Pelbagai Cara Untuk Menikmati U.S Highbush Blueberries Yang Lazat Dan Berkhasiat

Pelbagai Cara Untuk Menikmati U.S Highbush Blueberries Yang Lazat Dan Berkhasiat | Assalamualaikum semua.. Siapa sini penggemar buah blueberries?? Kalau ye, boleh la kita geng. Sis pun suka dengan buah blueberries ni terutama U.S Highbush Blueberries yang lazat dan berkhasiat. Ya, buah blueberries ni nampak je kecil tapi dia punya khasiat banyak tau. Kiranya kalau manusia ada super hero, buah blueberries ni pula ada super vitamin.. eh, gituuuu..


Korang tau tak bila musim buah blueberries?? Kalau tak tau, meh sis nak bagitau yang musim buah blueberries ni adalah dari bulan April hingga bulan September. Memandangkan sekarang ni kita dah nak masuk bulan Ogos, ini bermakna dah sampai waktu kemuncak untuk musim ini. Jadi bersempena dengan itu, U.S. Highbush Blueberries Council telah melancarkan kempen 'Boost of Blue'.


Tujuan kempen 'Boost of Blue' ini diadakan adalah untuk mewar-warkan pada orang ramai mengenai kebaikan buah blueberries sebagai rangsangan yang sempurna untuk kesihatan tubuh badan serta memberi inspirasi kepada masyarakat untuk memasukkan bleberries sebagai sebahagian daripada diet sihat seharian dan untuk memotivasikan orang ramai agar dapat menikmati lebih banyak U.S Highbush Blueberries dengan pelbagai menu sihat.


Ok, sis nak tanya soalan lagi (banyak pulak pertanyaan sis kan.. hehe). Ha, korang tahu ke apa khasiat buah blueberries ni?? Cam biasa la, meh sis kongsikan lagi. Dari segi pemakanan, buah beri kecil ini mempunyai banyak manfaat tau. Walaupun bersaiz kecil tapi buah blueberries mempunyai khasiat yang banyak serta mengandungi prebiotik yang boleh menggalakkan kesihatan usus. Ha, para doktor dan pakar pemakanan pun selalu menggalakkan kita untuk makan buah blueberries sebab ia bersifat antioksidan dan fitoflavanoid juga merupakan sumber vitamin K dan C. Selain itu, blueberries juga mengandungi fosforus (2% daripada nilai harian), kalsium (15%), dan mangan (20%).

Walaupun buah blueberries ni mudah didapati di Malaysia tetapi sebenarnya ia tidak ditanam di sini. Buah Blueberries berasal dari Amerika Utara dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan di sini selama 13,000 tahun. Buah blueberries pohon tinggi berjaya ditanam untuk pengeluaran komersial pada awal 1900-an. Pada hari ini, U.S. Highbush menanam hampir 1 bilion paun blueberry di Amerika Utara setiap tahun. Bagus kan. Kini semua orang di seluruh dunia boleh menikmati blueberries serta terus dapat manfaat untuk kesihatan apabila memakannya.




Oh ya, di pasaran buah bluberries boleh didapati sama ada yang segar, sejuk beku ataupun yang kering. Actually buah blueberries paling senang nak makan sebab tak perlu nak kupas, belah ataupun buang biji. Kalau nak makan, hanya perlu ambil segenggam, bilas, dan terus boleh makan dah. Sedap tau, bagi sis tak masam pun.

Nak lagi best, buah blueberries sebenarnya boleh dinikmati dengan pelbagai cara tau. Ia boleh digunakan sebagai pembuka selera, minuman, sebagai sebahagian daripada hidangan utama, atau sebagai pencuci mulut. Kalau tengok kat tiktok, banyak menu-menu viral menggunakan blueberries. Antaranya adalah seperti 'The baked berry oatmeal' atau 'no-bake blueberry dessert'. Sis pun ada kongsikan cara untuk buat Fresh Blueberries Smoothie di Instagram. Kalau sudi boleh la u guys cuba nanti.


Jadi apa tunggu lagi. Jangan lupa dapatkan U.S. Highbush Blueberries sekarang untuk santapan sekeluarga kerana ia mempunyai nutrien yang sangat bagus dan boleh dimakan dengan mudah oleh semua peringkat umur. Untuk mendapatkan beberapa buah Blueberry Highbush A.S. yang berkualiti, teruskan ke peruncit utama seperti AEON, Jaya Grocer, dan TF Value untuk merasai buah yang kaya dan berperisa ini hari ini.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :
Website : https://www.blueberrycouncil.org/



Post a Comment

0 Comments