Resipi Blueberry Crumble Cake Menggunakan Oregon dan Washington Blueberries

Resipi Blueberry Crumble Cake Menggunakan Oregon dan Washington Blueberries | Assalamualaikum semua.. Bila nampak je buah blueberries di pasaraya terus sis decide untuk beli sebab sejak amalkan makan buah blueberries ni sis dah makin jatuh cinta dengan rasa dan khasiatnya. Ye, nampak je buah blueberries ni kecil tapi besar khasiatnya tau. Tapi dalam banyak-banyak buah blueberries di pasaran, semestinya pilihan sis adalah Oregon & Washington Blueberries.


Kalau korang nak tahu, sekarang ni adalah musim kemuncak di mana Oregon dan Washington Blueberries berada dalam keadaan paling sempurna dan sedap untuk dinikmati. Oregon dan Washington ni adalah nama tempat di mana ia merupakan lokasi pengeluar blueberry terkemuka di Amerika Syarikat. Disebabkan kawasannya yang subur dan ideal untuk penanaman blueberry maka buah blueberry dari kedua-dua kawasan ini berkualiti tinggi tau.



Secara lazimnya buah blueberries adalah semula jadi manis, masam dan berkhasiat. Ini menjadikannya sebagai makanan super yang digemari. Ha, korang tahu ke khasiat buah blueberries ni? Kalau tak tahu, meh sis bagitau. Ia kaya dengan antioxidant, Vitamin C, Vitamin K dan fiber. Jadi amat bagus kalau dapat dinikmati setiap hari. Ni info mengenai khasiat blueberries :

1. Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 25% daripada nilai harian vitamin C anda, 14.4 miligram vitamin C.
  • Vitamin C ialah vitamin larut air yang bertindak sebagai antioksidan yang menstabilkan radikal bebas, sekali gus membantu mencegah kerosakan sel.
  • Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen; membantu dengan penyerapan zat besi; dan membantu menyembuhkan luka dan memastikan gusi anda sihat.
  • Vitamin C boleh membantu menyokong sistem imun badan.

2. Satu cawan (148g) blueberry mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian anda.
  • Serat pemakanan telah terbukti memberikan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan tahap lipid darah, mengawal glukosa darah dan meningkatkan rasa kenyang (membuatkan anda berasa kenyang lebih lama), yang boleh membantu penurunan berat badan.

3. Blueberry kaya dengan antioksidan
  • Blueberry dipercayai mempunyai salah satu tahap antioksidan tertinggi dari semua buah-buahan dan sayur-sayuran biasa.
  • Antioksidan melindungi badan anda daripada radikal bebas, yang merupakan molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel anda dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit.

4. Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 36% daripada nilai harian vitamin K anda, 28 mikromiligram vitamin K.
  • Pengambilan vitamin K yang rendah telah dikaitkan dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin K yang mencukupi meningkatkan penyerapan kalsium dan boleh mengurangkan kehilangan kalsium.

Note : Blueberries juga diperakui sebagai makanan yang menyihatkan jantung oleh Persatuan Jantung Amerika dan mengandungi sebatian semula jadi yang membantu otak kekal kuat.


Bagus kan khasiat blueberries ni. Lagi bagus kalau dapat amalkan makan hari-hari. Lagipun blueberries ni bukan je boleh dimakan begitu aja malah boleh juga dinikmat dalam pelbagai cara. Antaranya bueberries sesuai dibuat salad, kek, pencuci mulut dan juga minuman smoothie. Ha, baru la tak bosan nak makan blueberries hari-hari kan. Ok, ni sis nak kongsikan satu menu istimewa menggunakan blueberries.



BLUEBERRY CRUMBLE CAKE
Bahan-bahan untuk kek :
55 gram - Mentega atau marjerin
160 gram - gula
1 nos - telur
125 ml – susu segar
225 gram – tepung
2 tsp – serbuk penaik
½ tsp - garam
280 gram - Oregon or Washington Blueberries
Bahan-bahan untuk topping :
100 gram - gula
45 gram – tepung
½ tsp – serbuk kulit kayu manis
55 gram – mentega


Cara-cara Masak :
  1. Panaskan ketuhar hingga 180° Celcius.
  2. Campurkan mentega dan gula bersama dengan kelajuan sederhana tinggi dalam pengadun sehingga sebati, kembang dan kuning muda. Masukkan telur dan pukul hingga sebati. Kemudian campurkan susu.
  3. Ayak tepung, serbuk penaik, garam dan kacau secukup-cukup bahan-bahan tadi
  4. Tambah beri biru Oregon atau Washington segar dan kacau
  5. Sapukan loyang berukuran 9 inci persegi atau bulat dengan butter
  6. Pindahkan adunan kek ke dalam loyang
  7. Untuk topping crumble, masukkan gula, tepung, kayu manis dan mentega ke dalam mangkuk adunan. Kacau sehingga semuanya sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti kasar.
  8. Taburkan topping atas adunan kek
  9. Bakar selama kira-kira 40 hingga 50 minit.
  10. Bila dah masak, boleh dihidangkan bersama kastard atau aiskrim

Amacam?? Sedap kan. Resipi ni sis dapat dari Chef Bob Kamaruddin Adnin. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari selama hampir 20 tahun. Sekarang beliau adalah Presiden Persatuan Masakan Profesional (Malaysia). Mula bekerja di Petaling Jaya Hilton semasa umur 18 tahun, kemudian beliau bekerja di kapal persiaran dengan Royal Viking dan Sea Bourn Cruises sebelum berpindah ke Jebel Dhanna Resort Abu Dhabi, UAE dan Khartoum, Sudan selama 2 tahun.

Setelah mendapat pengalaman, beliau kembali ke Malaysia pada 2003 dan bekerja di beberapa hotel bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur termasuk The Westin dan Mandarin Oriental. Chef Bob menyertai Sheraton Imperial Kuala Lumpur sebagai Chef de Cuisine pada 2008 dan dilantik sebagai Chef Eksekutifnya pada 2016.

Berikutan itu, Chef Bob bekerja sebagai Chef Eksekutif Korporat dengan MAS Awana Sdn Bhd sebelum beralih kepada kerjaya semasa sebagai chef perunding sepenuh masa dan pengacara rancangan masakannya sendiri, Chef Bob Cooking.

Fuh, hebat pengalaman Chef Bob ni kan. By the way korang cuba la resipi Blueberry Crumble Cake tu. Memang mudah nak buat, bahan-bahan pun senang. Yang pasti gerenti menjadi dan sedap tau. Oh ya, ada satu lagi resipi bonus kalau uols nak buat. Resipi ni dari Chef Bob juga. Boleh klik link di bawah ye.

Bean Sprout Kerabu with Blueberry Sauce

Selamat mencuba



Post a Comment

1 Comments

  1. Elok kejadian dia DikBee, nampak lazat sangattt... nak cuba gak laaaa

    ReplyDelete