Majlis Penutup Program Woman Beauty Preneur Anjuran Akademi Diyana Bersama SME Corp

Majlis Penutup Program Woman Beauty Preneur Anjuran Akademi Diyana Bersama SME Corp | Assalamualaikum semua... Wah, suka betul la sis bila melihat ramai para wanita semakin maju ke hadapan terutama dalam bidang kecantikan. Malah ada yang dah bergelar usahawan dan boleh menjana pendapatan sendiri tau. Tak kisah la dari latar belakang apa sekali pun jika ada keinginan, maka pasti ada jalannya kan. So, salah satu tempat di mana para wanita boleh mendapat bimbingan dan latihan kemahiran dalam bidang kecantikan adalah di Akademi Diyana.


Baru-baru ni sis berkesempatan untuk menghadiri Majlis Penutup Program Women Beauty Preneur, Kerjasama Antara Akademi Diyana dan SME Corp Malaysia dibawah inisiatif Program Micro Connector. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia di Spaceseven Setia Avenue, Shah Alam pada 30 Jun 2022.  


Seperti yang kita tahu, SME Corp. Malaysia selaku agensi penyelaras pusat pembangunan PMKS di Malaysia telah banyak membantu perusahaan mikro untuk berkembang maju dan berdaya saing dalam pasaran. Manakala bagi inisiatif Program Micro Connector pula merupakan program induk yang dilaksanakan khusus bagi membantu perusahaan mikro menjalankan perniagaan secara lebih cekap serta membimbing komuniti inklusif termasuk golongan wanita, belia, B40, OKU, Orang Asli, bekas banduan dan sebagainya dalam mempelajari teknik serta memperoleh kemahiran baharu, sekaligus menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan. 


Sejak Program Micro Connector mula dilaksanakan pada tahun pada tahun 2019 sehingga Disember 2021, seramai 19,171 peserta termasuk perusahaan mikro dan individu dari komuniti inklusif telah menerima manfaat dengan jumlah bantuan bernilai RM11 juta. Program Micro Connector telah melakar kejayaan seperti ada antara peserta merekodkan peningkatan purata pendapatan bulanan sehingga 100% setelah menyertai program ini. 


Bagi merealisasikan hasrat ini, SME Corp. Malaysia mengambil pendekatan untuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk dilantik sebagai Rakan Penyedia Perkhidmatan bagi membimbing kumpulan sasaran. Maka di sini la terjalin kerjasama antara SME Corp dan Syarikat Akademi Kecanfikan Artistik Diyana (Akademi Diyana) bagi  menganjurkan Program Women Beauty Preneur (Program Micro Connector).


Untuk tahun 2022, Program Women Beauty Preneur ini memberi manfaat kepada 400 orang peserta wanita dengan membantu mereka mempelajari teknik dan kemahiran solekan khusus bagi Acara Day, Dinner Occasion, Professional Ethics dan latihan pemasaran serta memberikan peserta kit permulaan perniagaan. Ha, tahu tak Akademi Diyana telah pergi ke setiap negeri yang terpilih untuk menjayakan Program Woman Beauty Preneur ni. 


Lebih menarik, Akademi Diyana merancang untuk melanjutkan program bagi peserta Women Beauty Preneur (Program Micro Connector) dengan memilih seramai 200 orang peserta terbaik dalam program sebelum ini untuk diberi pemantauan penuh selama 6 bulan sehingga mereka berjaya menjana pendapatan sendiri. Pihak Akademi Diyana juga akan turut membantu mereka mendapatkan dana pinjaman untuk melanjutkan pelajaran kemahiran ke peringkat advance sehingga mendapat sijil yang diktiraf serta dana pinjaman sebagai modal awal perniagaan. 


Wow, menariknya... Bertuah betul siapa yang terpilih tu. So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk mengorak langkah dan ingin menjadikan bidang kecantikan sebagai sumber pendapatan boleh la memilih Akademi Diyana sebagai tempat untuk meningkatkan kemahiran. Jangan risau, di Akademi Diyana pembelajaran adalah mengikut kesesuaian masa kita serta bimbingan secara one-to-one tau. Ruang untuk pembelajaran juga luas dan selesa serta mempunyai peralatan yang lengkap malah setiap peserta turut diberikan kit permulaan perniagaan. 




Nah sis kongsikan lokasi dan no telefon Akademi Diyana jika ada yang berminat untuk mendapatkan latihan di sini.

Akademi Kecantikan Artistik Diyana (SA0203727-V)

NO.5-5 SETIA AVENUE, 
JALAN SETIA PRIMA S U13/S, 
SETIA ALAM, SEKSYEN U13, 
40170 SHAH ALAM, SELANGOR

0173309063/0123009037

Location Map Coordinate:
3.107579,101.446213

Bagi yang duduk jauh jangan risau. Akademi Diyana juga akan menjelajah ke setiap negeri bagi memberi latihan jangka pendek kepada mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang kemahiran sebagai platform perniagaan. Dalam kursus jangka pendek ini Akademi Dyana akan lebih menekankan persediaan para peniaga dengan :

Dandanan diri (imej grooming)
 Pemasaran luar talian (off line marketing)
 Bercakap dikhalayak ramai (public speaking).
 Asas perakaunan 
 Ilmu pembayaran tax bagi setiap perniagaan. 

Bagi golongan yang kurang berkemampuan pula, Akademi Diyana mensasarkan kerjasama dengan jabatan kerajaan negeri seperti pusat zakat dan kebaijikan masyarakat untuk mengeluarkan dana bagi belia, ibu tunggal, anak yatim, asnaf serta OKU untuk menceburkan diri dalam pembelajaran bidang kemahiran sehingga mendapat sijl yang diktiraf sekurang-kurangnya SKM level 2. Ini sebagai usaha membantu mereka menjana pendapatan sendiri dan menaik taraf dalam kehidupan harian golongan ini.


Ha, nampak tak betapa bagusnya Akademi Diyana ni. Semua orang berpeluang untuk mendapat latihan di sini tak kira sesiapa pun. Inilah salah satu inisiatif pihak Akademi Diyana untuk melihat wanita belia bangkit "Bekerjaya Cantik Bergaya" sesuai dengan Visi Akademi Diyana bagi melahirkan golongan berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan nilai usahawan dalam industri kosmetik, rawatan kecantikan/spa, salon rambut serta juru make up. So, apa tunggu lagi. Kalau ada yang berminat tu sila la hubungi pihak Akademi Diyana ye.




Post a Comment

0 Comments