimana Nur Hidayah Jeffri telah dinobatkan sebagai Juara. Kali ni Resipi Berani MAGGI® kembali untuk musim ke-2 bermula 8 Julai 2022. Eh, hari ni la kan. Korang tengok tak?? Sis sempat tengok tadi.. hehe. Ahaa, semalam pun sis berkesempatan juga untuk menghadiri majlis preview bagi rancangan ini.


Untuk pengetahuan semua, rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® musim ke-2 akan ditayangkan sebanyak 6 episod yang menjanjikan lebih banyak kejutan menarik serta memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran dan kriteria yang ditetapkan. Ini termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak. Antara cabaran utama yang dilalui peserta termasuk penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik! Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial.


Resipi Berani MAGGI® merupakan kemuncak Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar dari zon selesa dan merealisasikan semangat 'Tak Kenal, Tak Cinta'. Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI® dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang Dertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak.

Daripada sejumlah 2,000 orang wanita yang menyertai siri bengkel peningkatan kemahiran pada tahun 2021, seramai 12 wanita telah dipilih untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara. 12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah iaitu :

1) Anastasia Maigi (Sabah)
2) Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya)
3) Mellony Anak Stephen (Sarawak)
4) Nazrina binti Zamani (Selangor)
5) Noraslinda binti Rusli (Selangor)
6) Norli binti Mohd Azmi (Selangor)
7) Kentila A/P Veerayah (Selangor)
8) Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah)
9) Nurul Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka)
10) Nurul Hajar Ismail (Johor)
11) Rozana Sari binti Roslan (Pahang)
12) Suzaimi binti Zahari (Terengganu)


Ha, setiap pertandingan mestilah ada hadiah kan. Nak tahu tak apa hadiah yang bakal dimenangi oleh Juara?? Jeng jeng jeng.. Juara akan menerima modal benih sebanyak RM8,000 tau. Selain itu, juara Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 juga akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne ldris, memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga pula masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.

Ok, peserta kita dah tahu. Next kita reveal pula siapakah Mentor musim kali ini. Nampaknya rancangan realiti ini membawa kembali tiga orang Mentor MAGGI® yang terkenal iaitu :
✔ Datin Paduka Eina Azman - Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa
✔ Sheila Rusly - Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place
✔ Anne Idris - Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum's Bakery


Ketiga-tiga mereka ini akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Selain itu, untuk musim ke-2, siri ini akan menampilkan empat orang juri jemputan juga iaitu Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian. Hos bagi rancangan ini pula masih kekal iaitu Nana Mahazan.

Ketika mengulas tentang Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2, Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata,

"Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGl® yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!"
"Matlamat rancangan realiti MAGGI® adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain,"

MS. YASHASHRI VATVE, Consumer Marketing Manager, Nestle (Malaysia) Bhd

Berikut pula ulasan dari Datin Paduka Eina Azman yang menyertai kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® sejak pelancarannya pada tahun 2020 berkata,

"Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI® Cukup Rasa. Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif."

Ha, amacam.. sempat tak korang tengok episod pertama hari ni?? Uish, garang juga ye mentor untuk musim kali ni. Komen yang diberi pun straight to the point je. Kalau tak sedap, terus cakap tak sedap. Takde nak coverline dah. Tapi itulah cabaran dan hakikat yang kena diterima para mentee supaya sentiasa terbuka menerima kritikan dan seterusnya bangkit untuk memperbaiki apa yang patut sehingga berjaya.


Oh ya, lupa nak share waktu siaran. Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI®️ Musim Ke-2 akan disiarkan pada 4.30 petang setiap hari Jumaat di TV3 selama 6 minggu mulai 8 Julai 2022. Kalau termiss, jangan risau. Boleh tengok siaran ulangan pada 11.30 pagi setiap hari Sabtu. Setiap episod juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube MAGGI®️ (Link Youtube) dari 5.00 petang setiap hari Jumaat, mulai 8 Julai 2022.

So, siapakah Juara Resipi Berani MAGGI®️ Musim Ke-2?? Jeng jeng jeng.. Make sure u guys tengok tau




Post a Comment

0 Comments