Jom Ke 'Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL' Ogos Ini

Jom Ke 'Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL' Ogos Ini | Assalamualaikum semua.. Setelah 2 tahun terhenti akibat pandemik Covid-19 melanda, kini Siri Jelajah Suria kembali dengan lebih menarik di mana dengan bangganya stesen radio Suria FM akan berkolaborasi dengan jenama Kak ELL untuk pentas 'Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL' bakal diadakan sepanjang Ogos ini di seluruh negara. Wah, siapa yang tak kenal dengan jenama Kak ELL ni kannnn.. Sis selalu dengar iklannya di stesen radio Suria sampai dah melekat dah kat kepala. 


Untuk siri jelajah kali ini, Suria FM menampilkan konsep sentuhan 90an' di mana seramai lebih 33 artis popular akan bergabung di antara artis legend 90an dan juga artis baru masa kini. Antaranya Ziana Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Zamani Slam, Amir Uk's, Alim Kris, Liza Hanim, Amelina, Muss (Mus May), Safura, Hatta Junction, Kumpulan Boboy, Poey Stings, Renggo (Arrow), Rahmad Mega, Man Bai, Wan (Lestary), Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Amir Masdi, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Ara Johari, Afieq Shazwan, Dolla, Tajul, Wany Hasrita, Yonnyboii, Insomniacks, Floor 88, Nabila Razali, Fieya Julia, Iman Troye dan ramai lagi!


Pentas siri Jelajah 90 Suria kali ini juga akan turut menjadi medan buat artis baru mempromosikan lagu mereka antaranya Farah Rose, Wawa Shazwa, Ahmad Syafiq, Farra Ahmad, Hakim Khan, Aiman Zaidi dan Syeera Aziz. Turut memeriah kan pentas jelajah ialah penyampai Suria FM yang terdiri daripada Ajak, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahira (Rara), Tyzo, Anna Aljufrey (Anna J) dan DJ Lin. Jelajah kali ini turut membawakan aktiviti pentas yang lebih menarik dengan menampilkan kumpulan busker sebagai persembahan pembukaan

Acara akan bermula pada 1.45 petang dan dijangka akan berakhir pada 6 petang. Lokasi yang dipilih sepanjang bulan Ogos ini ada 4 iaitu :

6 Ogos - Kuantan City Mal, Kuantan Pahang. 
 13 Ogos - Aman Central Alor Setar, Kedah
 20 Ogos - Paradigm Mall, Johor Bahru
 27 Ogos - IOI Mall 2, Putrajaya

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, 

"Setelah hampir 2 tahun tidak menemui peminat sejak berlakunya pandemik Covid-19 di tanah air, kini Suria FM kembali turun padang untuk menghiburkan pendengar setia sebagai tanda terima kasih di atas sokongan padu yang mereka berikan selama ini". Ujarnya, tema siri Jelajah kali ini sejajar dengan konsep radio Suria FM yang sentiasa memainkan lagu lagu hit 90an selain bertujuan mengembalikan nostalgia lagu yang pernah menjadi fenomena. 


Selaku penaja utama untuk siri jelajah Suria kali ini, sesi bersama pengasas produk Kak ELL juga akan diadakan di semua lokasi. Bila ditanya mengenai persetujuan untuk menaja, pengasas produk ini iaitu Puan Sharmila Johan (Kak ELL) berkongsi cerita bahawa kebanyakan penggunanya adalah pendengar setia Suria FM. Bermula dengan mendapatkan slot tajaan untuk segmen petang bersama Kak Rara dan Tyzo pada tahun 2021, jenama Kak ELL semakin dikenali. Yes, sis sendiri mula mengenali jenama ni melalui iklan Kak ELL sebab sis memang selalu dengar radio Suria FM. Jadi untuk tahun 2022 ni, Kak ELL terus menjadi penaja untuk 'Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL'.


So, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk Kak ELL dengan harga promosi sehingga 20% boleh la datang ke booth mereka nanti. Terdapat lebih 50 produk di bawah jenama Kak ELL dan jangan risau semua produk Kak ELL menggunakan bahan-bahan semulajadi dan berkualiti serta telah mendapat pengiktirafan dari pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Selain tu, ada juga hadiah menarik termasuk cabutan bertuah tau. Boleh juga dapat khidmat nasihat mengenai penjagaan kulit serta boleh berjumpa sendiri dengan pengasasnya iaitu Kak ELL. Memang cantik orangnya dan selalu live di tiktok untuk berkongsi tips kecantikan.


Bagi pengunjung 'Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL' pula, pihak Suria FM juga ada menawarkan cabutan bertuah di setiap lokasi di mana pelbagai hadiah menarik menanti seperti 4 buah motosikal, 4 buah basikal lipat (folding bike), barangan elektrik, pakej percutian yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih dari RM100 ribu ringgit dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria seperti Combo Sejati, Combo Jalan Pulang, Combo Baldu biru dan banyak lagi dengan harga promosi di booth Kedai Suria pada hari jelajah berlangsung.


Ha, apa lagi.. Jom la ramai-ramai datang ke setiap lokasi Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL Ogos ini. Masuk adalah percuma tau. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia. Kalau pergi, ambil gambar banyak-banyak dan gunakan #Jelajah90Suria #Jelajah90SuriaMemangCantikKakELL #kakell #memangcantik untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.



Post a Comment

1 Comments

  1. Meriah yaa... okay kita save the date tour ke JB tuuu...

    ReplyDelete