2 Resipi U.S. Potatoes Yang Mudah Dan Menyihatkan Dari Chef Jason Manson

2 Resipi U.S. Potatoes Yang Mudah Dan Menyihatkan Dari Chef Jason Manson | Assalamualaikum semua.. Yeahh, kita kembali dalam episod Masak-masak bersama U.S. Potatoes. Eh, dah macam rancangan masak pulak.. hehe. Kalau sesiapa yang selalu baca blog sis mesti tahu kan sis banyak berkongsi berkenaan resipi dan khasiat U.S Potatoes atau Kentang A.S ni. So, kali ni sis nak kongsikan 2 resipi mudah dan menyihatkan menggunakan U.S. Potatoes dari Chef Jason Manson.


Choppp.. tapi sebelum tu sis nak kongsikan dulu mengenai khasiat Kentang A.S ni. Ok, mesti korang tahu kan di pasaran ada banyak jenis kentang. Ke korang main beli je asalkan kentang?? Ha, apa kata lepas ni kalau korang jumpa kentang A.S ataupun biasanya ditulis U.S Russet Potatoes, sila la beli ye sebab kentang A.S ni memang sedap dan boleh dimasak pelbagai resipi tau. Selain rasanya yang sedap, kentang A.S juga mempunya banyak khasiat seperti :

U.S. Potatoes mempunyai sifar lemak, sifar natrium dan sifar kolesterol, jadi ia adalah pilihan yang lebih sihat untuk sekeluarga
 Satu kentang bersaiz sederhana mempunyai 110 kalori sahaja
 Kentang lebih padat tenaga berbanding sayur-sayuran popular lain
 Satu U.S. Potato bersaiz sederhana menyediakan kira-kira 30% daripada nilai harian anda, 27 miligram Vitamin C.
 Vitamin C boleh membantu menyokong sistem imun badan yang membantu meningkatkan sistem imun kita secara semula jadi untuk membantu kita melawan penyakit.
 Sebiji kentang bersaiz sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat, sumber utama tenaga untuk otot.
 U.S. Potatoes kaya dengan Vitamin B6 dengan satu kentang sederhana menyediakan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 penting untuk fungsi sel yang betul. Mereka membantu metabolisme, mencipta sel darah, dan mengekalkan sel yang sihat.
 Kentang mempunyai 3 gram protein berasaskan tumbuhan setiap hidangan. Protein adalah blok binaan untuk pertumbuhan dan komponen utama otot, ligamen, dan tisu penghubung.
 Tinggi kalium - Satu kulit saiz sederhana pada kentang mengandungi 620 miligram kalium atau 15% DV lebih banyak daripada pisang bersaiz sederhana. Kalium membantu mengawal keseimbangan cecair dan mineral di dalam dan di luar sel, mengekalkan tekanan darah normal, penting untuk menghantar impuls atau isyarat saraf, dan dalam membantu otot mengecut.


Banyak kan khasiat kentang A.S ni. Bukan susah pun nak jaga kesihatan. Just amalkan pengambilan kentang A.S setiap hari pun dah ok dah. Bosan makan kentang hari-hari?? Eh, kalau buat resipi yang sama je setiap hari, mesti lah bosan. Ha, apa kata korang try 2 resepi kentang A.S Mudah Dan Menyihatkan Dari Chef Jason Manson ni. Sis gerenti korang akan suka sebab sis sendiri dah buat, memang sedap. Tak percaya?? sila cuba. Nah resepinya :

Resepi 1 : Oven baked U.S. Hash Brown Big Breakfast

Note : Untuk resipi ni menggunakan hash brown yang diperbuat dari Kentang A.S. Boleh cari jenama Simplot ye. Ada dijual di pasaraya besar.


Description: Oven baked hashbrown with egg 
Recipe by: Chef Jason Manson
Prep Time: 15 minutes
Cook Time: 25 minutes
Ready Time: 40 minutes
Potato Type: Frozen Potatoes
Serves: 3
Prep Method: Oven
Course:  Starter/Snack

Bahan-Bahan :
6 nos Hash brown 
50gm Streaky Beef Slice (potong nipis-nipis)
20gm bawang putih (cincang halus)
10gm Capsicum hijau (potong dadu)
10gm Capsicum kuning (potong dadu)
50gm Tomato ceri (belah dua)
¾ tsp garam
¾ tsp lada hitam
10ml minyak masak
2gm English Parsley (hiris halus)


Cara Masak : 
- Panaskan kuali bersaiz sederhana dan masukkan minyak masak.
- Tumis daging lembu, bawang putih, capsicum hijau dan kuning. Dimasak selama 10 minit lagi.
- Last masukkan tomato cherry, garam dan lada sulah. Siap bahan untuk topping hash brown
- Susun hashbrown di atas dulang pembakar. 
- Masukkan dalam ketuhar pada suhu 180 Celcius, masa memasak 15 minit.
- Setelah hashbrown masak, pindahkan dan susun ke dalam kuali.
- Masukkan bahan topping yang telah dimasak tadi di atas hashbrown.
- Gunakan senduk kecil untuk membuat 2 lubang kecil di atas hashbrown, kemudian pecahkan 2 biji telur dan masukkan ke dalam.
- Panaskan ketuhar sekali lagi pada suhu 180 Celcius, masa memasak 5 minit. Letakkan hidangan di dalam ketuhar sekali lagi dan teruskan proses memasak.
- Setelah hidangan masak, keluarkan dari oven.
- Taburkan beberapa pasli cincang di atasnya


Resepi 2 : Loaded U.S. mashed Potato Crab Cake 


Description: Simple leftover mashed potato crabcake
Recipe by: Chef Jason Manson
Prep Time: 20 minutes
Cook Time: 15 minutes
Ready Time: 35 minutes
Potato Type: U.S. Russet Potato
Serves: 4
Prep Method: Oven
Course:  Starter/Snack

Bahan-bahan kek ketam kentang : 
4 nos U.S. Russet Potato (potong cube)
100gm Isi Ketam fresh
20gm lobak merah (potong dadu)
20gm bawang putih (cincang halus)
5gm daun ketumbar (Chopped)
¾ tsp garam
¾ tsp lada hitam

Bahan-bahan Sos Lime Cumin Aioli :
5ml air limau nipis
10gm serbuk jintan manis
200gm mayonis
Bahan untuk salut kek ketam kentang :
3nos telur 
200gm tepung serbaguna
200g serbuk roti (putih)

Cara Masak :
- Sediakan periuk saiz sederhana berisi air. Masukkan kentang kiub yang dipotong dan masak selama 20 minit. 
- Setelah kentang masak, gunakan penapis untuk mengeluarkan air yang berlebihan dan pindahkan ke dalam mangkuk adunan. 
- Gunakan penumbuk kentang untuk lecek kentang. Masukkan isi ketam, ketumbar dicincang, saderi, lobak merah, bawang di dalam kentang. Bentukkan kentang menjadi bentuk bulat.
- Sediakan 3 dulang saiz sederhana. (Tepung, telur dan serbuk roti). 
- Mula salut kentang dengan tepung dahulu, seterusnya telur dan terakhir serbuk roti. 
- Lakukan ini untuk sekurang-kurangnya 6 biji. 
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celcius, masa memasak 15 minit. 
- Susun kek ketam ubi kentang di atas dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar. Mulakan proses memasak sekarang.
- Setelah kentang masak, pindahkan ke pinggan hidangan bersama-sama dengan limau nipis aioli
- Untuk sos limau nipis aioli, sediakan mangkuk adunan kecil. Masukkan jus limau nipis, serbuk jintan manis dan mayonis. kacau sebati


Ha, amacam.. mudah kan nak buat kedua-dua resepi ni. Percaya la cakap sis, bila korang rasa memang macam tak percaya yang kentang A.S boleh jadi menu yang sedap macam ni. Actually ada banyak lagi menu kentang A.S yang sedap-sedap. Nanti ada masa sis kongsikan lagi ye ataupun korang boleh pergi ke website Us Potato Goodness.. jumpa di next episod, cewahhh.. adios.



Post a Comment

0 Comments