“Kitalah Juara” Lagu Baharu Eksklusif Nyanyian Sahabat MILO®️ Iaitu Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan

“Kitalah Juara” Lagu Baharu Eksklusif Nyanyian Sahabat MILO®️ Iaitu Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan | Assalamualaikum semua.. Kita baru je menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2022 yang lalu kan. Masih terasa aura dan semangat patriotik dalam diri ni. Cewahhh.. by the way korang sambut Hari Malaysia kat mana? Macam sis celebrate di Dataran Merdeka bersama dengan Sahabat MILO®️. Serius memang happening tau, rugi uols tak datang.


Mesti korang tertanya-tanya siapa Sahabat MILO®️ ni kan. Ha, mereka ni terdiri dari artis dan juga Influencer. Tapi untuk entri kali ni sis bukan nak cerita pasal mereka sebaliknya mengenai Lagu Baharu Eksklusif “Kitalah Juara” yang disampaikan oleh Sahabat-sahabat MILO®️ iaitu Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan. Buat julung-julung kalinya lagu ni dipersembahkan di pentas pada acara final Kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO. Oh ya, pagi tu juga ada Larian Malaysia Boleh Bersama MILO®️. Bayangkan lepas berlari, dengar pula lagu ni.. terus hilang rasa letih.. hehe


Untuk info u guys, kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO telah bermula dari hujung bulan Ogos yang lalu melalui siri jelajah van MILO®️ ikonik bagi meraikan semangat perpaduan dan muhibah bersama MILO®️. Lagu Kitalah Juara merupakan satu lagu yang ditulis dalam usaha membangkitkan semangat rakyat Malaysia dalam segala urusan yang dilakukan, tidak kira dari segi kerja, sukan mahupun kehidupan peribadi. Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet-atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi mengharumkan nama negara. 


Penyanyi lagu Kitalah Juara juga dipilih dengan teliti yang terdiri daripada artis dari pelbagai bangsa untuk melambangkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Jadi penyanyi yang terpilih adalah Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan. 


Apa yang menarik lagu ini dihasilkan oleh individu yang telah bersama membesar dengan MILO®️ dan mempercayai semangat 'Malaysia Boleh' yang telah diketengahkan oleh MILO®️ sejak tahun 1993. Ha, nak tau tak siapa orangnya. Beliau adalah Prashan Chitty atau dikenali sebagai Melakaboy. Selain beliau ada lagi penglibatan beberapa individu yang berbakat besar seperti Ayda Jebat, Jee Yann, Rabbit Mac & Adam Sang. Ha, percaya tak lagu Kitalah Juara dihasilkan dengan hanya mengambil masa 2 hari je.. hebat kan.. 


Penghasilan lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan harmoni. ‘Kitalah Juara’ akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 23 September 2022 di semua platform. Untuk muzik video boleh tonton dari Youtube Channel Rasmi Ayda Jebat pada hari yang sama.



Post a Comment

0 Comments