Majlis Pelancaran Inovasi Terbaru NOIR : Super Whitening Skin Peptides

Majlis Pelancaran  Inovasi Terbaru NOIR : Super Whitening Skin Peptides | Assalamualaikum semua.. Kalau sebut NOIR mesti semua kenal kan sejak jenama ni menaja acara hiburan No.1 Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-36. Secara jujurnya sis sendiri mengenali jenama NOIR selepas menonton AJL 36. Ditambah pula dengan personaliti pengasasnya yang sentiasa ceria dan peramah membuatkan sis rasa kagum tau.


Siapa tak kenal dengan pengasas NOIR iaitu Eriyca Baiduri atau lebih popular dengan gelaran Madammu. Beliau sering berkongsi rahsia kecantikan kulit sihat berseri dengan menggunakan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi. NOIR melestarikan unsur alam ini melalui rangkaian produknya. Serius kalau korang tengok Live Madammu memang best tau. 


Sedikit Info Mengenai Pencapaian NOIR
💜 NOIR berjaya merangkul anugerah "Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik" di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019. 
💜 NOIR turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020 sekali gus membuktikan
bahawa gandingan kerjasama berpasukan yang berterusan membuahkan hasil yang luar biasa.
💜 Madammu telah diiktiraf sebagai antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka di Malaysia
dan dipaparkan menerusi majalah Nona terbitan Januari 2020. 
💜 Jenama produk NOIR turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam "Kategori Kesihatan & Kecantikan" satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat tempatan dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan kesihatan yang diyakini serta bermutu tinggi. 
💜 NOIR telah dianugerahkan The Brand Laureate-The World's BestBrands e-Branding Awards dalam kategori "Cosmetic and Skin Care Solution" pada Oktober 2020. 
💜 Pada Mac 2022, NOIR sekali lagi telah menggemparkan negara apabila menjadi syarikat kecil dan
sederhana pertama dalam bidang kecantikan dan kosmetik menaja acara hiburan No.1 Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-36


Terbaru, NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. memberi dimensi baru dan memenuhi keperluan kecantikan para wanita dengan memperkenalkan inovasi SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES nyata mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita di luar sana untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keanjalan tubuh badan. 


Majlis Pelancaran inovasi terbaharu ini berlangsung pada 28 Julai 2022 yang lalu, bertempat di The Boathouse, Flamingo Hotel Ampang. Sis juga turut dijemput untuk sama-sama menyaksikan detik bersejarah ini. Ramai pada tetamu yang merupakan agent kepada NOIR datang dari pelbagai negeri. Semuanya kelihatan cantik dengan mengenakan pakaian serba putih mengikut tema malam tersebut.


Masing-masing teruja ya bila menjadi orang pertama yang mendapat produk SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES. Produk minuman kecantikan dan kesihatan terbaharu daripada NOIR ini dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama yang terdiri daripada Kolagen Peptide, Ekstrak Yis Torula dan Ekstrak Pueraria Lobata. 


Gabungan bahan-bahan premium lain yang terkandung di dalam SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES bertindak : 

Kolagen Peptide, Ekstrak Pueraria Lobata & Astaxanthin : Berasaskan ikan dan tumbuhan yang membantu merangsang penghasilan kolagen untuk memperlahankan proses penuaan sekali gus mencegah pembentukan garisan halus pada wajah. la turut membantu meringankan simptom menopaus dari dalam tubuh secara lebih sihat dan semula jadi. 

Ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic (Vitamin C) & Camu-Camu : Memberikan kesan pencerahan 10 kali lebih efektif. la sangat membantu untuk memudarkan parut, pigmentasi dan mengatasi masalah kulit tidak sekata. Kandungan sumber vitamin C dan antioksidannya juga 60 kali ganda lebih tinggi. la berkesan merangsang dan meningkatkan pengeluaran kolagen bagi membantu mengurangkan garis halus dan kedutan. 


"Proses penuaan berlaku dengan pantas seiring dengan peningkatan usia individu. SUPER WHITENING SKIN PEPTIDES diinspirasikan bagi memenuhi keperluan para wanita di luar sana untuk melambatkan proses tersebut dan membuat para wanita tampak muda dan jelita. Kulit jadi super cerah, terawat dan produk ini melindungi kulit dari dalam." ujar Madammu, pengasas NOIR Health & Beauty Sdn Bhd. 


Inovasi terkini dari NOIR ini meningkatkan kadar hidrat kulit sehingga 40%. Malah, kulit juga akan jadi lebih anjal dengan tona kulit lebih cerah seawal 7 hari selepas pengambilannya secara konsisten mengikut saranan yang diberikan. Aishhh, ni yang buat sis tak sabar nak guna ni. Mana tau nampak macam 20-an.. hehe.. By the way, Noir telah mencecah 5 tahun tau. Selamat Ulang Tahun Ke-5 NOIR


Untuk info lanjut boleh rujuk :



Post a Comment

1 Comments

  1. Wah... Tahniah Noir! Lepas ni kelihatan muda la DikBee kita...

    ReplyDelete